Home Blog Page 16

BLIESE BAKAL ‘JEJAK KAKI’ KE LIGA MALAYSIA

0

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Jenama pewangi yang semakin dikenali di Malaysia dan rantau Asia Tenggara memberi gambaran akan bersama salah satu pasukan bolasepak Liga Super Malaysia bagi musim 2023.

Menurut Pengasas pewangi jenama Bliese, Suhaimi Saiful, bberapa pasukan dari selatan tanah air, lembah kelang dan utara telah mengadakan pertemuan dengan pihaknya bagi membincangkan perkara tersebut.

“Dalam pertemuan tersebut mereka mempelawa Bliese untuk bersama pasukan mereka dan kami memang berminat, malah sedang meneliti beberapa perkara  dari sudut pemasaran dan pembangunan produk.

“Kami juga akan menghadiahkan sesuatu yang baharu kepada pengguna serta agen-agen Bliese tidak lama lagi,” tambah Suhaimi.

Menurutnya lagi, bolasepak adalah satu permainan yang dimainkan secara global dan merancang untuk bersama salah satu pasukan sebagai tanda terima kasih dan hadiah kepada penyokong wangian Bliese.

Jenama Bliese telah bersama pasukan bolasepak akar umbi di Kuala Lumpur iaitu KL Rovers Academy sejak dua tahun lalu.

“Kami percaya dengan melibatkan diri dengan pasukan ini, masyarakat dan komuniti akan lebih menerima jenama Bliese sebagai jenama wangian pilihan keluarga”.

Blese (M) Sdn Bhd menyasarkan jualan yang lebih baik pada tahun 2023 ini memandangkan banyak sektor ekonomi telah dibuka kembali selepas terjejas teruk lebih dua tahun ekoran pandemik Covid-19.

“Semoga dengan penglibatan ini, ia akan memberi lebih kekuatan kepada agen-agen kami di seluruh pelusuk tanah air dan rantau Asia Tenggara untuk meningkatkan edaran di pasaran,” ujarnya.

Pakej dan produk Bliese sentiasa sensitf dan peka kepada pengguna dan banyak memberi manafaat kepada agen-agen yang menjadi tunjang utama kekuatan jaringan pemasaran produk.

 

KAYUHAN OCBC KL KEMBALI SELEPAS BEREHAT SELAMA TIGA TAHUN

0
Tenaga penting disebalik Kayuhan OCBC KL (dari kiri) Nezzam Malek, CEO Multigreen Events, Syed Abdull Aziz Syed Kechik, CEO OCBC Al-Amin, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Naim Mohamad, Pengerusi Multigreen Events, Khairul Azmir Ahmad, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 – Kayuhan OCBC Kuala Lumpur yang popular dengan jolokan ‘The City Ride’ kembali menemui peminatnya pada 12 Mac nanti selepas berehat selama tiga tahun gara-gara pandemik Covid-19.

Kayuhan ini yang akan mempertandingkan dua kategori iaitu 42 dan 21 kilometer (km) akan merentasi beberapa jalan utama sekitar pusat bandar dengan acara pelepasan bakal bermula di Dataran Merdeka. Turut dianjurkan adalah kategori baharu iaitu ‘The KL’s Mayor Ride’ sejauh 42km.

Bagi para peminat yang mahu menyertai kayuhan ini, pendaftaran masih dibuka sehingga 16 Februari 2023 dan ia terbuka kepada perserta berusia 18 tahun ke atas.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web www.ocbccyclekl.com dan setakat ini, sejak ia mula dibuka, jumlah peserta yang mendaftar kini sudah mencecah angka 2,000.

Begitupun, bagi para peminat yang belum mendaftar, mereka masih boleh berbuat demikian kerana jumlah maksimum pendaftaran untuk kayuhan beramai-ramai di jalan-jalan tertutup sekitar pusat bandar raya ini adalah 2,500 peserta.

Empat jenis basikal (untuk kategori lelaki dan wanita) menanti para pemenang kayuhan ini iaitu mountain bike, road bike, folding bike dan juga fat bike.

