SUKMA: SARAWAK EYEING OVERALL TITLE
BERHENTI AMBIL WARGA ASING BEKERJA DI HOTEL
Oleh Khalid Noorshah
KUALA LUMPUR, 24 Jun – Kesatuan Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia (NUHBRW) mengalu-alukan pengumuman Kementerian Sumber Manusia untuk membekukan pengambilan warga asing dalam semua sektor sehingga akhir tahun ini sambil menyifatkan ia satu langkah yang tepat.
“Satu kenyataan yang berani oleh Menteri Sumber Manusia yang ditunggu-tunggu oleh ramai warga pekerja. Harap-harap beliau “Walk the Talk” dan benar-benar ambil tindakan,” kata Setiausaha Agungnya, Rusli Affandi ketika dihubungi hari ini sambil menggesa kerajaan supaya menimbang untuk menghentikan terus kebenaran pengambilan warga asing untuk bekerja di hotel-hotel tempatan.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 menunjukkan bahawa setiap negara haruslah bersedia membangunkan modal insan warga sendiri dalam setiap sektor pekerjaan supaya negara tidak terlalu bergantung dengan pekerja warga asing.
“Semua jawatan yang sebelum ini dijawat oleh pekerja asing haruslah diisi dengan pekerja tempatan. Mungkin dengan transasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, negara boleh menggurangkan atau menolak kepada penggunaan pekerja asing.
“Jika kita melawat Jepun, contohnya, kita akan dapati bahawa warga Jepun akan melayan pelancong dan penginap hotel dari Meja Depan, Pembantu Bilik hingga ke Coffee House,” katanya sambil menambah pekerja hotel dari kalangan rakyat tempatan sebenarnya

memainkan peranan besar sebagai duta kecil negara.
Rusli berkata, penghayatan pertama para pelancong samada tempatan mahupun dari negara luar sangat penting malah sudah diketahui bahawa pelancong luar negara lebih suka dan menyenangi layanan mesra yang diberikan oleh rakyat tempatan berbanding pekerja warga asing.
“Sekarang ini, ramai pekerja hotel yang menganggur akibat penutupan beberapa hotel di seluruh negara, maka merekalah yang perlu diberi keutamaan untuk diberi kerja.
“Sekarang masa yang terbaik untuk mengenalpasti kekurangan yang ada dalam tenaga kerja kita dan membangunkan mereka bagi memenuhi kehendak industri,” katanya sambil menambah rakyat tempatan terutama dalam industri perhotelan juga rajin, berkebolehan dan berdisiplin tinggi.

Menurut beliau, warga asing dari Nepal dan Bangladesh yang datang ke sini untuk bekerja di hotel-hotel tempatan mungkin melakukan yang terbaik tetapi mereka kekurangan semangat patriotik dalam melakukan tugas malah tidak boleh menghayati pelbagai aspek pelancongan lain termasuk kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
“Dari segi upah dan gaji sama sahaja bagi warga tempatan dan warga asing kerana semua majikan dimestikan membayar gaji minimum RM1,200 sebulan tanpa mengira kelulusan dan jawatan yang disandang kecuali bagi mereka yang menyandang jawatan penyelia,” katanya.
Rusli turut mendakwa, kebenaran pengambilan pekerja asing juga membuka ruang untuk majikan memanipulasi tenaga kerja kerana NUHBRW ada menerima laporan mengenai pekerja asing dikerah bekerja sehingga 12 jam sehari tanpa perlu dibayar upah kerja lebih masa, tiada caruman ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
AFF: AUSTRALIA, NEW ZEALAND WILL BE OUTSTANDING HOST FOR 2023 WOMEN’S WORLD CUP
KUALA LUMPUR – With the knowledge and the experience attained from successfully hosting premier world-class sporting events in the past, Australia and New Zealand have what it takes to be outstanding joint hosts for the 2023 FIFA Women’s World Cup.
ASEAN Football Federation (AFF) made this an assertion when confirming its support for the joint bid by the two countries during its virtual 5th AFF Council Meeting recently.
AFF President, Major General Khiev Sameth said AFF was confident the Football Federation Australia (FFA) and New Zealand Football (NZF), in cooperation with their respective governments would deliver an extraordinary tournament to the world.
“We are confident that Australia and New Zealand will fulfill their promises and be the perfect hosts for the FIFA Women’s World Cup in 2023. The FFA and NZF have our full support and backing,” said Sameth.
He explained that the region had a very strong sports tradition and a proven track record for successfully hosting world events.
“The people in Australia and New Zealand love their sports and were extremely supportive when major sporting events were held in their countries. Among other things, their exceptional organization capabilities and capacities to deliver memorably experiences for the participants, officials, and fans have been well documented.”
