GOLF BAGI MENGENANG JASA BEKAS PEMIMPIN

0
885

KUALA LUMPUR, 19 Okt – TIADA ISTILAH MENANG ATAU KALAH…..YANG PENTING NILAI PERSAHABATAN TANPA SEMPADAN.

ITULAH YANG INGIN DISEMAI OLEH PERSATUAN BEKAS PEMAIN BOLASEPAK DBKL DAN KL YANG DIWUJUDKAN SEJAK 2019 LALU.

HARI INI DI LAPANGAN GOLF TASIK PUTRI, SELANGOR 28 PEMAIN GOLF AMATUR BERAKSI UNTUK MERAIKAN BEKAS-BEKAS PEMAIN DBKL DAN KL SELAIN MENGENANG JASA BEKAS TIMBALAN SPEAKER DEWAN RAKYAT, DATO’ MOHD RASHID HASNON YANG JUGA MERUPAKAN PENASIHAT PERSATUAN BERKENAAN.

MENURUT MOHD RASHID, PASUKAN DBKL DAN KL MEMPUNYAI RAMAI BEKAS PEMAIN YANG TELAH MENGHARUMKAN NAMA NEGERI DAN KEBANGSAAN DI BAWAH KEPIMPINAN BEKAS PRESIDEN PERSATUAN  BOLASEPAK DBKL DAN KL, ALLAHYARHAM TAN SRI ELYAS OMAR. JUSTERU JASA MEREKA TIDAK HARUS DILUPAKAN BEGITU SAHAJA.

MENURUT PRESIDENNYA, MAT ZAN MAT ARIS YANG JUGA MERUPAKAN BEKAS PEMAIN BOLASEPAK KEBANGSAAN, PERSATUAN DITUBUHKAN UNTUK MENGERAT SILATURAHMI SESAMA BEKAS PEMAIN DISAMPING UNTUK MEMBUKTIKAN KEPRIHATINAN DAN MENJAGA KEBAJIKAN MEREKA. BUKTIKANYA PELBAGAI BANTUAN TELAH DIHULURKAN OLEH PERSATUAN KETIKA NEGARA DILANDA PANDEMIK COVID 19 LALU.

TURUT SERTA DALAM GOLF PERSAHABATAN INI IALAH BEKAS PEMAIN DBKL, KL DAN KEBANGSAAN SEPERTI REDUAN ABDULLAH, KAMARULZAMAN YUSOF, HASHIM MAT ISA DAN MOHD NOR DAHARI.

 

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here