Dalam kenyataan ringkasnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah menjelaskan bahawa pihaknya berasa bangga kerana acara kayuhan berbasikal secara besar-besaran tunggal di bandar ini dapat dianjurkan semula.

Penganjurannya sudah pasti sangat dinanti-nantikan oleh para pelumba amatur dan baharu kerana acara ini membolehkan mereka berkayuh dalam suasana yang sangat selesa dan ikonik.

“Kayuhan OCBC Kuala Lumpur ini melengkapkan aktiviti OCBC KL Car Free Morning yang dianjurkan khusus buat para peminat yang gemarkan kayuhan santai. Kami berasa teruja kerana Kayuhan OCBC KL kembali dianjurkan tahun ini selepas tiga tahun berehat.

“Saya yakin ramai yang sudah tidak sabar untuk turut serta dalam acara ini yang akan berlangsung pada 12 Mac nanti. Ia terbukti kerana jumlah yang sudah mendaftar setakat ini sangat memberangsangkan.

“Ini merupakan satu-satunya kayuhan santai tanpa ada sebarang gangguan di jalan tertutup dengan jarak sejauh 21km. Ia membolehkan para peserta menikmati keindahan Kuala Lumpur sambal mengayuh basikal masing-masing dalam suasana yang tenang.

“Melalui aktiviti seperti ini, ia akan mendorong para peserta untuk melibatkan diri dalam sukan yang sihat, sekali gus meningkatkan daya kayakinan diri mereka.

“Saya juga berasa bangga kerana kategori sejauh 21km turut diperkenalkan buat para peserta tahun ini dan saya yakin ia akan memberi pengalaman baharu kepada mereka yang sudah terbiasa dengan laluan sejauh 7km seperti di OCBC KL Car Free Morning. Bagi para peserta yang lebih berpenglaman, mereka mungkin boleh memilih untuk menyertai kategori 42km melibatkan dua loop 21km.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa buat pertama kalinya satu kategori iaitu The KL Mayor’s Ride akan diperkenalkan tahun ini. Kayuhan berpasukan ini melibat 10 pelumba dalam satu pasukan akan beradu tenaga dalam kayuhan sejauh 42km. Kami mengalu-alukan penyertaan daripada sector korporat dan syarikat-syarikat swasta untuk mengambil bahagian dalam The KL Maor’s Ride ini yang sasarannya memupuk semangat berpasukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan peserta,” jelas Mahadi.

Sementara itu, Datuk Naim Mohamad mengingatkan para peserta yang berminat menyertai kategori baharu iaitu 21km dan juga 42km, hendaklah mendaftar segera sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 16 Februari ini.

“Kami sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan laluan yang disediakan untuk kayuhan tahun ini lebih menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jadi, para peminat tidak harus melepaskan peluang untuk menyertai Kayuhan OCBC Kuala Lumpur ini,” jelas Naim.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) OCBC, Syed Al-Amin Syed Kechik berkata bahawa penganjuran semula Kayuhan OCBC Kuala Lumpur ini adalah berdasar pengalaman luar biasa OCBS ketika menjadi penaja utama beberapa acara popular sejak 2015.

Malah katanya, OCBC pernah menjadi penaja untuk acara OCBC Cycle Malaysia pada tahun 2011 hingga 2013 dan juga terlibat dengan OCBC KL Car Free Morning pada 2014.

“Kami berasa seronok untuk kembali bersama masyarakat tempatan dalam acara kayuhan seperti ini dan saya tidak sabar untuk melihat para peserta beraksi dalam kategori 21 dan 42 km di Kayuhan OCBC Kuala Lumpur nanti termasuk yang beraksi dalam kategori The KL Mayor’s Ride. Kami berharap, menerusi aktiviti seperti ini kita dapat membentuk masyarakat dengan gaya hidup yang sihat.

“Kami juga berasa bangga kerana penganjuran Kayuhan OCBC Kuala Lumpur 2023 ini terus mengamalkan budaya mesra alam, sekali gus menjaga kebersihan persekitaran,”jelas Al-Amin.