The FIFA U20 World Cup, Sydney Olympics 2000, Rugby World Cup 2011, ICC Cricket World Cup 2015 and the AFC Asian Cup 2015 were among the major sporting events staged in these two countries. For the record, the ICC Cricket World Cup was jointly hosted by Australia and New Zealand.
Sameth also commended FFA for their contributions to the development of women’s football in the region.
“FFA has also contributed significantly to the growth of women’s football both on and off the pitch in our region including but not limited to their Female Leadership Development Program which has been instrumental in helping women to progress into senior positions in the football industry. Women are an integral part of football and we need to have more women in senior decision-making positions.”
He added that AFF would offer its assistance and support for the joint bid which will be decided later this month. Besides the joint bid of Australia and New Zealand, Colombia as well as Japan had submitted bids for the 2023 FIFA Women’s World Cup.
AFF is confident the joint bid will prevail after FIFA’s evaluation report gave the highest rating to the Australia-New Zealand submission. The Australia-New Zealand bid scored 4.1 out of 5 points with Japan and Colombia being awarded 3.9 and 2.8 points respectively.
“On behalf of AFF and the millions of football fans in the Southeast Asian region, we wish Australia and New Zealand the very best and hope they will be awarded the host job for the 2023 FIFA Women’s World Cup.”
SELANGOR HOPE TO GET OLUSEGUN SOON
DANA RM10 JUTA UNTUK PERSATUAN SUKAN MENERUSI INISIATIF PRIHATIN
KUALA LUMPUR, 17 Jun – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan dana berjumlah RM10 juta kepada persatuan sukan kebangsaan menerusi Inisiatif Prihatin Sukan 2020 bagi membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, langkah proaktif itu diambil bagi membantu persatuan sukan tanah air, terutamanya pemegang taruh yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).
Menurut laporan Bernama, di bawah inisiatif itu, peruntukan akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, RM2 juta sebagai bantuan pengurusan kepada persatuan sukan kebangsaan yang berdaftar di bawah PJS; keduanya, bantuan menjalankan program dan aktiviti persatuan sukan (RM5 juta); dan ketiganya, bantuan bagi program pendigitalan serta projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) persatuan (RM3 juta).
“Bantuan pengurusan kepada persatuan sukan kebangsaan yang berkelayakan, akan diberikan bantuan secara ‘one-off’ berjumlah RM5,000 hingga RM10,000 dan dijangka memberikan manfaat kepada hampir 200 persatuan sukan kebangsaan di seluruh negara,” katanya.
Reezal berkata, bantuan menjalankan program dan aktiviti pula adalah untuk persatuan sukan dan rekreasi di semua peringkat, di mana ia terbuka kepada semua persatuan sukan yang berdaftar di bawah PJS.
Katanya, bantuan ini bertujuan untuk menggalakkan program dan aktiviti semasa dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seperti program cabaran maya (virtual) serta pembelajaran dalam talian – ia terhad kepada jumlah maksima RM20,000 bagi setiap persatuan yang layak.
Reezal berkata, bantuan program pendigitalan serta projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) persatuan sukan dan rekreasi di semua peringkat, terbuka kepada semua persatuan sukan yang berdaftar di bawah PJS pula bertujuan menggalakkan projek pendigitalan seperti pembangunan laman web atau media sosial dan kandungan media digital seperti video.
“Persatuan sukan juga boleh mencadangkan projek R&D untuk inovasi, teknologi sukan atau untuk tujuan pengkomersilan produk dan perkhidmatan sukan masing-masing, termasuk dengan kerjasama universiti, agensi berkaitan atau pihak swasta. Jumlah maksimum yang boleh dipohon adalah RM30,000 bagi setiap persatuan sukan yang layak untuk kategori program pendigitalan atau R&D,” katanya.
Persatuan sukan kebangsaan boleh membuat permohonan dalam talian melalui pautan laman web rasmi KBS http://www.kbs.gov.my/inisiatifprihatinsukan2020.html.
MFL: LATIHAN FASA PERTAMA JADI PENENTU
KUALA LUMPUR, 17 Jun – Sesi latihan fasa pertama bakal menjadi penentu buat pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) sebelum sesi kedua dibenarkan.
Demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan badan tersebut hari ini.
Menurut Ab Ghani, pelaksanaan latihan fasa kedua yang membenarkan latihan dengan kontak menjadi lebih cerah, apabila semua pasukan patuh mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam sesi latihan fasa pertama.
“Sesi latihan fasa pertama amat penting, kerana ia ujian kepada semua pihak untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan kepada pasukan dan jika berjaya, ini akan membolehkan sesi latihan fasa kedua dapat dilaksanakan. SOP penting untuk kita mengurangkan atau tidak memberi ruang terhadapa penularan Covid-19.
