In October, HubMedia reported that the BAM coaching setup is expected to undergo revamping after Malaysia’s flop at the Tokyo Olympics where badminton returned without a gold medal and were rather lucky to win a bronze medal in the men’s doubles through Aaron Chia-Soh Wooi Yik.REXY MAINAKY STAKES A FIRM GRIP IN BAM’s COACHING REVAMP
In October, HubMedia reported that the BAM coaching setup is expected to undergo revamping after Malaysia’s flop at the Tokyo Olympics where badminton returned without a gold medal and were rather lucky to win a bronze medal in the men’s doubles through Aaron Chia-Soh Wooi Yik.MOHD KHAIRUL JUARA PERTANDINGAN PORT DICKSON SURFCASTING CHALLENGE 2021
PORT DICKSON: Peserta dari Shah Alam iaitu Encik Mohd Khairul bin Said, 34, Juruteknik memenangi hadiah utama bernilai RM12,000 dengan tangkapan seberat 0.835 gram ikan Tapak Kasut pada pukul 10.15 pagi bagi menjuarai Port Dickson Surfcasting Challenge 2021 2021.
Anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, sabtu lalu.
Kemenangan itu membolehkan Mohd Khairul berjaya menewaskan 724 peserta lain yang mengambil bahagian di sepanjang 885 meter pantai berkenaan.

“Saya anggap ini rezeki kami sekeluarga dan saya berhasrat berkongsi rezeki kejuaraannya ini dengan mangsa banjir yang terkesan di Sepang yang berpengalaman memancing selama 10 tahun.,” katanya

“Saya tidak menunggu masa lama dan dalam tempoh kira-kira minit berjaya menaikkan ikan tapak kasut dan tidak sangka ia adalah ikan paling berat berjaya dipancing dalam pertandingan ini,” tambahnya lagi.
Pemenang kedua, Fadir bin Alli, 34, membawa pulang RM3,000 apabila berjaya mendaratkan ikan Daun Baru seberat 0.815 gram.
Spesis yang sama juga, Mohd Amran Bin Ibrahim, 45, pula mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,000 seberat 0.785 gram.

Yang Dipertua MPPD, Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada semua peserta terutamanya yang datang dari luar Negeri Sembilan sekaligus membantu mempromosikan Port Dickson mengenai keindahan keindahan pantai selain memiliki pelbagai jenis ikan pesisir pantai, katanya.
Acara ini merupakan penutup program Karnival Sukan Port Dickson 2021.
Hampir 300 ekor ikan berjaya dinaikkan oleh para peserta antaranya ikan Senangi, Bayan, Tetuka, Kapas, Tapak kasut selain Daun Baru yang mendominasi keseluruhannya tangkapan para peserta di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson kali ini.
Hadiah pertandingan dan cabutan bertuah utama disampaikan oleh Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa, Yang Dipertua MPPD diiiringi oleh Puan Siti Aishah binti Mohd Azam, wakil Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Encik Mohamad Hafifi Noor bin Idris, Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Ahli-Ahli Majlis MPPD.
UNLOCKING MALAYSIA’S FOOTBALL POTENTIAL
The FA of Malaysia (FAM) must get rid of the Yes Men – (who are usually the president’s men) in the national football body.PARA PESERTA PDSC 2021 WAJIB PATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN PENGANJUR
PORT DICKSON, 21 Dis – Para peserta PD Surfcasting Challenge 2021 (PPSC) diingatkan supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Pertandingan tersebut yang dianjurkan bersama oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (PLNS) akan berlangsung pada 25 Disember ini di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.
Pertandingan memancing terbesar selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu bakal menyaksikan penyertaan daripada para kaki pancing di seluruh negara, namun pihak penganjur hanya mengehadkan penyertaannya kepada 850 peserta sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal PDSC 2021, Jamalarus Aziz berkata, pihaknya sangat mengutamakan keselamatan para peserta lebih-lebih lagi pendemik Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya.
“Para peserta juga diingatkan supaya tidak terlalu ghiarah sehingga melupakan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan. SOP harus dipatuhi dan sentiasa menjaga jarak. Mereka juga wajib menggunakan pelitup muka sepanjang masa,” kata Jamalarus selepas mempengerusikan mesyuarat teknikal PDSC semalam.
Menurutnya, pihak penganjur juga akan meletakkan pancang sebagai penanda penjarakan fizikal kepada para pemancing sepanjang pertandingan itu nanti.
Acara tersebut akan bermula pada pukul 9 pagi dan 500 peserta yang mendaftar awal akan menerima baju-T daripada pihak penganjur manakala peserta bertuah pula berpeluang membawa pulang hadiah bonanza berupa dua buah televisyen bersaiz 43 inci.
Bagi melancarkan perjalanan acara tersebut, pihak penganjur mewajibkan semua peserta supaya melakukan saringan suhu badan sebelum menyertai pertandingan.
Peserta yang didapati mempunyai suhu badan melebihi 37.5 celsius tidak dibenarkan turut serta.
“Peserta juga hendaklah lengkap 2 DOS vaksin selain memakai pelitup muka serta mengimbas aplikasi MYSEJAHTERA dan juga menjaga jarak yang dibenarkan iaitu satu meter di antara satu sama lain.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh menghubungi pihak urusetia di talian 013-2667011, 017-6805934 atau 012-2846811,” katanya.
FAM, MFL EQUALLY TO BE BLAMED FOR MALAYSIA’S AFF SUZUKI CUP FLOP