Lebih menarik, acara tahun ini akan mengurangkan penggunaan bahan-bahan plastik termasuk peralatan yang akan digunakan oleh para peserta.

Penggunaan risalah kertas bagi menyalurkan maklumat kepada para perserta juga dikurangkan dan ia akan digantikan dengan papan kenyataan besar yang lengakp dengan segala informasi berkenaan acara ini.

Tong kitar semula akan disediakan di beberapa lokasi buat para peserta membuang segala sampah termasuk kulit pisang dan ia akan dihantar ke pusat pengkomposan.

Kayuhan ini yang dikendalikan oleh Multigreen Events, mendapat sokongan daripada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia dan juga Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. OCBC Bank (Malaysia) Berhad tampil selaku penaja utama.

Selain Kayuhan OCBC Kuala, turut tampil selaku rakan penaja adalah Great Eastern, KPJ, Decathlon, Thule, 100Plus, Nescafe, Milo, N8 Sports Nutrition, Gin Huat, Maxxis, Dahon, ES Mass, Maxtron, Elite Sports, Dynamique Sports Rehab Centre, Cat Eye, Minoura, Black Cat, Hutan Ration dan Kulsocs.

 

 

MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR, HONDA RS-X BAKAL MENJADI MILIK PENGUNJUNG BERTUAH

0

BATU KAWAN, 2 Dis – Dua buah motosikal bakal menjadi milik para pengunjung bertuah pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia di Batu Kawan hujung minggu ini.

Motosikal yang bakal dibawa pulang oleh pengunjung bertuah itu nanti adalah sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dan juga Honda RS-X.

Dua model motosikal ini merupakan yang terhangat di pasaran pada masa kini.

Begitupun, jika berhasrat untuk memiliki motosikal tersebut, para pengunjung hendaklah membeli Happy Beg Cub Prix  yang akan dijual di khemah Happy Bag sepanjang kejuaraan Pusingan 10 Cub Prix di Batu Kawan pada 3 dan 4 Disember ini.

(Gambar pemenang cabutan bertuah Happy Bag Cub Prix bagi Pusingan 3 dan 4)Beg tersebut yang mengandungi baju-T edisi khas Cub Prix, minyak pelincir serta pemegang kunci dijual pada harga RM60 dan setiap pembelian untuk satu beg, akan diberikan kupon untuk menyertai cabutan bertuah.

Lebih banyak pembelian maka lebih banyak kupon cabutan bertuah akan diberikan dan peluang untuk menang adalah lebih cerah.

Pemenang cabutan bertuah Happy Bag (dua dari kanan) bagi Pusingan 6.

Selain motosikal yang menjadi hadiah utama, pelbagai hadiah menarik lain juga disediakan oleh pihak penganjur buat para pengunjung yang bertuah nanti. Antaranya adalah jaket, helmet dan bermacam-macam lagi.

Pengumuman untuk para pemenang cabutan bertuah Happy Beg Cub Prix ini akan berlangsung pada pukul 4.30 petang hari Ahad ini.

Selain jualan Happy Beg, satu lagi acara samping iaitu Cabutan Bertuah Khas turut diadakan pada hari Sabtu (3 Disember) dan para pemenang bakal memenangi pas khas bagi membolehkan mereka melawat kawasan paddock kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Acara lain yang turut diadakan pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 adalah perhimpunan K Kar, Carnival Honda dan juga Bike Autoshow.

Cub Prix yang mula membuka tirai pada Mac tahun ini, kini sudah sampai ke kemuncak saingan dan Batu Kawan menjadi venue untuk pusingan penutup tirai, sekali gus mengesahkan siapa yang bakal muncul sebagai pelumba serta pasukan terbaik pada tahun ini.

(Pemenang cabutan bertuah bagi Pusingan 5 dan 7)

 

ASIAN TRIATHLON CUP 2022 A SUCCESS

0

IPOH, 28 Nov – The Asia Triathlon Cup (ATC) 2022 which was held for the first time at Silverlake Village Outlet, Batu Gajah, Perak has achieved the objectives set by the organiser, the Perak Triathlon Association.

