Home Blog Page 98

PERODUA MALAYSIA MASTERS 2020: PEARLY TAN – M THINAAH HOPE TO MAKE IMPACT

0

KUALA LUMPUR, Dec 23 – Debutants Pearly Tan Koong Le-M Thinaah are bent on making impact in the upcoming PERODUA Malaysia Masters Badminton Championship 2020 presented by DAIHATSU at Axiata Arena, Kuala Lumpur Sports City from 7-12 January.

The national women doubles pair have been drawn against Danish pair Alexandra Boje-Mette Poulsen in the opening qualifying rounds and will square off against either compatriot Anna Ching Yik Cheong-Lim Chiew Sen or Indonesia’s Anggia Shitta Awanda-Pia Zebadiah Bernadet in the next round.

The newly-formed pair hope to continue their winning momentum after their recent international victories and will be relying on effective on-court communication to get the better of their opponent at Axiata Arena.

“Next year we will be taking things one at a time to build our confidence, help us win points and improve our current rankings,” said Thinaah.

Partner Pearly Tan, the 2018 World Youth Championships runners-up, will be relying on their coaches to guide them and chart out the most effective strategy in their bid to go beyond the qualifying rounds and make it to the main draw.

“We’re still new as a pair and need more tournaments to build our confidence and experience.  Winning two titles in the International Challenge and International Series this year were simply great. Moving forward into the new decade, we hope to be given the chance to compete in more high-level tournaments such as the Super 100,” said the 19 year-old Pearly.

On the upcoming Perodua Malaysia Masters 2020, Pearly hopes to secure a spot in the main draw but will not be pressured by the target.

The presence of world-class pairs including  Greysia Polii–Apriyani Rahayu of Indonesia and Mayu Matsumoto – Wakana Nagahara provide great opportunity for young pairs to learn from the best in Kuala Lumpur.

Pearly-Thinaah tasted their first victory as a pair after winning the Victor Malaysia International Series in Ipoh in June before finishing as runner-up in the Sydney International 2019 in September.

The pair continue to show promise after clinching the winners’ title in the Infosys Foundation – India International Challenge 2019 in November before ending their 2019 campaign on a high after winning the Yonex Sunrise Bangladesh International Challenge 2019 this month.

Perodua Malaysia Masters 2020, BWF’s Super 500 tournament, will take place from 7 -12 January and offers a total prize money of USD400,000.

Perodua Malaysia Masters 2020 carries great significance for players who will be going all out to secure valuable points for qualification towards 2020 Tokyo Olympics.

Fans will be given a “free treat” to watch the tournament on 7 January 2020 as the Badminton Association Malaysia (BAM) has confirmed that there will be no ticket charges on that particular day.

Tickets will only be charged for matches from 8 to 12 January. Tickets purchased from now until 25 December are entitled for a 10 percent discount.

Tickets ranging from RM49 to RM289 according to categories (upper, lower, premium) are now on sale. Tickets ranging from RM13 to RM74 are also on sale now for students aged 4-18 and those born between 2001 to 2017.

Season passes are also available for the tournament.

For further information and enquiries, log on to http://www.myticket.asia/

CUB PRIX IMPIKAN LEBIH BANYAK LITAR LUMBA KEKAL

0

KUALA LUMPUR, 23 Dis –  Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan terus mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri serta para pemegang hak dalam usaha untuk mewujudkan lebih banyak kemudahan litar lumba kekal untuk melancarkan penganjuran kejuaraan nasional itu.

Setakat ini, tiga pusingan untuk musim 2020 nanti  bakal dilangsungkan di litar lumba kekal dan ini adalah seiring dengan objektif utama pihak penganjur untuk membantu kemudahan sedia ada, selain menuntut lebih banyak fasiliti perlumbaan diwujudkan pada masa akan datang.

“Tiga puluh peratus daripada kejuaraan ini bakal diadakan di litar kekal dan ia merupakan satu permulaan yang baik. Sejujurnya, Cub Prix mahukan lebih banyak pusingan diadakan di litar tetap yang serba lengkap, sekali gus menepati standard yang dituntut dalam kejuaraan kompetitif seperti ini.

RON HOGG

“Buat masa ini, kami sedang bekerjasama dengan beberapa tuan rumah bagi venue kejuaraan yang telah menunjukkan minat untuk mengubah litar jalanan kepada litar lumba kekal. Justeru, kami berharap usaha ini akan menjadi berita gembira untuk dikongsi pada pertengahan musim 2020 nanti,” jelas Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.

