Home Blog Page 90

50 PESERTA MERIAHKAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG MELAKA

0

MELAKA, 21 Sept  — Festival Layang-Layang sempena Hari Malaysia tetap meriah walaupun tanpa penyertaan peserta antarabangsa susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menangani penularan COVID-19.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata program yang memasuki edisi ke-13 tahun ini adalah antara usaha menarik untuk mengembalikan keyakinan pelancong domestik ke Melaka di samping mempromosikan permainan tradisional layang-layang.

“Layang-layang adalah satu permainan tradisional yang semakin dilupakan dalam kalangan generasi muda lebih-lebih lagi dengan adanya gajet canggih ketika ini.

“Melalui festival seperti ini secara tidak langsung mengembalikan nostalgia kegemilangan permainan tradisonal layang-layang kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Layang-Layang Hari Malaysia 2020 di Pulau Melaka, di sini, hari ini.

Program yang bermula pada 9 pagi hingga 5 petang itu membabitkan seramai 50 peserta dari seluruh negara mempamerkan pelbagai jenis, saiz, warna dan bentuk layang-layang gergasi.

Dalam pada itu, Muhammad Jailani berkata kerajaan negeri Melaka berhasrat untuk menjadikan kawasan di Bandar Hilir sebagai hab layang-layang di Malaysia yang mengetengahkan produk tempatan serta memaparkan layang-layang dari negara luar termasuk China, Taiwan dan Indonesia.

Sementara itu, seorang peserta Danny Lau, 55, dari Kuala Lumpur berkata program hari ini adalah yang pertama disertainya sejak tempoh PKPP dilaksanakan, berbanding sebelum ini beliau menyertai festival layang-layang diadakan di seluruh negara.

Lau yang mempunyai hobi bermain layang-layang sejak remaja mengakui berasa gembira dengan aktiviti luar yang disifatkannya berfaedah serta menyihatkan tubuh badan di samping dapat beriadah bersama keluarga.

Seorang lagi peserta, Chan Meng Lian, 48, berkata aktiviti berkenaan memberi kepuasan kepadanya apabila melihat layang-layang terbang di udara biarpun terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi membeli layang-layang bersaiz gergasi.

Sumber BERNAMA

KURSUS LAHIRKAN PETUGAS URUS JENAZAH MUSLIMAH CAPAI MATLAMAT.

0
Peserta diberikan penerangan secara teori dan praktikal pengurusan jenazah dari mandi, mengkafankan, solat dan pengkebumian.

SENDAYAN, 20 Sep –Kursus pengurusan jenazah ini tidak lain bertujuan untuk memberi kesedaran serta pengetahuan kepada peserta tentang kepentingan pengurusan jenazah yang betul kerana ia amat dituntut.

Selain itu kursus ini diharap memberikan keinsafan kepada peserta bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Program yang dianjurkan pada, hari ini telah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Seminar, Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan.

Penceramah KAGAT, Ustazah Hajjah Maimon Mahmod

Program ini telah dikendalikan oleh Penceramah KAGAT, Ustazah Hajjah Maimon Mahmod yang berpengalaman lebih dua puluh (20) tahun menyampaikan ceramah dan praktikal kepada para peserta di seluruh negara.

Sepanjang kursus itu, beliau berkongsi ilmu dan pengalaman secara teori dan praktikal pengurusan jenazah dari mandi, mengkafankan, solat dan pengkebumian.

“Pengurusan jenazah adalah sesuatu yang sangat mudah dan bukanlah sesuatu yang rumit seperti sesetengah masyarakat fikirkan”.katanya.

Penceramah menerangkan kaedah cara-cara memotong kain yang sebenar kepada para peserta yang hadir.

Eksekutif, MSS merangkap Penasihat BAKEMASS, Ahmad Naim Azlan berkata,seramai 35 peserta mengikuti kursus itu yang mendapat kerjasama Masjid Sri Sendayan dan Badan Khairat Kematian, Kariah Masjid Sri Sendayan (BAKEMASS) sebagai penganjur bersama.

“Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta berkaitan tatacara, adab-adab dan kaedah menguruskan jenazah secara teori dan praktikal.” katanya.

