SOSA JUARA LTdL 2022

0
423

LANGKAWI, 18 Okt – Seperti diramal, pelumba pasukan Jelajah Dunia – Movistar Team, Ivan Ramiro Sosa Cuervo dari Colombia dinobatkan selaku juara perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022.

Tampil menyarung Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan sejak mengungguli Peringkat 3 dari Putrajaya ke Genting Highlands pada Khamis lalu, Sosa merakamkan masa 25 jam 54 minit dan 00 saat (s).

Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) membawa pulang dua jersi menerusi Jambaijamts Sainbayar dan Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff yang masing-masing menyambar Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) dan Jersi Merah (Raja Bukit).

Lebih manis, ia kejayaan kali kedua berturut-turut buat Nur Aiman menyambar Jersi Merah apabila dia dinobat Raja Bukit pada 2020 selepas penganjuran LTdL 2021 ditunda ekoran pandemik Covid-19.

Jersi Hijau selaku Raja Pecut LTdL 2022 pula menjadi milik pelumba Uno-X Pro Cycling Team, Erlend Blikra.

Pada Peringkat 8 yang juga peringkat terakhir LTdL 2022 di Pekan Kuah, Langkawi sebentar tadi, pelumba Burgos BH, Alexander Molenaar muncul juara apabila merekodkan masa 2:25.37s.

Keputusan Peringkat 8 LTdL 2022 (Kuah, Langkawi Loop)

Pendahulu keseluruhan (Jersi Kuning)
1. Ivan Ramiro Sosa Cuervo (Movistar Team) 25:54.00s
2. Hugh John Carthy (EF Education Easypost) 25:54.23s
3. Torstein Traeen (Uno-X Pro Cycling Team) 25:55.47s

Pelumba terbaik Asia (Jersi Putih)
1. Jambaijamts Sainbayar (Terengganu Polygon Cycling Team) 25:56.32s
2. Andrey Zeits (Astana Qazaqstan Team) 25:56.33s
3. Ariya Phounsavath (Thailand Continental Cycling Team) 26:02.23s

Raja Pecut (Jersi Hijau)
1. Erlend Blikra (Uno-X Pro Cycling Team) 49 mata
2. Max Kanter (Movistar Team) 45 mata
3. Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan Team) 39 mata

Raja Bukit (Jersi Merah)
1. Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff (Terengganu Polygon Cycling Team) 29 mata
2. Jambaijamts Sainbayar (Terengganu Polygon Cycling Team) 29 mata
3. Ivan Ramiro Sosa Cuervo (Movistar Team) – 25 mata

Pasukan pendahulu keseluruhan
1. Movistar Team – 70:28.42s
2. EF Education – Easypost – 70:32.51s
3. Uno-X Pro Cycling Team – 70:34.32s

Pasukan terbaik Asia
1. Terengganu Polygon Cycling Team – 77:46.27s
2. Thailand Continental Cycling Team – 77:50.36s
3. Team Ukyo – 78:35.24s

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here