AFC ACKNOWLEDGES QATAR’S EFFORTS IN HOSTING ACL 2020 (WEST)
SELAMAT HARI MALAYSIA 2020
Hubmedia.my mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia di mana juga berada.
Selamat Hari Malaysia.
COVID-19: AFC IN CLOSE COORDINATION WITH QATAR MEDICAL AUTHORITIES
THOMAS AND UBER CUP FINALS POSTPONED TO NEXT YEAR
AFC COVID-19 SUB COMMITTEE’S DECISION ON AL WAHDA
JOHOR BAHRU’S UNIQUE GLASS TEMPLE A MAJOR TOURIST ATTRACTION
ANNUAR: PEMILIK KEDAI MAKAN DI IBU NEGARA DIBENARKAN BEROPERASI SEHINGGA 2 PAGI
KUALA LUMPUR, 13 Sept – Para pemilik premis makanan dan kedai serbaneka di ibu negara lega.
Ia ekoran keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membenarkan premis-premis berkenaan beroperasi hingga pukul 2.00 pagi mulai esok.
Khabar gembira itu diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang menjelaskan bahawa keputusan tersebut adalah selari dengan pengumuman yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.
“Saya telah mengadakan perberbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Dahlan memandangkan MKN sudah memberi kelonggaran kepada premis-premis berkenaan.
“Saya tahu para peniaga telah banyak mengalami kerugian, kalau perniagaan itu tidak mengancam keselamatan seperti yang dinilai oleh MKN, saya bersetuju supaya pihak DBKL membenarkan buka sampai pukul 2.00 pagi. Tetapi SOP mesti dipatuhi sepenuhnya,” kata Annuar.
Semalam, DBKL memaklumkan waktu operasi premis perniagaan di Kuala Lumpur masih kekal sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawasan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CMCWPKL), semalam.
Terdahulu, Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa waktu operasi premis perniagaan seperti kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga pukul 2.00 pagi berbanding 12 tengah malam yang ditetapkan sebelum ini.
ASIAN FOOTBALL RETURNS WITH TRIBUTE TO MEDICALS HEROES CAMPAIGN
HAMSTRING WOES CRIPPLE NEGERI SEMBILAN BACKLINE
SUKMA 2020 DIJANGKA AWAL TAHUN DEPAN – ONN
KOTA ISKANDAR, 13 Sept – Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 dijangka diadakan pada awal tahun depan.
Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (gambar atas) memberitahu, tarikh baharu Sukma 2020 yang sepatutnya berlangsung Julai lalu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma dalam masa terdekat.
“Sukma ke-20 yang sepatutnya berlangsung di negeri ini pada Julai lalu sebelum diikuti Para Sukma yang sepatutnya berlangsung pada Ogos lalu terpaksa ditunda akibat penularan wabak COVID-19.
“Tarikh baharu akan diputuskan tidak lama lagi namun kita menjangkakan SUKMA Johor bakal berlangsung pada awal tahun hadapan,” katanya menjawab soalan Mohd. Khuzzan Abu Bakar (Semerah-PH) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.
Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, jumlah peruntukan asal keseluruhan bagi menganjurkan Sukma 2020 adalah sebanyak RM617.9 juta.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM150 juta adalah untuk pengurusan, manakala RM467.9 juta bagi pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur temasya itu.
“Sebanyak RM37.9 juta sudah digunakan sebagai peruntukan pengurusan sejak Mac lalu.
“Peruntukan tambahan yang diperlukan pula akibat Sukma dianjakkan kepada tahun depan adalah sebanyak RM21.6 juta dan ia membabitkan perbelanjaan pengurusan,” katanya.
Beliau berkata, peruntukan tambahan itu diperlukan untuk keperluan peralatan tambahan di setiap venue sukan, penginapan dan pusat operasi Sukma bagi pematuhan prosedur standard operasi (SOP) dan pencegahan COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.


