Daripada 10 pusingan yang dijadualkan berlangsung pada musim 2020 nanti, tiga pusingan akan diadakan di litar lumba kekal iaitu di Litar Lumba Tangkak, Johor, Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu dan pusingan penutup musim di Litar Antarabangsa Sepang.

Kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2020 akan bermula pada bulan Mac depan dengan Litar Lumba Tangka bakal menjadi venue untuk pusingan pembuka tirai.

Pusingan kedua akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang diikuti Pusingan 3 di Kota Bharu, Kelantan.

Selepas aksi di Kota Bharu, kejuaraan berprestij ini akan berehat seketika bagi menghormati bulan Ramadan dan Syawal, dan selepas itu akan diteruskan dengan aksi Pusingan 4 yang akan berlangsung di Pontian, Johor.

Pontian kembali menjadi tuan rumah pada musim 2020 nanti selepas membuat penampilan pertama pada musim 2019 sebagai hos untuk Pusingan 4.

Teluk Intan akan menjadi hos untuk Pusingan 5 diikuti Kangar yang bakal menjadi venue untuk saingan Pusingan 6.

Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu yang membuat kemunculan sulung sebagai hos pada musim 2019 akan menjadi tuan rumah untuk Pusingan 7 pada bulan September.

Venue untuk Pusingan 8 masih belum diputuskan buat ketika ini dan ia akan diumumkan kemudian.

Seperti baisa, Jempol, Negeri Sembilan kekal sebagai hos untuk Pusingan 9 diikuti aksi penutup musim di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan November nanti.

Berikut kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS untuk musim 2020:

Pusingan 1 – Litar Lumba Tangkak, Johor (14-15 Mac)

Pusingan 2 – Batu Kawan, Pulau Pinang (28-29 Mac)

Pusingan 3 – Kota Bharu, Kelantan (17-18 April)

Pusingan 4 – Pontian, Johor (13-14 Jun)

Pusingan 5 – Teluk Intan, Perak (11-12 Julai)

Pusingan 6 – Kangar, Perlis (29-30 Ogos)

Pusingan 7 – Kuala Terengganu (11-12 September)

Pusingan 8 – AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN (10-11 Oktober)

Pusingan 9 – Jempol, Negeri Sembilan (7-8 November)

Pusingan 10 – Litar Antarabangsa Sepang (21-22 November)

 

 

 

ZAQHWAN ZAIDI AKHIRI ZAMAN BUJANG

0

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi mengakhiri zaman bujangnya apabila melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan, Nurul Fazlin Abdullah hari ini.

Majlis persandingan mereka berlangsung di Dewan Tengku Zara Kajang, Selangor malam ini.

Nurul Fazlin antara individu yang menjadi pencetus semangat terhadap karier Zaqhwan yang sentiasa setia menemani dalam setiap perlumbaan yang disertainya.

Zaqhwan, 24, merupakan juara keseluruhan kelas SS600cc pada musim 2014 dan 2016 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Pada musim ini, dia menutup saingan di ARRC dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan kelas ASB1000cc.

Zaqhwan yang mengalas cabaran pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA turut melakar sejarah apabila membantu pasukan tersebut muncul naib juara pada Kejuaraan Endurance Dunia (EWC)-Sepang 8 Hours 2019 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 14 Disember lalu.

Antara tetamu yang menghadiri majlis persandingan Zaqhwan malam ini adalah sahabat handai serta ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

Turut hadir adalah penolong pengurus pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA, Zulhelmi Ahmad, bekas pelumba MotoGP negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, motovlogger Rider Helmet Pink serta rakan-rakan seperjuangan dalam sukan permotoran.

Kru hubmedia.my mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada Zaqhwan dan Nurul Fazlin moga kekal hingga ke jannah.

 

 

 

 

 

 

LIGA HOKI MALAYSIA TNB BUKA TIRAI JANUARI DEPAN

0

KUALA LUMPUR, 21 Dis –  Lapan pasukan lelaki dan enam pasukan wanita bakal berentap pada Liga Hoki Malaysia TNB 2020 yang akan membuka tirai secara rasmi pada 10 Januari depan.

Liga tersebut akan bermula dengan perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih yang akan menemukan finalis tahun lalu, Universiti Kuala Lumpu (UniKL) dan Terengganu Hockey Team (THT).