Dr Khoo Peng Chuan, the Perak Triathlon Association President and also the Chairman of the Organising Committee said that the ATC 2022 which lasted for three days from 25 to 27 November was considered successful especially in terms of organisation and participation of athletes.

“I am very grateful and satisfied when we managed to organise ATC 2022 at the Silverlake Village Outlet, Batu Gajah from the first day to last (Sunday). The weather was very kind to us throughout the three days ATC was held.

“Although this is the first time we have organised such a large-scale event  but I must say that the it was well organised in every aspect. In fact, the triathletes participation from five continents including Asian was an accomplishment.

“I would want to extend my thankfulness to all the parties involved including Malaysia Tourism, Perak Tourism, the Malaysia Triathlon Association who played a role in making the ATC 2022 successfull,” he said.

For the record, nearly 90 athletes from 25 countries participated in the elite male and female categories, while a total of 327 participants competed in the Olympic Distance (OD) and Sprint Distance (SD) categories involving men and women of various ages.

Peng Chuan said that Perak Triathlon Association has not made any decision regarding organisation of ATC next year since there is still no further discussion with several parties from government agencies, especially Malaysia Tourism and Perak Tourism. However, we are ready to work together with any party to organise ATC that is seen to be able to drive the economy in the state through the sports tourism sector.

“Actually we are keen to play host again for international triathlon championship like the ATC. At such, we welcome anyone who are interested to partner with us in organising the ATC.

“We have proven through the organisation of ATC this year when we are able to attract the participation of many triathletes from abroad even though it was not an easy task at all. I was told that foreign athletes are very excited to be able to compete in Malaysia especially in Perak. Therefore, ATC 2022 was a best platform for us to promote triathlon to a higher level.

At the same time, he added that the Malaysia Triathlon Association can convince the National Sports Council (MSN) to have international triathlon championship like ATC as training ground and unearthing the talents of local athletes. “ATC is an ideal platform for national athletes to compete with international athletes who have vast experience. Last weekend, we saw many young athletes took the opportunity to participate in the SD category.

“For me, this is a very good exposure for them to gain more experience before they move up to  a more competitive stage. So through event like ATC, we are preparing the athletes for the next level and hopefully we can mold more triathletes for Malaysia.” he said.The last time Malaysia played host for this prestigious ATC was way back in the early 80s at Kota Kinabalu, Sabah.

This year, Perak has the honour to host the final round of ATC 2022 jointly organised by Malaysia Triathlon Association and Perak Triathlon Association with Stagemaker Sdn Bhd as the event organiser.

There were six categories comprise of elite male and female (age 23 and above, age 19 to 23 and age 16 to 19).

Each participants has to go through three disciplines which is swimming (750 meter), followed by cycling (20 kilometer) and running (5 kilometer).

About 90 participants from 25 countries including Malaysia took part in this elite male and female category.

This time around, ATC managed to draw in participants from Europe, besides representative from Asia (Uzbekistan, Kazakhstan, Japan, South Korea, Hong Kong and a few neighbouring countries from South East Asia.

They are from Germany, Canada, Spain, Romania, Switzerland, Slovakia dan Luxembourg. Not only that but the organiser also successfully roped in participants from Palestine, Guam, South Africa and India.

 

ATM’s TIMOTIUS STOLE THE SHOW IN ATC 2022

0

IPOH, 27 Nov – Athlete from Malaysian Armed Forces (ATM), Timotius Ahimo stole the limelight by winning the Male Olympic Distance (OD) category of the Triathlon Asia Cup (ATC) 2022 which ended at the Silverlake Village Outlet, Batu Gajah, Perak today.

Timotious who has been serving in ATM for seven years, successfully completed the three disciplines – swimming (1.5 kilometer), cycling (40 kilometer) dan running (10 kilometer), in a total time of 2 hours 10 minit 27 seconds (s).

