KHAIRUL IDHAM PAWI LEGA

0
651

KUALA LUMPUR, 7 Julai –  Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi lega.

Dia telah dibenarkan berlepas ke Sepanyol untuk beraksi pada Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) selepas hajat awalnya tersekat gara-gara peraturan baharu Kesatuan Eropah (EU).

Khairul yang lebih dikenali dengan jolokan Super KIP, berlepas awal pagi tadi selepas diberi pengecualian dan kebenaran memasuki Sepanyol menjelang perlumbaan GP Sepanyol di Litar Jerez pada 17 hingga 19 Julai ini.

“Saya sangat gembira dan bersyukur sebab sudah dua kali datang ke lapangan terbang, tetapi hari ini baru saya boleh terbang. Terima kasih kepada pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan), Imigresen, MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan pihak terlibat dalam memudahkan perjalanan keluar dan masuk,” kata pelumba pasukan Petronas Sprinta Racing itu dalam satu kenyataan hari ini.

KHiarul, 21, dijadual berlepas ke Sepanyol pada Jumaat lepas, namun terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran peraturan baharu EU yang hanya membenarkan warga dari 15 negara memasuki kesatuan itu, dengan Malaysia tidak termasuk dalam senarai.

Selain Khairul, pelumba negara yang turut beraksi pada GP Sepanyol adalah Hafizh Syahrin Abdullah daripada pasukan Aspar Team dan Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili ONEXOX TKKR SAG Team.

Mereka masing-masingnya bersaing dalam kelas Moto2.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk negara dan jangan lupa memberi sokongan kepada saya dan pelumba negara yang lain,” kata Khairul yang kembali bersaing dalam kelas Moto3 musim ini selepas tiga musim beraksi dalam kelas Moto2.

Kejuaraan MotoGP musim ini ditangguhkan sejak Mac lalu selepas aksi pembuka tirai di Qatar akibat penularan pandemik Covid-19.

 

 

 

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here