Ia akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Saingan bagi musim 2020 bakal menyaksikan penyertaan daripada tujuh pasukan lelaki musim lalu iaitu Terengganu Hockey Team (THT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolts, Maybank, Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Nurinsafi manalala pasukan baharu adalah Hockademy KL.

Kategori wanita pula bakal menyaksikan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT), Blue Warriors (PDRM), PKS Uniten, Mutiara Impian-MSSPP-PSHA serta dua pasukan baharu iaitu Hockademy KL dan Sabah.

Hari ini, berlangsung satu mesyuarat bersama pengurus-pengurus pasukan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh dan dalam mesyuarat tersebut, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) turut memaklumkan mengenai hasrat beberapa pemain antarabangsa yang berminat untuk beraksi di Liga Hoki Malaysia TNB musim depan.

Satu senarai pemain telah diberikan kepada pengurus-pengurus pasukan yang hadir dan antara pemain yang menyuarakan hasrat untuk beraksi adalah Tim Deavon dan Aaron Kleinschmidt (Australia), Martijn Havenga, Tom Hiebendaal dan Roel Bovendeert (Belanda) serta Jasjit Singh Kular dan Pardeep Singh Mor (India).

Dalam pada itu, THT terus meletakkan sasaran untuk cuba mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih musim depan.

Pemain THT, Mohd Fitri Saari menjelaskan, mereka masih mengekalkan sebahagian besar pemain musim lalu dalam pasukan selain mengurangkan enam pemain import kepada empat pemain untuk musim.

“Pasukan THT mengekalkan pemain tempatan yang sama seperti tahun lalu dan dengan peraturan baharu yang membenarkan pasukan mengambil empat pemain import, mungkin ia agak menjejaskan misi kami.

“Bagi perlawanan Piala Sumbangsih, kami akan berusaha untuk memenangi perlawanan tersebut kerana kami juga mahu mengejar mata, namun saya tidak menafikan lawan kami merupakan pasukan yang kuat, jadi kami tidak boleh memandang rendah kepada barisan pencabar kami,” ujar Fitri.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Hoki Terengganu, Mohd Rashidi Hashim pula mengesahkan THT akan mempertaruhkan dua pemain import dari Korea Selatan yang cukup sinonim bersama pasukan THT.

Selain itu katanya, THT yang akan dikendalikan oleh jurulatih, Muhammad Dharmaraj Abdullah, turut membawa masuk dua pemain dari Pakistan iaitu Ammad Shakeel Butt dan juga Muhammad Umar Bhutta.

“Dua pemain import dari Korea Selatan yang pernah bersama kami musim lalu adalah Jang Jonghyun serta Jung Manjae.

“THT meletakkan sasaran untuk mengekalkan kejuaraan Piala TNB dan cuba untuk merampas kejuaraan liga. Kehadiran pengendali baharu untuk pasukan kami musim 2020 nanti, diharap dapat memperkemaskan lagi perisiapan pasukan, sekali gus mampu menampilkan rentak permainan yang lebih bertenaga,” jelas Rashidi.

ASEAN PARA GAMES POSTPONE TO MARCH 2020

0
1. ASEAN Para Sports Federation (APSF), Southeast Asia’s Para sports governing body, expresses its concern over the situation which led to the postponement of the 10th ASEAN Para Games Philippines 2020, originally scheduled from 18 to 24 January, 2020.
2. Whilst expressing regret over the postponement and its impact, APSF acknowledges that the current situation, which involved the Games budget and disbursement of funding from the Philippines Sports Commission (PSC) to the Philippines ASEAN Para Games Organizing Committee (PHILAPGOC) have left the Organizing Committee with no alternative but to postpone and seek new dates for the Games.
3. PHILAPGOC, upon advice from PSC, has proposed 20-28 March 2020 as the new dates of the 10th ASEAN Para Games.
4. All NPCs and member nations of the Federation have been duly informed and requested to make necessary adjustment following the new changes in Games’ dates.
5.  APSF’s immediate concern now is for the 10th ASEAN Para Games to commence during the specified dates in March 2020 as proposed by the LOC and PSC.
6. APSF seeks the understanding of all parties including NPCs, athletes, officials, contingents of the respective nations to ensure that the Games is held successfully in March 2020. PHILAPGOC, in its letter to APSF, has pledged its commitment to deliver the Games in March 2020. The Federation will continue to provide assistance to the LOC in all areas to ensure that the Games run smoothly and successfully.
7. In the recent Pre-Delegates Registration Meeting (Pre-DRM) conducted in Manila from 13-15 Dec, a total of 1533 athletes and 829 officials from all 11 nations have been registered and confirmed for the 2020 Games, to be held in 3 main clusters, New Clark City, Subic and Manila.
Kind Regards,
“ASEAN Moving Together”
MAJ. GEN. OSOTH BHAVILLAI
President
ASEAN Para Sports Federation (APSF)