“Melahirkan rasa tanggungjawab dan hubungan kerjasama antara peserta berkaitan aspek fardhu kifayah”. katanya lagi.

Pengerusi, BAKEMASS, Jamaludin Jaapar berharap para peserta dapat menggunakan ilmu yang diajar dan dipratikkan nanti apabila tamatnya kursus ini.

Pengerusi, BAKEMASS, Jamaludin Jaapar ketika ditemui berkata, peserta diajar teori pengurusan jenazah selain latihan praktikal bagi memudahkan pembelajaran.

“Mengurus jenazah memerlukan seseorang yang kuat semangat dan bersifat amanah kerana mereka bertanggungjawab bermula dari proses memandikan jenazah sehingga kafan sebelum disembahyangkan.

“Kita berpuas hati kursus kali kedua mendapat sambutan baik ini dihadiri seramai 35 jemaah, melangkaui jangkaan awal iaitu hanya 30 orang malah dapat lahirkan ramai lagi muslimah mampu untuk menguruskan jenazah,” katanya.

Para peserta amat berpuas hati sepanjang kursus ini berlangsung kerana mereka mendapat lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara pengurusan jenazah yang mengikut syariat Islam.

Program telah tamat sepenuhnya sekitar jam 4.30 petang. Sebelum bersurai, para peserta telah diberikan sijil penyertaan sebagai penghargaan dan bukti penyertaan kursus.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh Pengerusi BAKEMASS, Jamaludin Jaapar.

Penduduk Bandar Sri Sendayan yang ingin menyertai kursus dan program di bawah BAKEMASS boleh melayari facebook https://www.facebook.com/Badan-Khairat-Kematian-Kariah-Masjid-Sri-Sendayan.

‘I WILL TAKE THE BLAME’ – SATHIANATHAN ON SELANGOR’S BIG DEFEAT

0
JOHOR BAHRU, 19 Sept – It was a match of two halves for Selangor as the Red Giants collapsed in the second half and ended with a 6-1 defeat at the hands of six-time champions in Saturday’s Super League at the Sultan Ibrahim Stadium in Iskandar Puteri.
Selangor coach, B. Sathianathan (pic below) blames no one but himself on the defeat for making the “‘wrong choice of players” against the Southern Tigers who ran riot after the break and never looked back to register their second-biggest score at the new stadium.
JDT’s biggest win was the 7-0 hammering of Perak two weeks ago.
Selangor felt the heat after restricting the home team to a 1-0 lead with international Safawi Rasid hitting home a 30 meter free kick which Selangor’s second choice keeper Farizal Harun could have saved.
First choice goalkeeper, Khairul Azhan Khalid was not on the team as he got married on the same day of the match.
Selangor’s influential playmaker, Brendan Gan was also missing in Sathianathan’s match plans and strategies as he was serving a one-match suspension.
“There is no doubt about it…JDT is the best team in the country and fully deserves to be playing in the AFC Champions League and not the AFC Cup,” said Sathianathan.
The former national coach reminded at a post-match the press conference that JDT is a team that has equal depth even on the bench.
The tide turned for JDT when referee Zulkarnain Zakaria stole the show with a disputable penalty for the home team.
Zulkarnain deemed it right for the spot kick when Selangor’s Nicholas Swirad tripped Diogo Luis Santo inside the box when it was clearly outside the box.
”That was the turning point for us and we never really recovered from the referee’s decision. The players lost hope and we crumbled,” added Sathianathan in disappointment.
Safawi went to score a brace and so was substitute Ramadan Saifullah who has been in terrific form since being promoted to the first team from JDT II. JDT’s other goals were from Diogo Luis Santo and Gonzalo Cabrera.
Spaniard came off the bench to net Selangor’s consolation goal.
The match ended with a red card for JDT’s Syamer Kutty Abba for a second bookable offense.
Meanwhile, Super League rookies UiTM continued with their fine run with a 2-1 win over seasoned Terengganu at the UiTM Stadium in Shah Alam to move into third spot with 13 points from eight matches.
Terengganu slipped to sixth place on 10 points – head of Selangor on goal difference.