KAKI PANCING DARI SELURUH NEGARA BAKAL SERBU PD SURFCASTING CHALLENGE 2021
PORT DICKSON, 19 Dis – Pantai Cahaya Negeri di Port Dickson, Negeri Sembilan bakal diserbu para kaki pancing sempena PD Surfcating Challenge 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 25 Disember ini.
Pihak penganjur menjangkakan kira-kira 800 kaki pancing bakal tampil menyahut cabaran pada pertandingan tersebut yang menawarkan hadiah wang tunai RM12,000 untuk juara.
PD Surfcasting Challenge 2021 ini dianjurkan bersama oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS).
Acara ini bukan sahaja menyediakan medan buat kaki pancing bersaing sesama sendiri tetapi turut memainkan peranan mempromosikan keindahan pantai-pantai yang terdapat di Port Dickson selain sebagai aktviti riadah bersama keluarga masing-masing pada hujung minggu.
Menurut Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa (gambar kiri) ,juara bagi pertandingan itu nanti bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masingnya menerima RM3,000 dan RM1,000.
“Hadiah wang tunai juga disediakan kepada pada pemenang sehingga tempat ke-70 dan ia berkonsep sapu bersih.
“Kaunter pendaftaran akan dibuka pada Jumaat ini (24 Disember) bermula pukul 3 petang hingga 12 malam. Khemah urus setia akan dibuka di lokasi pertandingan bagi memudahkan para peserta membuat mendaftaran. Yuran penyertaan adalah RM60 untuk setiap joran.
“Pelbagai spesis ikan antaranya daun baru, bayan dan tetanda terdapat di pantai ini, jadi semua peserta berpeluang untuk bergelar juara,” kata Mohd Zamri hari ini.
Mengulas lanjut, Zamri menjelaskan bahawa 500 peserta yang mendaftar awal akan menerima baju-T daripada pihak penganjur manakala peserta bertuah pula berpeluang membawa pulang hadiah bonanza berupa dua buah televisyen bersaiz 42 inci.
“Pantai Cahaya Negeri yang sinonim sebagai lokasi memancing diharap dapat menarik para pelancong domestik di samping membantu ekonomi penduduk tempatan terutamanya para peniaga yang boleh mengambil kesempatan menerima kehadiran para pemancing dari seluruh negara.
“Bagi melaksanakan acara ini, pihak penganjur telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pertandingan dengan mewajibkan semua peserta melakukan saringan suhu badan sebelum menyertai pertandingan. Peserta yang didapati mempunyai suhu badan melebihi 37.5 celsius tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan ini.
“Peserta juga hendaklah lengkap 2 DOS vaksin selain memakai pelitup muka serta mengimbas aplikasi MYSEJAHTERA selain menjaga jarak yang dibenarkan iaitu satu meter di antara satu sama lain.
“Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh menghubungi pihak urusetia di talian 013-2667011, 017-6805934 atau 012-2846811,” katanya.

ZII JIA BLISTERED OUT AT WORLD CHAMPIONSHIPS IN SPAIN
CAN THE KALLANG BIGGIE GO MALAYSIA’S WAY?
With the arrival of Dion Cools, Cheng Hoe has a full squad at his disposal but he has left it late before deciding on his first team.PINK RACING: “YANG PENTING DAPAT MENAMATKAN PERLUMBAAN DAN PODIUM ITU BONUS”
SEPANG, 17 Dis – Hari ini gelanggang Pusingan 9 dan 10 kejuaraan Cub Prix Malaysia kembali bergema.
Selepas berehat hampir dua minggu sebaik berakhirnya saingan Pusingan 7 dan 8 di Litar Lumba Tangkak, Johor bulan lalu, ia kembali ke Litar Sepang Selatan minggu ini yang akan menjadi venue penutup musim untuk kejuaraan berprestij itu.
Tempoh rehat yang agak lama itu pastinya sudah cukup buat semua pasukan untuk kembali berada pada tahap terbaik khususnya kepada para pelumba bagi menghadapi saingan yang dijangka berlangsung sengit nanti.