WORLD CLASS PLAYERS CONFIRMS PARTICIPATION AT PERODUA MALAYSIA MASTERS 2020

0

KUALA LUMPUR, 18 Dec– The battle for the top honours at the Perodua Malaysia Masters Badminton Championship 2020 presented by Daihatsu has become even more intense after four defending champions confirmed their participation.

Adding to the excitement is the confirmation from World No. 1 singles star, Kento Momota from Japan.

The PeroduaMalaysia Masters will be held from January 7-12 next year at the Axiata Arena in Bukit Jalil.

 

Kenny Goh

The defending champions who will make the trip here are Markus Gideon-Kevin Sanjaya Sukalmujo (Indonesia), Rathchanok Inthanon of Thailand (pic above), Sayaka Hirota-Yuki Fukushima (Japan) and Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Japan).

While Momota will be the player the fans will want to watch, the Malaysian fans will also be keen to catch freshly crowned SEA Games 2019 gold medallist, Lee Zii Jia in action early next year.

With last year’s champion Son Wan Ho of South Korea not competing, Chou Tien Chien (Chinese Taipei), Chen Long (China) and Andres Antonsenn (Denmark) will be others to look out for.

Perodua Malaysia Masters 2018 winner Viktor Axelsen will also be seeking for a good run and attempt to claim a second title here in three years.

In the women’s singles, the focus will certainly be on Ratchanok, who will be out to secure her third women’s singles title in a row after emerging winner in 2018 and 2019.

In last year’s final, the former world No. 1 scored a fabulous straight games win against Carolina Marin of Spain.

Securing a third title will be tough as she will have to content with Tai Tzu Ying (Chinese Taipei), Chen Yu Fei and He Bing Jiao from China as well as Nozumi Okuhara and Akane Yamaguchi of Japan.

The battle for the title in the men’s doubles will be just as supreme Markus-Kevin Sanjaya up against some of the best duos in the world, including compatriots, Mohd Ahsan-Hendra Setiawan, Li Jun Hui-Liu Yu Chen (China) and Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe from Japan.

Newly crowned SEA Games champions, Aaron Chia-Soh WooiYik will lead fellow Malaysians, Goh V Shem-Tan Wee Kiong and Teo Ee Yi-Ong Yew Sin into the fray of the men’s doubles competition.

Meanwhile, Sayaka-Yuki will have a difficult battle protecting their title especially with the likes of Chinese pair of Chen Qingchen-Jia Yi Fanwho will be out for an upset. In addition to the Chinese pair, they will also have to keep an eye open for their own teammates, Mayu Matsumoto-WakanaNagahara, and Misaki Matsumoto-Ayaka Takahashi.

Japan will also be out to defend the mixed doubles crown won by Yuta-Arisa last year.

Fans can expect some thrilling matches with top stars like China’s Zheng Siwei-HuaYaqiong and WangYilu-Huang Dongping who have also confirmed their entries.

Malaysia too will be well represented through Chan Peng Soon-Goh Liu Ying and Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie, who have qualified for the main draw.

Secretary General of the Badminton Association of Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh Chee Keong said that the participation of a bevy of stars at this year’s Malaysia Masters has raised the profile of the competition substantially and that fans should take this opportunity to come and watch some world class badminton being played.

“We are pleased to have multiple top ranked players from all five categories participating at the 12th edition of the Malaysia Masters.

“This definitely elevates the stature of the tournament and fans can expect to witness an action-packed competitionat the state-of-the-art Axiata Arena,” said Kenny today.

The PeroduaMalaysia Masters 2020 is a Super 500-ranked event and offers total prize purse of USD400,000.

The good news for badminton fans who want to watch the much awaited Perodua Malaysia Masters is that the Badminton Association of Malaysia has confirmed it will be free entry for fans for matches on January 7, 2020.

Ticket charges will only be applied for all matches starting from January 8 to the final date on January 12.

A ten percent discount has been offered to all early birds purchasing the tickets up until 25 December 2019.