AZROY TAWAN LITAR PERMOTORAN TERENGGANU

0

KUALA TERENGGANU, 19 Sept – Azroy Hakeem Anuar menyempurnakan misinya dengan mudah di Litar Permotoran Terengganu apabila bergelar juara pada saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS hari ini.

Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing itu sekali lagi mempertahankan kejuaraannya di litar yang sama dalam kelas CP150 apabila memenangi perlumbaan akhir dengan catatan masa 16:40.336 saat (s).

Ternyata, litar sepanjang 1.371 kilometer itu memang gelanggang kegemaran pelumba asal Selangor itu selepas turut bergelar juara pada edisi 2019 lalu.

Semuanya berjalan lancar buat Azroy pada saingan kali ini, bermula daripada sesi kelayakan yang menyaksikannya muncul pelumba terpantas semalam.

Hari ini, dia meneruskan rentak cemerlang bagi mengotakan janjinya untuk terus berada di podium kemenangan.

“Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan terbaik hari ini. Keadaan jentera juga mantap selain perasaan positif untuk memimpin perlumbaan. Semuanya berjalan lancar dan saya gembira dan sangat berterima kasih kepada seluruh krew pasukan yang telah bekerja keras untuk kejayaan ini,” jelas Azroy.

Dengan kemenangan itu, Azroy kini terus selesa memimpin kedudukan keseluruhan dengan meraih 81 mata, diikuti Helmi Azman yang sudah mengumpul 66 mata.

Tempat kedua perlumbaan akhir kelas CP150 hari ini menjadi milik pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Aiman Tahiruddin dengan merekod masa 16:41.346s manakala tempat ketiga menjadi milik Md Helmi Azman (HI REV SCK Honda Racing) dengan masa 16:43.825s.

Kelas CP125 pula menyaksikan kebangkitan juara keseluruhan kategori Wira musim lalu, Md Aliff Danial Md Asri yang kini menggalas cabaran pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Aliff muncul juara kelas yang baharu diperkenalkan musim ini dengan catatan masa 13:06.521s.

Tempat kedua dan ketiga masing-masingnya menjadi milik Md Adib Rosley (IPONE Yamaha YYPang Racing Team) dan  Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR SAG Team).

Pada perlumbaan itu, Adib yang agak tenggelam dalam tiga pusingan sebelum ini melakukan catatan masa 13:09.390s manakalan Hafiza menamatkan saingan dengan masa 13:15.210s.

Begitupun, kedudukan keseluruhan masih dipegang pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Md Shafiq Rasol yang sudah mengumpul 67 mata diikuti rakan sepasukannya, Md Hafiza dengan 57 mata.

Sementara itu, Rahimi Nabil Razu tidak mensia-siakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila tampil hebat untuk muncul juara perlumbaan akhir kelas Wira.

Pelumba yang menggalas pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing itu memenangi perlumbaan 12 lap itu dengan catatan masa 10:47.161s.

Tempat kedua berada dalam genggaman pelumba pasukan Boss Susu Motorsports, Md Haziq Rosmaza dengan masa 10:48.380s diikuti tempat ketiga, Md Aeiman Hafidz Shahril (ONEXOX SAG Team) dengan catatan masa 10:50.874s.

Kemenangan yang diraih Rahimi itu terus mengukuhkan statusnya selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 78 mata.

Selepas ini, Litar Lumba Tangkak, Johor akan menjadi destinasi Pusingan 5 yang dijadualkan berlangsung pada 10-11 Oktober nanti.

 

