
SANDRO BLOW FOR SARAWAK UNITED

BUFFET RAMADAN DI RESTORAN PIZZA VS SATAY USJ11 MEMANG TERBAIK
KUALA LUMPUR, 17 April – Ikan masak lemak cili api, satay ayam, kambing golek, ayam goreng ala bali dan banyak lagi – itu antara menu istimewa di Restoran Pizza vs Satay yang terletak di USJ11 Subang Jaya, Selangor.
Menu khas itu merupakan sajian istimewa sepanjang bulan Ramadan tahun ini di restoran yang menyediakan masakan barat dan tempatan itu.
Para pengunjung yang berhasrat untuk berbuka puasa di restoran berkenaan mempunyai dua pilihan iaitu menempah makanan mereka menerusi ala carte atau buffet – dan harganya amat terjangkau.
Pilihan sepanjang bulan Ramadan ini sudah pastinya hidangan buffet kerana harganya amat berpatutan iaitu RM42.90 sekepala untuk orang dewasa dan RM23.90 untuk kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun.

Buffet Ramadan itu bermula pada hari Jumaat lalu dan sambutannya sangat menggalakkan.
Menu-menu lain termasuk kuih-muih, pizza, buah-buahan, minuman sejuk dan panas dan juga bubur kacang merah sebagai pembuka selera.
Sejak restoran berkenaan memperkenalkan Buffet Ramadan dua hari hari lalu, sambutan orang ramai amat memberangsangkan.

Kesemua meja yang disediakan penuh dengan pelanggan, malah turut mendapat tempahan daripada pejabat-pejabat swasta dan kerajaan berdekatan.
Maklum balas daripada pelanggan yang sempat ditemui juga amat positif dan ramai yang berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.
“Harganya amat berpatutan dan setiap masakan menepati citarasa semua pelanggan. Enak dan sedap,” jelas seorang pelanggan yang enggan namanya disiarkan.
Menurutnya, kambing golek dan ikan masak lemak cili api adalah yang terbaik termasuk ayam goreng madu.
“Rasanya juga enak dan sangat menyelerakan. Bagi saya, semua menu yang disediakan memang terbaik. Adunan rempah dalam setiap masakan juga seimbang, segar, dan setiap suapan memang terasa aromanya. ,” jelasnya lagi.
Selain menu khusus untuk Buffet Ramadan, restoran tersebut juga menyediakan hidangan lain menerusi tempahan ala carte.

Hidangan yang wajib dicuba termasuk Nasi Lambak dengan ‘topping’ ayam atau makanan laut. Nasi Ikan Masam Manis, Nasi Goreng Kerabu Ayam Percik juga antara menu popular yang disediakan di restoran berkenaan.
Sepanjang bulan Ramadan ini, fokus mereka adalah kepada hidangan buffet kerana ia memudahkan pelanggan mereka untuk membuat pilihan.
Selepas dua hari, kambing golek tetap menjadi pilihan kerana tahap kematangannya memenuhi citarasa semua pelanggannya.

Selain itu, Restoran Pizza vs Satay juga menerima tempahan daripada sektor korporat yang berhasrat mengadakan majlis berbuka puasa dan setiap tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal.
Bagi pelanggan yang berhasrat untuk berbuka puasa di restoran berkenaan, mereka boleh membuat tempahan meja menerusi talian 03-56388848 atau 017-3134779.
Apa yang pasti, Restoran Pizza vs Satay menyediakan hidangan yang menyelerakan pada harga yang amat terjangkau. Anda akan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan selain sikap pekerjanya yang ramah melayan kunjungan para pelanggan.
Ayuh, tempah sekarang sebelum terlambat!


