PJ JORAN 2023 MILIK TOK DALANG BAWA PULANG RM6,000 DAN PIALA DATUK BANDAR, MBPJ.

0
868
Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir (empat dari kiri), bersama para pemenang hadiah utama gembira bersama para pemenang PJ Joran 2023, Ahad lalu.

PETALING JAYA: Seorang pemancing dinobatkan juara pada pertandingan memancing PJ Joran 2023 bagi tahun ke 5 di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Petaling Jaya di sini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir (dua dari kiri) sedang cuba menimbang spesis patin yang dinaikkan oleh peserta PJ Joran 2023, Ahad lalu.

Patin seberat 5.720kilogram berjaya dinaikkan oleh Shahrizal Yusri, 45 dari Semenyih atau lebih dikenali sebagai Tok Dalang pada jam 12.02 tengahari sekaligus membawa pulang wang berjumlah RM6,000 dan Piala Datuk Bandar, MBPJ dan menewaskan hampir 700 peserta yang hadir pada Ahad yang lalu.

Manakala naib juara Nor Rizuan Mohd Ariffin, 43 membawa pulang RM2,000 menaikkan ikan patin 1.970kilogram dan tempat ketiga peserta wanita Nadira Zabani, 34, menaikkan ikan talapia seberat 0.660kilogram membawa pulang RM1,000.

Pacaaak….Sebahagian hampir 700 peserta yang menyertai PJ Joran 2023 hadir memberi sokongan.

Shahrizal berkata, hadiah kemenangan itu akan dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong minatnya dengan hanya menggunakan umpan cacing ketika menaikkan ikan patin selama 10 minit.

“Kemenangan awal ramadan yang bakal tiba. Saya sangat bersyukur. Ini hadiah buat keluarga saya selain berkongsi kemenangan bersama keluarga dan kawan-kawan.

“Selama lima tahun beliau mengikuti pertandingan memancing anjuran MBPJ, dan beliau berharap PJ Joran ini dapat diteruskan lagi pada tahun depan selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing,” katanya di sini.

Tok Dalang berjaya menaikkan spesis patin dan akhirnya dinobat juara PJ Joran 2023, Ahad lalu.

Manakala kagi kategori khas ikan Keli, juara dimenangi oleh Badrom seberat 1.015 kilogram membawa pulang hadiah wang tunai RM300, kedua Amy seberat 0.430 gram wang tunai RM200 dan ketiga Zul Subang seberat 0.370 gram wang tunai RM100.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Mohamad Azhan bin Md Amir, Datuk Bandar Petaling Jaya.

Mohamad Azhan berkata, beliau berbangga dengan penyertaan peserta dari seluruh negara, antaranya Melaka, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor amnya selain kehadiran keluarga yang memeriahkan PJ Joran tahun ini.

Peserta wanita yang sentiasa memberikan saingan tidak kenal erti mengalah..Syabas, tahniah ikan keli yang berjaya dinaikkan oleh peserta ini tidak kurang hebatnya.

“Beliau melahirkan rasa syukur program yang masuk tahun ke lima ini sampai ke matlamatnya.

“Hasrat MBPJ adalah untuk mempromosikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai satu destinasi untuk beriadah bersama keluarga selain meningkatkan sumber pelancongan dan ekonomi setempat.

Untungnya hadiah misteri dapat mesin dan topi produk jenama, siapa sangka hadiah sumbangan MBPJ kepada peserta bertuah.

“Pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Petaling Jaya dengan aktiviti sihat.

“Pertandingan memancing PJ Joran ini wajar diteruskan lagi di tasik-tasik di bawah Petaling Jaya yang sediaada dan akan mengenalpastikan lokasi-lokasi tasik yang sesuai nanti.,” katanya.

“Lebih 200 ekor pelbagai spesis berjaya dinaikkan oleh kaki pancing kali ini antaranya Patin, Keli, Ketutu, Puyu, Peacock Bass dan Talapia katanya lagi.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here