Meanwhile, second and third place of the male OD category (age 20 to 30), went to Mohd Azmir Abdullah Sani (2:12:35s) and Nazrol Hakim Che Saruji (2:12:55s) respectively. Both of them represent ATM as well.

“There is no pressure competing in today’s race as there are many of us here from ATM. We came here to give our best performance and at the same time, enjoy the race.

“Actually, I didn’t set any particular target and I was surprised to win the race. Maybe today is my day and I am absolutely happy with my achievement. However, I believe I can clocked a better time,” he said.

As for the Male OD (age 31 to 49), another ATM representative,  Abdul Rahman Abu Hassan conquered the race with a total time of 2:10:50s followed by his teammate, Muhammad Syamsul Erry (2:13:23s) and third place belonged to Spain triathlete, Jose Luis Larrosa (2:14:07s).

Matthew Deegan won the Male OD (age 50 and above) with the total time of 2:34:26s followed by Ooi Kok Keong (2:37:03s) and Cheah Soon Hock (2:50:09s) in second and third place respectively.

For the Junior Male (age16 to 19) Sprint Distance (SD), two representatives from Hong Kong – Chan Ho Kwan dan Tsang Wai Chun came in first and second place respectively while Lam Wan Chak Lam secured the third place.

Meanwhile for the Male (age 20 to 30) SD category, Muhammad Khairil Azhar won the race,  William Chang Tzen Foong came in second and Mohamad Nazri Afendy Tujoh took home the third place.

Allan Wingski took home the gold medal for the Male (age 31 to 49) SD category. Meanwhile Mohd Shahrin Hasan Sezali and Khor Ah Ba settled for second and third placing respectively.

As for the Female Junior (age 16 to 19) SD category, Koh Pao Yee won the race while Jacqueline Ng is the champion for the Female (age 20 to 30) SD category.

For the Male and Female SD category, the participants have to complete swimming (750 meters), and followed by cycling (20 kilometres) and and running (5 kilometres). It is half the distance of OD category.

A total of 327 participants from different age groups took part in the OD and SD category today and yesterday was the Male and Female Elite category that has 88 participants. 

 

 

 

 

JOSHUA CONQUERS SILVERLAKE

0

IPOH, 26 Nov – Australian, Joshua Ferris stole the limelight in the Men’s Elite category of the Asian Triathlon Cup (ATC) 2022 as he timed it to perfection to run down the field of 55 participants and take the tape at the Silverlake Village Outlet, Ipoh today.

Despite not being the favourite athlete, the 21-year-old ace who is currently ranked 35th in Asia put on a consistent and strong performance in all three disciplines namely swimming (750m,) cycling (20km) and run (5km).

He is the only triathlete who dipped below 54 minutes as he stopped the clock at 53:53 minutes.

Wong Tsz To from Hong Kong crossed the finish line to earn silver while Wong’s compatriot, Yu Shing Him trailed closely to secure the bronze medal.

Both the Hong Kong triathletes completed the race with a total time of 54.18 and 54:30 minutes respectively.

“It was a very challenging and thrilling race starting right from the very first swimming discipline. Every triathlete did their utmost best to get into the momentum once they jumped into the lake,” he said.

“As for me, I was feeling excited too but I didn’t want to push too hard in the beginning as I need to retain my energy for two more other disciplines. So, I just maintain my pace and make sure I stay on course with the front pack.

“Once we reach the second discipline (cycling) and the final stage which is running, I pushed up my game and increase my tempo. I tried to be in the lead until the very end despite the challenges from other triathletes.

“I am eager to be back here again if the ATC is held in Malaysia next year. The challenges we face here are different from other countries, especially the running discipline that we go through – running in between the buildings.

“On the other hand, I must give credit to the organisers, Perak Triathlon Association, Malaysia Triathlon Association and Stage Maker Sdn Bhd for organising such a successful event especially in gathering many top Asian participants to join this ATC,” Joshua concluded.