Tickets have been priced starting from RM49 to RM289 with the following categories (upper, lower, premium) while for students aged between 4 and 18-years-old (born between 2001 and 2017) need only to pay between RM13 to RM74 depending on the ticket class.

Season passes for all categories have also been made available.

For further information, please click on to http://www.myticket.asia/

 

 

PODIUM PERTAMA HONDA ASIA DREAM RACING WITH SHOWA DI EWC

0

 

 SEPANG, 14 Dis – Pasukan Honda Asia Dream Racing (HADR) with SHOWA tampil dalam kelas tersendiri pada Kejuaraan EWC Sepang 8-Hours yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam ini.

Pasukan yang diperkuatkan dengan jentera Honda CBR1000RR itu menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa keseluruhan 5’51:53.459 saat (s) dan ia merupakan kemenangan podium pertama buat mereka pada perlumbaan endurance dunia.

Dalam tempoh tersebut, pelumba pasukan berkenaan berjaya melakukan 80 lap di litar sejauh 5.543 kilometer itu.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran ketika mengharungi perlumbaan tersebut, namun ia tidak menjejaskan misi mereka untuk berada di puncak kejayaan.

Penangguhan perlumbaan akibat hujan, masalah jentera ketika mengharungi sesi pemanas badan pada sebelah pagi ternyata bukan halangan buat pasukan tersebut yang terus kental memperlihatkan watak sebagai pejuang.

Mereka pejuang sejati dengan tekad tinggi untuk menghadiahkan kemenangan kepada pasukan yang seratus peratus di barisi warga Asia itu.

Tiga pelumba yang menjadi taruhan, Md Zaqhwan Zaidi (Malaysia), Somkiat Chantra (Thailand) dan Andi Farid Idizhar (Indonesia) telah menampilkan aksi luar biasa walaupun para pencabar di sekeliling mereka terdiri daripada pelumba-pelumba hebat dari benua Eropah.

Somkiat yang memulakan  perlumbaan buat pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA sebaik saingan diteruskan selepas tertangguh hampir lima jam, ternyata tidak mengecewakan selepas dia meletakkan pasukan dalam kedudukan terbaik untuk penamat podium.

Selepas sejam berada di litar, peranan Somkiat diambil alih oleh Zaqhwan selaku pelumba kedua pasukan tersebut dan ternyata keselesaan mereka tidak berganjak, sekali gus mengakhiri saingan di tempat kedua di belakang pasukan YART-Yamaha dengan catatan masa keseluruhan 5’50:03.837s.

Perubahan strategi yang dilakukan oleh pengurusan pasukan untuk mengharungi perlumbaan tersebut juga berakhir dengan pencapaian yang cemerlang.

Menurut penolong pengurus pasukan, Zulhelmi Ahmad, mereka telah membuat keputusan untuk meletakkan Zaqhwan sebagai pelumba pertama selepas mendapati catatan masa yang dilakukannya dalam keadaan litar yang basah sangat memberangsangkan.

Menurutnya, prestasi Somkiat juga tidak meragukan dan diberikan peranan sebagai pelumba kedua.

“Perubahan tersebut telah membuahkan hasil maskipun perancangan awal  meletakkan Zaqhwan sebagai pelumba pertama, namun dia dimasukkan semula untuk menggalas peranan terakhir.

“Saya juga yakin kami akan berada di podium selepas melihat catatan masa yang mereka lakukan pada sesi pemanas badan pada sebelah pagi tadi. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras semua pihak dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua,” jelas Zulhelmi yang telah meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik sebelum kejuaran ini bermula.

Menurutnya lagi, kejayaan ini dianggap sebagai penutup musim terbaik bagi pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA selepas turut tampil cemerlang di pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Sementara itu, Somkiat ketika ditemui menjelaskan bahawa dia berasa selesa mengharungi perlumbaan tersebut meskipun kelancarannya agak terganggu selepas ia ditangguhkan akibat hujan.

“Saya telah berusaha untuk menampilkan yang terbaik dan selepas perlumbaan diteruskan, fokus saya adalah untuk melakukan catatan masa terpantas dan saya berjaya menyempurnakannya.

“Saya berasa sangat selesa walaupun hampir sejam berada di atas litar. Ia perlumbaan yang sangat menarik walaupun baharu pertama kali beraksi dalam perlumbaan endurance di Sepang,” jelas Somkiat.

