LIGA HOKI REMAJA KEBANGSAAN 2020 DIBATALKAN

0
1975

KUALA LUMPUR, 9 OKT – Penganjuran Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2020 yang sepatutnya berlangsung tahun ini terpaksa dibatalkan selepas melihat situasi penularan  Pandemik Covid-19 di Malaysia yang semakin membimbangkan.

Keputusan tersebut dibuat selepas satu perbincangan dengan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zainal Abas, selain mengambil kira pandangan serta panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang dipengerusikan Datuk Sri Dr. Anil Jeet Singh telah memutuskan untuk membatalkan kejohanan yang melibatkan pemain hoki berusia 19 tahun itu demi kesihatan dan kebaikan semua pihak.

“Memandangkan situasi penularan Covid-19 di Malaysia semakin meningkat, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM bersama ahli jawatankuasa yang lain telah mengambil keputusan untuk membatalkan MJHL 2020.

“Kejohanan ini melibatkan golongan pelajar, jadi saya berpendapat bahawa keputusan untuk membatalkan penganjurannya adalah jalan terbaik untuk ketika ini demi keselamatan dan kebaikan pelbagai pihak,” jelas Dr. Anil.

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here