“Apa yang penting adalah untuk membuktikan kepada kerajaan bahawa latihan bola sepak dikendalikan pasukan dengan pemantauan MFL, tidak berdepan sebarang masalah. Jika semua pasukan boleh memberi kerjasama serta mengikut SOP yang telah ditetapkan, MFL akan teruskan dengan permohonan latihan fasa kedua,” jelas Ab Ghani.
Ab Ghani berkata, latihan fasa kedua membenarkan pasukan dan pemain melakukan latihan seperti biasa dalam mempersiapkan pasukan menghadapi saingan Liga M 2020, yang bakal bersambung pada September depan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini memberi kebenaran kepada semua sukan berpasukan dan sukan tempur memulakan latihan tanpa sentuhan badan, dengan melakukan jarak sosial tiga hingga lima meter bermula Isnin lepas.
Justeru, MFL menggariskan empat perkara wajib yang perlu dipatuhi setiap pasukan, sebelum dibenar untuk kembali mengendalikan sesi latihan buat kali pertama, sejak penangguhan Liga M 2020 pada Mac lepas.
Dalam kenyataan tersebut, Ab Ghani menjelaskan bahawa MFL telah meluluskan lima daripada tujuh permohonan dan pengesahan pematuhan SOP, untuk kembali memulakan sesi latihan.
“MFL terpaksa menangguhkan permohonan daripda dua pasukan kerana didapati masih ada dokumen yang belum lengkap bagi membolehkan mereka memulakan latihan.
Setakat ini, lima pasukan yang menerima kelulusan menjalani latihan fasa pertama adalah Johor Darul Ta’zim, Selangor, UiTM FC, Negeri Sembilan, dan Selangor 2.
CADANGAN MEMPERKENALKAN GAJI BULANAN BAKAL MELEGAKAN PELUMBA KELAS CP150
KUALA LUMPUR – Jika cadangan untuk memperkenalkan sistem gaji bulanan kepada para pelumba kelas CP150 di Kejuaraan Cub Pix Malaysia Petronas dapat direalisasikan, ia pasti berita yang melegakan dalam kalangan wira-wira litar negara itu.
Langkah tersebut dilihat bakal membantu beban para pelumba terutama yang beraksi dalam kelas CP150 yang paling terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 ketika ini.
Cadangan berkenaan dicapai dalam satu mesyuarat melibatkan para pengurus pasukan serta pemegang taruh kejuaraan itu di ibu negara baru-baru ini.
Dalam perbincangan tersebut kedua-dua belah pihak memutuskan untuk merombak sistem pembayaran kepada pelumba yang diamalkan ketika ini dan digantikan dengan sistem gaji minimum secara bulanan.
Ketika ini, para pelumba menikmati imbuhan mereka menerusi setiap perlumbaan yang mereka harungi.
Cadangan pembaharuan yang bakal dilakukan itu hanya tertumpukan kepada para pelumba kelas CP150 kerana ia merupakan kelas profesional yang menyaksikan para pelumba beraksi secara penuh masa.
Berlumba adalah profesi serta punca pendapatan mereka dan langkah untuk memperkenalkan gaji bulanan adalah untuk memastikan para pelumba kelas CP150 terus menerima bayaran sekiranya perlumbaan dibatalkan, seperti mana yang berlaku sepanjang Covid-19.
Begitupun, mesyuarat tersebut belum memutuskan bila ia akan dilaksanakan kerana banyak lagi aspek perlu diperhalusi agar kedua-dua belah pihak, sama ada pelumba mahupun pasukan menikmati faedah daripada cadangan tersebut.
Setiap pasukan pula perlu mengukuhkan sumber pendapatan kewangan masing-masing agar kebajikan untuk kedua-dua belah pihak (pelumba dan pasukan) terjaga dengan sempurna serta lancar.
Antara yang hadir pada mesyuarat tersebut termasuk wakil daripada pasukan Honda RCB Solaralert Cilik, Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Ipone Yamaha YY Pang, Idemitsu Honda Yuzy Racing, Hi-Rev SCK Honda Racing dan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing.
Ekoran penularan wabak Covid-10 sejak Mac lalu, Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 telah dihentikan sejak pusingan pembukaan di Litar Lumba Tangkak, Johor pada bulan Mac selepas kerajaan memutuskan untuk melarang sebarang perhimpunan massa.
ODD TO TRAIN WITHOUT HUMAN TOUCH – SAZALI SAIDON
NURSHANEEM SHINES IN USA

NEGERI SEMBILAN FIRST TO EMBARK ON TRAINING