Five Malaysian triathletes participated in the men elite category, Chong Xian Hao, Issac Tan, Thiang Chong Yoong, Lee Wen Jun and Nicholas Long Seh Kit completed the race.

Meanwhile, as for the women elite, Celine Kaiser from Germany won the race in a total time of 1:00.52s while Olivia Thornbury from New Zealand secured second place and Manami Hayashi (Japan) came in third.

 

90 PARTICIPANTS READY TO BATTLE IT OUT

0

IPOH, 25 Nov – Silverlake Village Outlet, Batu Gajah, Perak is set to be a battleground for nearly 90 participants from all over Asia, including Malaysian representatives in the 2022 Asia Triathlon Cup (ATC) which will take place on Saturday.

President of the Perak Triathlon Association and also the Chairman of the Organising Committee, Dr. Khoo Peng Chuan, said that his team was excited to welcome the participants who started to arrive in Ipoh since last Thursday.

“As the organiser we have been looking forward in welcoming all the participants be it the Malaysian contingent or participants from other countries. We have been planning it since last year, so now we are proud to have them here.

“Even though, the date of organising this ATC had to be moved a week later following the 15th General Election (GE15) which was held last weekend, but we are happy to see so many participants from oversea turn up.

“This proves that organising of ATC in Perak is successful as it managed to attract participants from abroad even if it is held outside Kuala Lumpur. We are absolutely pleased with the numbers of participation,” he added.

Perak has been chosen to host the final stage of ATC 2022 which is jointly organised by Malaysian Triathlon Association and Perak Triathlon Association alongside Stagemaker Sdn Bhd.

There are six categories in ATC 2022 comprise of elite male and female (age 23 and above), male and female age 19 to 23 and male and female age 16 to 19. Each participants has to go through three disciplines which is swimming (750 meter), followed by cycling (20 kilometer) and running (5 kilometer)

Dr. Khoo added, “Triathlon has started to grow in Malaysia and I hope that ATC held in Perak will be an eye opener to many parties that this sport require strong stamina and endurance.

Meanwhile, Malaysia Triathlon Association President, Mr. Tony Tan Beng Hong said, “Malaysian with so many participants from other countries, it will definitely stir up the fighting spirit in the Malaysian athletes to be more competitive.

“This is a very good opportunity for our triathlon athletes to compete with the big names from overseas. I hope they will gain as much experience as possible here. On the other hand, ATC will be the platform to access the athlete’s performance prior to next year’s SEA Games at Cambodia and Youth Commonwealth Games at Trinidad and Tobago,” he said.

TRIATHLON ASIA CUP 2022 SET TO TAKE PLACE AT SILVERLAKE, PERAK

0

IPOH, 24 Nov – Asia Triathlon Cup  (ATC) 2022 is set to take place at Silverlake Village Outlet, Batu Gajah, Perak on 25 to 27 November.

It will be the battle ground for the participants to collect points as the overall champion will be decided here.

The limelight will definitely on a few world class triathlon athletes none other than Ayan Beisenbayev from Kazakhstan and Aleksandr Kurishov (Uzbekistan) who are set to steal the show this weekend.

Chief Executive Officer of Stagemaker Sdn Bhd, Emir Abdul Jalal said: “At this final stage, having participants from Europe and Africa will fire up the level of competitiveness.”

“Kazakhstan and Uzbekistan representatives are among the top ranking at the Asia stage. At such, they are seen as one of the strong contender among all participants.

“However, we must not lose sight of participants from Japan. Even though, they did not send their top 10 ranking athletes but I believe that they still put up a strong performance. They have strong fighting spirit and will go all out to collect as many points as possible to strengthen their overall championship standings,” said Emir.

The last time Malaysia played host for this prestigious ATC was way back in the early 80s at Kota Kinabalu, Sabah.

This year, Perak has the honour to host the final round of ATC 2022 jointly organised by Malaysia Triathlon Association and Perak Triathlon Association with Stagemaker Sdn Bhd as the event organiser.

There are six categories comprise of elite male and female (age 23 and above, age 19 to 23 and age 16 to 19).