HISTORIC CHANGES IN SUKMA XX JOHOR

0
KOTA ISKANDAR, 19 Sept – In a move that will benefit all stakeholders and the budding future athletes and hosts Johor, the postponed Malaysia Games (Sukma) will be now be held from April 2-10 next year.
However, the 20th edition of the Games will be held after the Para Sukma scheduled from March 8-13 due to several factors.
The changes were decided after the Sukma XX Johor 2020 Supreme Committee meeting which was chaired by Youth and Sports Minister, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican at the in Kota Iskandar, on Saturday.
Topping the list of favors in the change of dates were the athletes themselves with 171 of them who will be sitting for their Malaysian Higher School Certificate examinations (STPM) from March 1-9, 2021.
With this in mind, the meeting was a unanimous decision for the changes in the multi-sport event  – the first in Sukma since the inception of the Games in 1986 in Kuala Lumpur. For one it was done in the true spirit of sportsmanship.
“For the first time, Para Sukma will be organized first (March 8-13) followed by the 20th Sukma (April 2-10). We took into account several factors when decided on what was presented to us by the Johor Sukma Secretariat.
“A final meeting on the confirmed dates will be held in December,” said Reezal who also led the delegation to visit several of the venues in Johor Bahru.
Johor Bahru will play host to 28 sports and is the main venue for the Games. Muar will host weightlifting, canoeing and silambam. Sailing and road cycling events will be held in Kota Tinggi.
The 20th Sukma is of special importance for the athletes who aim to find a place in the Malaysian contingent to next year’s Sea Games to be held in Vietnam.
For the record, the 20th Sukma Johor was earlier scheduled to be held in July this year but had to postponed due to the Covid-19 pandemic.

SUKMA XX JOHOR DILANGSUNGKAN PADA APRIL TAHUN DEPAN

0
REEZAL (dua dari kanan) bergambar bersama-sama dengan maskot Sukma XX Johor 2020 selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di Kota Iskandar, Johor, hari ini.

KOTA ISKANDAR, 19 Sept – Jawatankuasa Sukan Malaysia (Sukma) XX Johor 2020 hari ini membuat keputusan bahawa temasya dwi-tahunan itu akan dilangsungkan pada April 2021.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma XX Johor 2020 yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini hari ini.

Mesyuarat turut bersetuju supaya kejohanan Para Sukma 2020 diadakan lebih awal, iaitu pada Mac 2021.

“Setelah meneliti apa yang dibentangkan oleh pihak Sekretariat Sukma XX Johor 2020, jawatankuasa sebulat suara bersetuju bahawa Para Sukma akan dikelolakan lebih awal iaitu pada 8 hingga 13 Mac 2021 dan kemudiannya Sukma XX Johor 2020 yang akan dikelolakan pada 2 hingga 10 April 2021.

“Ini adalah kerana mengambil perkiraan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang akan berlangsung pada 1 hingga 9 Mac dengan 171 atlet akan terlibat dalam peperiksaan berkenaan.

“Saya dan juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam penentuan tarikh penganjuran ini secara muktamad pada bulan Disember nanti,” kata Reezal.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta barisan Exco-Exco Belia dan Sukan negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk M. Noor Azman Taib, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail; Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohd. Nazifuddin Mohd. Najib; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md. Ramli serta pengarah-pengarah Majlis Sukan Negeri.

Sukma XX Johor 2020 akan dilangsungkan di tiga daerah, iaitu Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi.

Sebanyak 28 acara sukan akan berlangsung di Daerah Johor Bahru, manakala Muar akan menempatkan sukan kanu, angkat berat dan silambam serta Kota Tinggi menjadi gelanggang bagi sukan pelayaran dan berbasikal lebuh raya.

Selain medan pendedahan bakat baharu, Sukma XX Johor 2020 juga dilihat menjadi pentas penting bagi atlet khususnya dalam memburu tempat untuk mewakili kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Sebanyak RM467.9 juta telah dibelanjakan bagi menyiapkan fasiliti berkelas dunia serta menaik taraf kemudahan sedia ada.

Sebanyak RM325.9 juta juga telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri serta turut menerima peruntukan daripada kerajaan persekutuan berjumlah RM142 juta.

Antara gelanggang yang dinaik taraf merangkumi Stadium Hoki Taman Daya, Pusat Akuatik Arena Larkin, Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya bagi sukan Wushu, Akademi Majlis Kriket Johor di Mutiara Rini dan Sireh Park serta Iskandar Puteri bagi sukan berbasikal MTB.

 

 

Reezal (dua dari kanan) bergambar bersama-sama dengan maskot Sukma XX Johor 2020 selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di Kota Iskandar, Johor, hari ini.

