FOREST SKYWALK ATAU JEJENTAS RIMBA DESTINASI PELANCONGAN BAHARU DI IBU NEGARA

0
2109

SELAYANG, 31 Ogos – SIAPA kata bercuti dalam negara tidak seronok?

Walaupun tidak ada salji atau musim sejuk, setidak-tidaknya Malaysia mempunyai pemandangan alam semula jadi yang begitu menarik terutamanya keindahan flora dan fauna yang masih kekal keindahannya.

Berikutan pandemik COVID-19, ada baiknya kita melancong di dalam negara bagi membantu menjana semula ekonomi negara.

Sebenarnya terdapat banyak lokasi menarik di Malaysia yang boleh kita terokai. Daripada pulau-pulau indah seperti Pulau Rawa, Pulau Perhentian dan Pulau Redang, kita juga mempunyai hutan yang cantik.

Bermula hari ini, 31 Ogos, anda boleh menikmati kecantikan hutan buatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Taman Botani Kepong (KBG) di Forest Skywalk atau turut dikenali sebagai Jejantas Rimba.

Berukuran 15-80 meter tinggi serta 250m panjang, jejantas ini dibina menggunakan bahan aluminium serta guy wire.

Daripada atas jejantas berkenaan, anda boleh menikmati pemandangan indah KBG serta kawasan sekitar Kepong dan Kuala Lumpur.

Dari menara peninjauan pula, anda boleh menyaksikan pemandangan kawasan sejauh 30 kilometer termasuk Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.

Berikut merupakan maklumat lanjut pembukaan Jejantas Rimba dikongsikan FRIM.

Waktu operasi Jejantas Rimba FRIM adalah seperti berikut:

  • Isnin-Ahad: 8.30 pagi–4.30 petang
  • Jumaat: 8.30 pagi–12.15 petang; 2.45–4.30 petang
  • Kemasukan terakhir: sejam sebelum penutupan

Bilangan pengunjung setiap hari: maksimum 150 orang.

Bagi kumpulan yang melebihi 10 peserta, tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh lawatan dan perkhidmatan jurupandu alam (nature guide) diwajibkan.

Pengunjung perlu memakai pakaian terutamanya kasut yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini.

Pengunjung juga perlu memastikan pematuhan SOP MKN semasa lawatan yang dikenakan di KBG (sila rujuk di sini).

Berdasarkan perkongsian FRIM, selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, bayaran parkir dan kemasukan KBG juga dikenakan.

Mulai 31 Ogos juga, waktu operasi KBG akan bermula jam 7.30 pagi sehingga 7.00 petang dengan kemasukan terakhir pada jam 6.00 petang.

Sumber : Institut Penyelidikan Perhutan Malaysia (FRIM)

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here