CP HAPPY BAG KEMBALI TEMUI PENGGEMARNYA DI TERENGGANU

0
627

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Terengganu sekali lagi menjadi tuan rumah kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia 2023 pada 22-23 September ini.

Kejuaraan yang sudah memasuki Pusingan 7 itu bakal berlangsung di Litar Lumba Gong Badak, Kuala Terengganu.

Sebelum ini, negeri Pantai Timur itu turut menjadi hos untuk perlumbaan Pusingan 5 pada 21-22 Julai lalu.

Suasana di booth CP Happy Bag ketika berlangsungnya perlumbaan Pusingan 5 Cub Prix Malaysia di Kuala Terengganu pada Julai lalu.

Seperti  biasa, pelbagai acara sampingan akan dilangsungkan sepanjang perlumbaan Pusingan 7 itu nanti – antaranya adalah khemah-khemah promosi oleh rakan-rakan penaja Cub Prix serta gerai-gerai jualan makanan dan minuman.

Ia merupakan inisiatif daripada pihak penganjur bagi memberi kepuasan kepada para pengunjung yang datang menyaksikan perlumbaan motosikal terunggul negara itu.

Para pengunjung yang datang nanti tidak akan merasa bosan kerana selain menyaksikan perlumbaan di litar, mereka juga boleh menikmati hiburan ringan menerusi pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan di khemah-khemah promosi tersebut.

Begitupun, antara yang sering mendapat sambutan adalah jualan CP Happy Bag yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para peminat Cub Prix menerusi cabutan bertuah.

Ia turut menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah utama kepada para pembeli CP Happy Bag yang bertuah.

CP Happy Bag dijual pada harga RM65 dan beg tersebut mengandungi baju-T edisi terhad, minyak pelincir Petronas Sprinta, minuman bertenaga Ranger dan juga baju hujan.

Setiap pembelian satu CP Happy Bag akan diberikan satu kupon bagi membolehkan para pengunjung menyertai cabutan bertuah manakala untuk pembelian dua beg, mereka akan mendapat tiga kupon.

Selain itu, para pengunjung yang membeli beg tersebut pada hari Jumaat turut berpeluang untuk memenangi pas paddock, sekali gus membolehkan mereka memasuki kawasan paddock bagi melihat dengan lebih dekat persiapan semua pasukan sebelum memulakan perlumbaan.

Turut dijual adalah cenderamata Cub Prix seperti baju-T untuk kanak-kanak, topi, sticker, tuala, payung Cub Prix edisi terhad dan banyak lagi.

Menurut Pengurus Promosi dan Pemasaran Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng, sejak 6 pusingan lalu, jualan CP Happy Bag antara yang menjadi tumpuan para pengunjung kejuaraan Cub Prix.

“Setakat ini, enam pengunjung bertuah masing-masingnya telah berjaya membawa pulang sebuah motosikal selaku pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah CP Happy Bag ini.

“Di setiap pusingan sebuah motosikal akan disediakan sebagai hadiah utama Cabutan Bertuah buat para pengunjung bertuah. Selain itu, pelbagai hadiah menarik juga disediakan untuk para pemenang hadiah saguhati.

“Saya berharap para peminat di Terengganu sekali lagi mengunjungi khemah CP Happy Bag pada 22 dan 23 September nanti jika mereka berhasrat untuk membawa pulang sebuah motosikal,” jelas Yvonne.

Menurutnya lagi, Cabutan Bertuah bagi memilih para pemenang akan diadakan di pentas utama Cub Prix pada pukul 5 petang hari Sabtu, 23 September.

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here