WHEN THE COPS CAME CALLING FOR SARAWAK UNITED
“However, nothing is to be taken away from Police. They played well and took the game to us. Police were more organised and took the opportunities well,” said Elavarasan on his team’s defeat.SARAWAK UNITED WEAKENED BY INJURIES FOR POLICE MATCH
WAS IT A POLITICAL MILEAGE STUNT?
SARAWAK UNITED WARY OF POLICE
Elavarasan is concerned with injuries to his South Korean midfielder Lee Chang-hoon (pic left) and Brazilian Sandro Mendonca.NORISMADI ABD MANAP PRESIDEN BAHARU SAM
KUALA LUMPUR, 12 April – Norismadi Abd Manap (RTM) dipilih sebagai Presiden baharu Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) untuk penggal 2020-2023 selepas meraih kemenangan dengan kelebihan satu undi ke atas penyandang jawatan, Dato Jasni Shafie (Northern Corridor Promotion – NCP) hari ini.
Norismadi meraih 47 undi manakala Jasni mendapat 46 undi dan satu undi rosak.
Sejumlah 106 ahli SAM layak mengundi pada proses pengundian semula itu yang berlangsung di dewan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Daripada jumlah tersebut hanya 94 ahli yang hadir untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Pengundian semula itu diadakan selepas dua calon jawatan Presiden dan dua calon untuk mengisi satu jawatan Exco telah mendapat undi yang sama pada mesyuarat agung Tri-Tahunan SAM 2020-2023 di TH Hotel, Kelana Jaya, 3 April lalu.
Dua calon Presiden iaitu Jasni dan Norismadi masing-masing terikat dengan 51 undi manakala dua calon untuk mengisi satu jawatan Exco, Ajitpal Singh Dhaliwal (New Strait Times) dan Vikneswaran Raman (Bernama) terikat dengan 57 undi.
Begitupun, hanya jawatan Presiden sahaja yang melalui proses pengundian semula itu manalaka satu jawatan Exco telah dimenangi oleh Ajitpal Singh selepas seorang lagi calon, Vikneswaran Raman menarik diri pada saat akhir.
Dengan kemenangan itu, Norismadi menjadi ahli SAM pertama daripada RTM untuk memegang jawatan tertinggi dalam persatuan tersebut.
Dia juga merupakan presiden ke-12 persatuan yang ditubuhkan pada 21 Februari 1969 itu.
Dalam kenyataan ringkasnya, Norismadi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli SAM yang telah memberi mandat kepadanya untuk menerajui persatuan berkenaan.
Sebelum ini, beliau memegang jawatan Naib Presiden SAM sejak 2012.
Jawatan-jawatan lain dalam persatuan tersebut telah diisi pada AGM 3 April lalu yang menyaksikan Faisal Jamal (RTM) memegang tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden manakala Hafizal Hamad (Astro Arena) dan Mohd. Hazreen Nor Mubarak (TV3) mengisi dua jawatan Naib Presiden.

Asan Ahmad (Hubmedia) pula menang tanpa bertanding jawatan Setiausaha Agung manakala Azhari Mohd Yusof dilantik sebagai Bendahari selepas turut menang tanpa bertanding.
Bagi lima jawatan ahli Exco ia diketuai Zuriati Zulmi (Bernama), Wan Nor Bazly Wan Azmi (Astro Arena), Ku Mohd Lufti Ku Yahya (Media247), Mohammad Rozaidi Zulkifli (Utusan Malaysia) dan Ajitpal Singh (NSTP).
Wakil daripada Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara telah menjadi pemerhati bebas pada majlis pengundian semula itu.
BARISAN AHLI JAWATANKUASA SAM BAGI PENGGAL 2020-2023
Presiden: Norismadi Abd Manap (RTM
Timbalan Presiden: Faisal Jamal (RTM)
Naib Presiden:
Mohd.Hazreen Nor Mubarak (TV3)
Mohd Hafizal Hamad (Astro Arena)
Setiausaha Agung: Asan Ahmad (Hubmedia) – Menang tanpa bertanding
Bendahari: Azhari Mohd Yusof (Menang tanpa bertanding)
Ahli Exco
Zuriati Zulmi (Bernama)
Wan Nor Bazly Wan Azmi (Astro Arena)
Ku Mohd Lufti Ku Yahya (Media247)
Mohammad Rozaidi Zulkifli (Utusan Malaysia)
Ajitpal Singh (NSTP)


