Each participants has to go through three disciplines which is swimming (750 meter), followed by cycling (20 kilometer) and running (5 kilometer).

Emir went to add on: “About 90 participants from 25 countries including Malaysia will take part in this elite male and female category.

“This time around, ATC managed to draw in participants from Europe, besides representative from Asia (Uzbekistan, Kazakhstan, Japan, South Korea, Hong Kong and a few neighbouring countries from South East Asia.

“They are from Germany, Canada, Spain, Romania, Switzerland, Slovakia dan Luxembourg. Not only that but the organiser also successfully roped in participants from Palestine, Guam, South Africa and India.

“With so many countries taking part, this definitely add in brownies point for ATC in Perak. However, most importantly all the participants are ready to go all out to accumulate as many points as possible at this crucial final stage for the season,” he concluded.

Event ‘supporter’ – Tourism Malaysia.

ROYAL SELANGOR UMUM KERJASAMA DENGAN ERACING GP

0
Pengarah Urusan Royal Selangor, Yong Yoon Li (kiri) dan Pengasas Axle Sports, Alex Yoong (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang siri perlumbaan eRacing GP.

KUALA LUMPUR, 10 Nov –  Royal Selangor dan Axle Sports dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan eRacing GP yang kini semakin berkembang dalam sukan lumba simulator di rantau ini, sekali gus meneruskan pencarian bakat-bakat baharu di Asia Tenggara.

Tahun ini, eRacing GP dan Royal Selangor bakal menyaksikan kerjasama antara mereka membuahkan hasil dengan penganjuran tiga kejohanan iaitu Edisi Global yang sangat popular dalam kalangan pelumba sukan simulator.

Mereka akan bersaing perlumbaan pecut (Sprint Edition) yang akan dibahagikan mengikut kelas Professional dan Amatur.

Edisi perlumbaan Endurance pula menampilkan pelumba-pelumba terbaik di rantau Asia
Tenggara dalam persaingan jentera GT3 untuk kejuaraan kelas Professional dan Professional-Amatur.
Perlumbaan Edisi Global musim ke-10 bermula pada 4 November lalu sementara perlumbaan akhir bagi Edisi Perlumbaan Endurance dan Pecut dijadual pada 10 dan 16 Disember nanti.
“Kami amat kagum melihat peningkatan prestasi para pelumba dalam saingan eRacing pada kejuaraan kali ini. Mereka yang bermula dari kelas novis pada tahun 2020 kini sudah setaraf dengan kelas premier sementara ramai lagi pelumba telah membuktikan kebolehan mereka untuk bersaing dalam perlumbaan peringkat antarabangsa.
“Justeru, ia membuktikan bahawa para pelumba telah menggunakan kemahiran dalam sukan lumba simulator dipraktikkan sepenuhnya ke arah memenangi perlumbaan yang sebenar”, kata Pengasas eRacing GP dan Axle Sports, Alex Yoong.
Tahun 2020 telah menyaksikan Naquib Azlan (gambar kiri) yang bermula sebagai pelumba sukan simulator telah menjuarai Festival Toyota Gazoo Racing Vios Challenge Rookie 2021 serta kejuaraan Sporting 2022.
Mengikut jejak langkah abangnya, Nabil Azlan juga menunjukkan prestasi mengkagumkan dengan menjuarai kejuaraan Rookie tahun ini.
Baru-baru ini, eRacing GP sudah diperkenalkan pada FIA Motorsport Games di Marseilles,
Perancis yang mana para pelumba berentap mewakili negara masing-masing pada saingan yang dianggap sebagai Olimpik Sukan Permotoran.
Dua pelumba Malaysia, Alister Yoong bersaing dalam kelas KCMG Formula 4 manakala Naquib berlumba bagi kejuaraan Fanatec Esports.
Tidak ketinggalan juga penampilan alumni pelumba eRacing GP iaitu Aleef Hamilton dari Singapura, Philippa Boquida dari Australia dan Presley Martono dari Indonesia.
Sementara itu, Pengarah Urusan Royal Selangor, Yong Yoon Li berkata: “Kami amat berbangga dengan kerjasama yang telah dibentuk sejak 2019 bersama Axle Sports. “Kerjasama ini amat bermakna bagi kami untuk meneruskan initiatif dalam melahir dan memupuk semangat kesukanan dalam persekitaran yang kompetitif dan sihat”.
Pemenang bagi setiap kategori eRacing GP akan menerima sebuah trofi yang direka khas oleh Royal Selangor.

