CHRISTOPHER RAJ DILANTIK PENGURUS PASUKAN SKUAD B-17 NEGARA

0
660
PETALING JAYA, 15 Nov – Ahli Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj telah dilantik sebagai pengurus pasukan skuad Bawah 17 tahun negara.
Pelantikan tersebut diumumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin hari ini selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ketiga pagi tadi.
Keputusan tersebut telah mendapat persetujan daripada semua ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima Kasih kepada Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) dan barisan kepimpinan FAM atas kepercayaan melantik saya selaku Pengurus Pasukan Bawah-17 tahun kebangsaan.
“Ini adalah satu penghormatan dan cabaran buat saya untuk mengetuai pasukan remaja kebangsaan. Pasukan ini adalah generasi baharu bola sepak negara dan sudah pasti tugas berat untuk saya memastikan kelompok pemain ini berjaya pada masa akan datang,” jelas Christopher.
Sebahagian besar pemain skuad tersebut terdiri daripada produk Akademi Mokhtar Dahari. Pasukan ini juga akan bersaing dalam Kelayakan Piala Asia B-17 pada 2022 nanti.
Justeru, persiapan rapi akan dilakukan bagi memastikan pasukan ini layak secara merit ke pentas Asia.
 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here