Dua pusingan terakhir ini sangat penting buat mereka kerana ia akan menjadi medan penentuan untuk memburu gelaran juara keseluruhan bagi musim 2021 ini – baik kategori pelumba mahupun pasukan.
Semuanya akan diketahui pada hari Ahad ini apabila berlangsungnya pusingan 10.
Semua pelumba sudah tidak sabar untuk mengharungi saingan hujung minggu ini dan tidak terkecuali dengan pasukan Tune Boss Pink Racing (TBPR) – pasukan yang baharu membuat kemunculan di Cub Prix tahun ini.
Barisan pelumbanya juga semakin bersemangat untuk membuktikan kehadiran mereka di Litar Sepang Selatan minggu ini dirasai.
TBPR, pasukan yang dimiliki Nur Atikah Azwar itu bukan memburu penyudah podium, tetapi akan tampil untuk memberi cabaran bagi menilai seiauh mana kemampuan mahupun prestasi para pelumba serta jentera mereka dalam kejuaraan terhebat itu.
Malah Atikah atau lebih dikenali sebagai Ika sering mengingatkan para pelumbanya – “yang penting dapat menamatkan perlumbaan dan podium itu bonus’.

Apa yang mereka hasilkan dalam penampilan pertama di Cub Prix itu akan dijadikan input bagi memantapkan persiapan pasukan menghadapi saingan musim 2022 nanti.
Sasaran mereka tahun ini hanyalah untuk menamatkan perlumbaan, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila pelumbanya Md Harith Frhan berjaya menjejak kaki ke podium selepas menduduki tempat ketiga sebanyak dua kali dalam kelas CP125 iaitu di Sepang (Pusingan 3) dan Terengganu (Pusingan 6).
Ia satu keputusan yang di luar jangka jika dibandingkan dengan segala kekurangan yang dimiliki oleh pasukan.
Hari ini, sesi kelayakan bagi saingan Pusingan 9 bermula di Litar Sepang Selatan dan para pelumba TBPR sekali lagi menghadirkan kejutan.
Harith mencatat nama sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 1:30.715 saat (s) sepusingan.
Apa yang dibuktikan oleh pelumba asal Terengganu itu seolah-olah satu amaran bahawa dia mahukan sesuatu yang lebih bermakna sebelum saingan musim ini melabuhkan tirainya.
Jika prestasi yang dipamerkannya hari ini dapat dikekalkan, peluang dia untuk berada di podium esok nampak sangat cerah.
Begitupun, keputusan itu bagaikan satu hadiah atas kerja keras TBPR kerana seluruh krew mereka terpaksa bekerja sehingga pukul 5 pagi tadi untuk menyiapkan jentera yang akan digunakan untuk mengharungi sesi kelayakan itu.
Semuanya gara-gara ada yang tidak kena dengan jentera mereka selepas melalui proses pemeriksaan semalam.
Segala permasalah tersebut berjaya mereka atasi walaupun tidak sempurna seratus peratus – yang penting ia mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Menariknya, segala bentuk cabaran yang mereka hadapi itu tidak menjejaskan fokus para pelumbanya, malah telah mencetuskan semangat baharu bahawa kekurangan yang mereka miliki bukan bermakna mereka tidak mampu memberi saingan.
Hari ini, mereka sekali lagi membuktikannya – justeru TBPR tetap menaruh harapan agar prestasi cemerlang itu dapat diteruskan dalam perlumbaan sebenar esok.
Seperti biasa, Harith dan Saiful Azhary Muhamad akan menjadi sandaran TBPR untuk melontarkan cabaran dalam kelas CP125 itu – kategori yang sering menghidangkan aksi-aksi sengit dalam kalangan pelumba hampir di setiap pusingan.
Pada aksi pusingan 9 dan 10 ini, TBPR sekali lagi membuat perubahan apabila memperkenalkan tiga pelumba baharu yang akan menggalas cabaran dalam kategori Wira.

Mereka terdiri daripada Danny Mikhail Khairul Fauzi, Md Irfan Danish Md Arfan dan seorang pelumba wanita anggun yang memiliki daya tarikan tersendiri, Nur Dini Uzma Abdullah.
Hari ini, mereka telah memperlihatkan kebolehan masing-masing dan Danny muncul pelumba ke-14 terpantas dalam sesi kelayakan kelas Wira itu dengan catatan masa 1:35.558s.
Irfan pula yang tidak pernah beraksi di Cub Prix serta belum pernah menjejak kaki di Litar Sepang berada di kedudukan ke-17 dengan catatan masa 1:39.323s.
Nur Dini pula menamatkan sesi kelayakan di kedudukan ke-22 dengan merekodkan masa 1:32.480s.
Ternyata disebalik keanggunan serta perwatakan mempesona Nur Dini itu, wataknya sangat berbeza apabila berada di gelanggang perlumbaan. Dia kelihatan gagah dan garang mengharungi perlumbaan meskipun berdepan dengan barisan pelumba lelaki.
Prestasi yang mereka pamerkan hari ini boleh dianggap baik memandangkan ia penampilan pertama mereka bersama TBPR.
Inilah yang menariknya dengan TPBR kerana mereka terus berjuang untuk menampilkan lebih ramai pelumba Wanita tampil untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam kejuaraan motosikal terbesar negara itu.
Selepas mengharungi lapan pusingan setakat ini, Harith Farhan kini berada di kedudukan kelapan keseluruhan dengan mengumpul 67 mata.
Kedudukan pendahulu masih diterajui pelumba Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, Md Adib Rosley dengan 150 mata.


