AZROY YAKIN KUASAI SAINGAN DI KUALA TERENGGANU

0

KUALA TERENGGANU, 18 Sept – Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar yakin untuk menguasai saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Permotoran Terengganu esok.

Keyakinan itu hadir selepas pelumba asal Selangor itu muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 hari ini dengan catatan masa 49.062 saat (s) sepusingan.

Meskipun keadaan cuaca kurang baik sepanjang dia mengharungi sesi tersebut, namun ia tidak menghalang Azroy untuk merekodkan catatan terbaik di litar sepanjang 1.371 kilometer (km) itu.

Rentak yang dipamerkan oleh Azroy pada saingan hari ini membuktikan kesungguhannya untuk terus berada di podium seperti mana yang dipamerkannya dalam tiga pusingan terdahulu. Malah, dia merupakan juara bertahan di litar ini selepas muncul juara  pada saingan musim lalu.

Setakat ini, Azroy kekal konsisten menjejak kaki di podium kemenangan selepas muncul di tempat ketiga pada Pusingan 1 di Sepang diikuti dua gelaran naib juara di Tangkak (Pusingan2) dan Sepang (Pusingan 3).

Ketika ditanya mengenai prestasinya pada sesi kelayakan hari ini, Azroy menjelaskan bahawa semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Ketika saya mengharungi sesi kelayakan, keadaan cuaca tidak menentu dan saya membuat keputusan untuk mencatat masa terpantas lebih awal. Alhamdulillah, ia berhasil.

“Sekarang, fokus saya adalah untuk memastikan perlumbaan esok memihak kepada pasukan kami. Saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik serta cuba untuk memimpin perlumbaan akhir nanti.

“Saya berasa amat yakin dan positif untuk menghadapi perlumbaan sebenar esok,” jelas Azroy.

Pada sesi hari ini, Azroy meninggalkan pencabar terdekatnya, Md Helmi Azman (HI REV SCK Honda Racing) dengan perbezaan masa 0.218s.

Helmi yang muncul juara pada aksi Pusingan 3 di Sepang bulan lalu, menamatkan sesi kelayakan hari ini di kedudukan kedua dengan masa 49.280s sepusingan.

Tempat ketiga terpantas direkodkan oleh pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-KJ Racing, Md Aiman Tahiruddin dengan masa 49.306s.

Sementara itu, bagi kelas CP125, barisan pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team meneruskan rentak cemerlang mereka apabila menguasai tiga kedudukan teratas pada sesi kelayakan hari ini.

Md Shafiq Rasol unggul selaku pelumba terpantas dengan merekodkan masa 51.520s sepusingan diikuti rakannya, Md Hafiza Rofa di tempat kedua dengan masa 51.555s.

Tempat ketiga terpantas pula berada  dalam genggaman Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX SAG Team) yang menamatkan sesi hari ini dengan masa 51.577s.

Esok, 10 pelumba terbaik sesi kelayakan hari ini akan sekali lagi beradu kemampuan untuk saingan Shoot-Out (CP125) dan Superpole (CP150) dalam misi memburu kedudukan petak sebelum mengharungi perlumbaan akhir pada sebelah petangnya.

Pada saingan musim lalu, aksi di Litar Permotoran Terengganu dimenangi Azroy (CP150) manakala kelas CP115 (kini ditukar ke CP125), dimenangi Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing. Pasukan YY Pang tahun ini dikenali sebagai IPONE Yamaha YYPang Racing Team).

PATRIOTISM SEEN IN TENNIS PLAYERS ON MALAYSIA DAY

0
SANDAKAN, 18 Sept – Tennis players in Sandakan once again took to the courts to show their patriotism and celebrated the recent Malaysia Day on September 16 in true Malaysian spirit.
Describing themselves as Sandakan “crazy” tennis diehards, they had friendly doubles matches to celebrate Malaysia Day.
To show their true Malaysian patriotism all the matches were played in a one set format. The scores were ignored, but the “get together” was recorded by a group photograph to remember the day and for future references.
A similar tennis friendly was also held Merdeka Day on 31st August a tennis match was also held.
The next friendly will be on 3rd October to commemorate Sabah Governor’s official birthday.
Sabah Tennis Association (STA) President, Johnson Koh who is also the patron of the Sandakan District Tennis Association (SDTA), said the sport is very popular in the district and the state.
“These friendlies instill the patriotism of tennis players as Malaysian citizens as well as to foster the family ties of all tennis players,” said Johnson.

