CUB PRIX KEMBALI GEGAR JASIN, JUALAN HAPPY BAG TETAP JADI TARIKAN

0
544
Para pegawai daripada Majlis Perbandaran Jasin bersama-sama pihak penganjur mengadakan konvoi bagi mempromosikan Pusingan 3 Petronas Cub Prix di Jasin.

MELAKA, 26 Mei – Bandar Jasin Bestari bakal bergema minggu ini apabila kembali menjadi tuan rumah bagi Pusingan 3 Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia pada 27-28 Mei.

Ia merupakan satu kebanggaan buat peminat sukan permotoran di bandar berkenaan kerana perlumbaan motosikal tertua negara itu kembali ke negeri bandaraya bersejarah  selepas kali terakhir menganjurkannya pada edisi 2018.

Bagi memastikan kejuaraan tersebut berlangsung meriah, pihak Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah mengadakan kerja-kerja promosi dengan kerjasama pihak penganjur pada minggu lalu agar perlumbaan itu nanti mendapat sambutan hangat daripada para peminat tempatan.Beberapa pekan utama di negeri Melaka telah menjadi persinggahan untuk kerja-kerja mempromosikan kejuaraan tersebut yang antara lainnya mengajak para peminat sukan permotoran setempat supaya membanjiri pekan Jasin sepanjang dua hari perlumbaan berprestij itu dilangsungkan nanti.

Selain perlumbaan melibatkan tiga kelas utama iaitu kategori Wira, CP125 dan CP150 beberapa acara sampingan turut diadakan antaranya konvoi bermotosikal melibatkan 300 penunggang, gerai jualan serta khemah-khemah promosi daripada para penaja kejuaraan.

Tarikan utama sudah pastinya jualan Happy Bag Cub Prix yang telah mendapat sambutan luar biasa daripada para penonton sejak ia mula diperkenalkan pada 2019.

Jualan Happy Bagi itu turut menawarkan cabutan bertuah dan sebuah motosikal sama ada Yamaha Y15ZR atau Honda RS-X menanti pemenang hadiah utama.

Happy Bag Cub Prix yang dijual pada harga RM65, mengandungi baju-T edisi terhad, minyak pelincir Petronas Sprinta, minuman bertenaga Ranger serta alat pemegang kunci. Kandungan Happy Bag ini bernilai lebih RM80.

Baju-T edisi terhad berkualiti tinggi untuk Happy Bag Pusingan 3 Petronas Cub Prix di Jasin minggu ini.

Setiap pembelian Happy Bagi, para pembeli akan diberikan satu kupon untuk menyertai cabutan bertuah dan bagi mereka yang membeli dua Happy Bag, mereka akan mendapat tiga kupon.

Selain hadiah utama, beberapa hadiah lain turut disediakan termasuk jaket, helmet dan alat-alat ganti motosikal yang nilainya mencecah ratusan Ringgit Malaysia.

Pengumuman pemenang cabutan bertuah itu akan diadakan pada hari Ahad (28 Mei) pada pukul 5 petang sebaik selesai perlumbaan terakhir bagi Pusingan 3 ini.

Ynonne Ng

Menurut Pengurus Promosi dan Pemasaran Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng, Happy Bag yang mula diperkenalkan tahun lalu merupakan satu produk Cub Prix yang semakin popular dalam kalangan penonton dan harganya amat berbaloi kerana para pembeli akan mendapat barangan berkualiti tinggi.

“Nilai hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang cabutan bertuah juga mencecah ratusan Ringgit Malaysia dan kesemua produk merupakan jenama besar dalam pasaran tempatan.

“Peluang untuk menang adalah sangat cerah. Jika gagal pada Pusingan 3 ini, para penonton boleh mencuba lagi di pusingan seterusnya kerana jualan Happy Bag sentiasa ada di setiap venue perlumbaan. Ada Cub Prix, pasti ada Happy Bag,” jelas Yvonne.

Menurut Yvonne lagi, para penonton yang membeli Happy Bag pada hari Sabtu, mereka berpeluang untuk mendapatkan pas paddock bagi membolehkan mereka memasuki kawasan berkenaan.

Selain Happy Bag, turut dijual adalah cenderahati Cub Prix antaranya baju-T untuk kanak-kanak dan dewasa, payung, alat pemegang kunci dan juga tuala.

Khemah jualan Happy Bag di Jasin akan mula dibuka pada hari Sabtu, 27 Mei.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here