USIM ANJUR PELBAGAI PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

0
805

NILAI, 1 Sept – Sambutan Bulan Kebangsaan diraikan setiap tahun bagi mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi sejak 1957.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak ketinggalan untuk meraikannya bagi mengingati anugerah kebebasan yang dicapai oleh pejuang-pejuang tanah air untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Bertemakan “Malaysia Prihatin”, ia dilihat amat bertepatan dengan aspirasi yang didukung kerajaan ini, bahawa seluruh rakyat Malaysia, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak Covid-19.

PRIHATIN pula membuktikan inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat.

Bagaimanapun dalam keadaan dunia dilanda penularan wabak Covid-19, sambutan tahun ini akan memperlihatkan pembaharuan dari segi sambutan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19 ini.

Pelbagai program telah diaturkan di peringkat USIM, antaranya Festival Koir Kemerdekaan Piala Pendaftar USIM (FESKEP) yang mana peringkat saringan dibuat secara dalam talian manakala peringkat akhir dibuat secara langsung.

Kedua, program Puisi Rumah PENA iaitu program kolaborasi anjuran Persatuan Penulis Malaysia (PENA) dengan Kerjasama USIM, ITBM dan DBP diadakan secara dalam talian secara langsung untuk menaikkan semangat dan jiwa yang luhur melalui penghayatan persembahan puisi, nyanyian lagu puisi serta perkongsian mengenai sejarah tanah air yang diungkapkan melalui persembahan pentas seperti syair, gurindam dan sebagainya.

Ketiga, Pertandingan Poster Kebangsaan USIM 2020 untuk menghasilkan kerja-kerja seni sempena bulan kemerdekaan yang dianjurkan secara dalam talian.

Artwork/Poster yang terpilih akan menjadi artwork rasmi Bulan Kemerdekaan Peringkat USIM 2020.

Seterusnya, Ekspresi Merdeka USIM 2020 memuat naik gambar bertemakan kemerdekaan di media sosial dengan keterangan info yang menarik, Pertandingan Jabatan Patriotik iaitu menghias jabatan dengan tema merdeka yang menarik.

Borak Rakyat: Wacana Kemerdekaan bertajuk “Merdeka Tanpa Menghayati Rukun Negara”.

Diskusi Apa Solusinya?, juga dianjurkan secara dalam talian melalui Facebook Pusat Kebudayaan USIM.

Wacana ini akan memfokuskan topik kemerdekaan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga kampus dan rakyat Malaysia umumnya dan seterusnya Khutbah Jummat, bacaan yassin dan doa selamat yang akan diterajui oleh Pusat Islam.

Program-program ini telah berlangsung sejak 28 Julai lalu dan dijangkan berakhir pada 28 September 2020 untuk acara penutup Bulan Kebangsaan.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here