SELANGOR TO FACE JDT WITHOUT FIRST CHOICE GOALKEEPER KHAIRUL AZHAN

0
PETALING JAYA, 17 Sept – Selangor will be without first-choice goalkeeper, Khairul Azhan Khalid for the all-important and crucial match against six-time champions Johor Darul Takzim (JDT) in Saturday’s Super League match at the Sultan Ibrahim Stadium in Iskandar Puteri.
The 30-year-old Khairul is the second big name who will miss the match against the Southern Tigers who lead the table standings with 19 points after seven matches – six more than second-placed Kedah. Selangor is in sixth place on goal difference with 10 points.
The Red Giants are already without influential midfielder Brendan Gan. The national player will sit out the JDT match to serve a one-match suspension after he was red-carded in the 1-1 draw against Melaka United for a second yellow card offense.
Selangor coach B. Sathianathan, however, has taken the setbacks in his stride against JDT who are the favorites. He is expected to field the experienced Farizal Harun in goal while Brendan’s replacement is still a guess.
According to Sathianathan, Khairul’s wedding was fixed way before the league was suspended on March 16 due to the Coronavirus. The national goalkeeper will get married on the same day as the match against JDT.
“Those who are in the Selangor squad must be ready to play and carry the team’s challenge. To be in the Selangor squad simply means you are good enough to deliver when called upon for duty,” said Sathianathan who has not been impressed with the team’s scoring abilities.
“We are creating the chances but the goals are not coming. Not finding the net means you cannot win matches. This has been our main drawback and it cost us dearly.
“Against JDT we will go in as underdogs. They (JDT) are the best team in the country and look good to win their seventh straight league title. But will not throw in the towel and you can expect the best from us.
“Many, even our own supporters, have given up hopes of a Selangor win but we are not going there without a fight. We are ready to face the favorites for a positive result. If we can score from the chances we create it will be an even fight.”

THE HUNT BEGINS FOR ARULSELVARAJ

0
KUALA LUMPUR, Sept 17 – When the Razak Cup begins at the National Hockey Stadium in Bukit Jalil on Friday, it is the beginning for newly minted hockey chief coach A. Arulselvaraj who has come with a “clean sheet” of paper to pick only the best for the national squad.
Will the former international retain the existing 32-member national training squad or will he increase the total or even reduce it.
For one Arul wants only the best for the country and the Razak Cup is the perfect venue for judge the players – both who are already in the national squad for new talent worth a call-up.
International Firhan Ashari, who is one of the 32 in the existing training squad will not feature in the Razak Cup where he was supposed to don Terengganu colors.
The 27-year-old striker has pulled out from the Terengganu due to a personal tragedy when his two-year-old daughter Nurul Ayra Delishah passed away suddenly last Saturday.
Firhan, however, is still under Arul’s radar and will be given an equal chance to find a place in the national training squad – taking into account the circumstances surrounding his withdrawal from the Terengganu team.
 
“I am aware that Firhan very much wants to contribute to the national team. He is an experienced player and has nearly 200 (185) caps. Not playing in the Razak Cup does not rule him out of a place in the national squad,” said Arul.
 
“Everything will be taken into consideration when the squad is named. I am expecting a keen jostling for a place in the training squad.”
 
For the record Firhan played in the 2014 World Cup in The Hague (Holland) and the 2018 World Cup in Bhubaneswar (India). He also has a silver to show from the 2018 Asian Games in Jakarta.

Latest Article

MISS BORNEO ANTARABANGSA 2026 BAWA INSPIRASI MARTABAT BUDAYA BORNEO

0
KUALA LUMPUR, 6 Mei – Miss Borneo Antarabangsa 2026 bukan sekadar acara pertandingan kecantikan, sebaliknya hadir dengan aspirasi besar untuk mengangkat warisan budaya dan...