AZLAN JUARA CABARAN JORAN MBSJ 2022

0
Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Azlan yang menjuarai Cabaran Memancing MBSJ 2022.
Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar (tengah) bersama para pegawai MBSJ membunyikan A-Hon sebagai tanda perasmian Cabaran Joran MBSJ 2022 semalam

SUBANG JAYA, 6 November – Seorang pekerja swasta tidak menyangka minat memancing telah membawa tuah kepadanya apabila menyapu bersih hadiah utama pada Cabaran Joran MBSJ 2022 yang berlangsung di Taman Rekreasi Wawasan, Puchong, Subang Jaya.

Azlan Abdul Rahman, 39, dari Kuala Lumpur tidak menyangka tiga ekor ikan lee koh seberat 1.070kilogram, 0.900gram dan 0.680gram yang berjaya dinaikkannya dengan menggunakan umpan dedak membolehkan dia membawa pulang hadiah berupa wang tunai keseluruhan berjumlah RM7,500, sekali gus menewaskan 500 peserta lain yang menyertai cabaran tersebut.

Bagi Azlan, kemenangannya itu memang tidak disangka malah berasa terkejut kerana dia menyertai pertandingan berkenaan sekadar untuk memnuhi minatnya selain ajakan daripada kawan-kawan.

Azlan menyapu bersih hadiah utama pada cabaran memancing MBSJ.

“Saya terkejut tiga ekor ikan lee koh yang berjaya saya naikkan tidak dapat dipintas oleh mana-mana peserta lain. Saya bersyukur atas kemenangan ini.

“Saya anggap ini rezeki kami sekeluarga dan saya akan gunakan hadiah kemenangan ini sebaik mungkin,” katanya selepas pertandingan berkenaan di Subang Jaya semalam.

“Saya harap penganjuran ini dapat diteruskan kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga, selain merapatkan silaturahim sesama mereka,” katanya lagi.

Sebagian dari 500 peserta yang hadir semalam

Acara yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari itu turut disertai oleh kaki-kaki pancing dari luar Selangor termasuk Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Melaka.

Sementara itu, Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar berkata, penganjuran Cabaran Joran MBSJ 2022 merupakan langkah bijak memandangkan ia membantu mempromosikan Taman Rekreasi Wawasan Puchong sebagai kawasan pelancongan secara tidak langsung.

Cabaran Joran MBSJ turut disertai para peserta dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Melaka.

“Saya terkejut dengan sambutan daripada para kaki pancing terhadap pertandingan ini. Sambutan sangat menggalakkan malah sasaran penyertaan lebih 500 berjaya dicapai.

Beliau berpuas hati kerana kemuncak penutup program “Karnival Bandar Raya Subang Jaya” 2022 melibatkan lain-lain acara antaranya pertandingan mewarna dan Kejohanan Woodball Intercity berjalan dengan cukup meriah.

Seorang peserta membawa ikan leko untuk di timbang di meja hakim.

“Saya berharap pertandingan seumpama ini akan diteruskan lagi di tahun hadapan di Taman Tasik Puchong Perdana pula.,” katanya.

Program anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ini bertujuan mempromosikan sukan memancing di kalangan kaki pancing serta sebagai satu platform untuk mempromosikan Taman Rekreasi Wawasan, Puchong kepada penduduk sekitar.

 

 

 

 

 

 

 

Latest Article

PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE & MINYAK MASAK TERPAKAI GALAK GAYA HIDUP LESTARI...

0
KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025 — Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) akan menganjurkan Program...