Pada saingan tersebut, pasukan BMW Motorrad World Endurance Team berada di kedudukan ketiga dengan catatan masa keseluruhan 5’50.35.678s.

Sejumlah 50 pasukan tampil menyahut cabaran pada Sepang 8-Hours 2019 yang, kejuaraan pertama seumpamanya diadakan di litar berkenaan.

 

MISI BESAR HADR WITH SHOWA MUSIM 2020

0

 SEPANG, 13 Dis – Pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA terus mengorak langkah dalam misi untuk menakluk Asia musim depan.

 

Meskipun masih awal untuk menjangkakan apa yang akan berlaku pada saingan musim depan, namun pengurusan pasukan tersebut sudah meletakkan impian tinggi terhadap  pasukan yang akan tampil dengan wajah baharu itu.

Impian untuk menakluk Asia sudah berada dalam perancangan mereka dan  ia bukan perkara mustahil untuk dicapai jika mengambil kira prestasi Honda Asia Dream Racing with SHOWA pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim ini.

Perjalanan mereka pada kempen musim 2019 boleh dianggap mencabar kerana hanya memiliki seorang pelumba, Md Zaqhwan Zaidi untuk menggalas cabaran mereka.

Namun, pasukan tersebut tetap mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan apabila Zaqhwan berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam kelas ASB1000cc meskipun terpaksa berjuang keseorangan.

Sebagai langkah untuk memenuhi misi menjadi pasukan gergasi di rantau Asia, pasukan tersebut telah memperkenalkan barisan pelumba baharu yang akan membawa cabaran mereka di ARRC musim depan.

Lebih menarik, mereka bakal menggunakan jentera baharu, Honda CBR1000RR-R untuk mengharungi saingan musim 2020 nanti yang turut dilancar dalam satu majlis penuh bersejarah di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Malah, pasukan tersebut masih memberi kepercayaan kepada Zaqhwan untuk menjadi tonggak pasukan dan pelumba asal Selangor itu bakal bergandingan dengan Gerry Salim dari Indonesia yang pernah bergelar juara keseluruhan ARRC kelas AP250cc pada musim 2018.

Pemilihan Gerry untuk bergandingan dengan Zaqhwan dilihat sebagai kombinasi mantap kerana dua pelumba ini memiliki reputasi tersendiri dalam karier masing-masing.

Maka, tidak hairan kenapa pengurusan pasukan tersebut mempertaruhkan dua pelumba ini untuk membawa cabaran mereka di ARRC musim depan.

Bekas pelumba yang pernah mencipta nama di pentas MotoGP, Makoto Tamada juga terus diberi kepercayaan untuk menjadi pengurus pasukan.

Dengan menggunakan jentera Honda CBR1000 RR-R, mereka bakal menjadi perhatian di pentas Asia pada musim depan.

“Matlamat utama kami adalah untuk menjadi kembali menjadi antara pasukan terbaik di rantau ini. Kami juga mempunyai beberapa perancangan bagi memastikan pasukan ini lebih berdaya saing pada musim 2020 nanti.

“Saya juga yakin, dengan kehadiran Gerry Salim dalam pasukan, ia akan memperkuatkan lagi kempen kami pada musim baharu nanti,” jelas Tamada ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan pasukan dan jentera baharu Honda di Sepang hari ini.

Menurutnya, Honda Asia Dream Racing with SHOWA akan terus bekerja keras dalam misi untuk menjadi yang terbaik di Asia dan juga di pentas dunia.

Turut hadir pada majlis bersejarah itu hari ini adalah Pengarah Eksekutif Asian Honda Moto Co Ltd, Atsushi Ogata.

 

 

HONDA ASIA DREAM RACING WITH SHOWA KEKAL KENTAL

0

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Kehadiran beberapa pelumba endurance terhebat dunia bukan halangan buat pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA apabila turun menggalas cabaran pada Kejuaraan EWC Sepang 8-Hours di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu ini.

Pengalaman beraksi pada kejuaraan Suzuka 8-Hours sejak beberapa tahun lalu bakal menjadi taruhan terbaik buat barisan pelumbanya meskipun acara di SIC minggu ini merupakan yang pertama seumpamanya diadakan di litar berkenaan.

Rentak perlumbaan adalah sama, cuma situasi serta venuenya sahaja yang berbeza.

Kali ini, sejumlah 51 pasukan bakal bersaing melibat beberapa pasukan ternama dari Eropah.

Penentuan sudah pastinya bergantung dengan kemampuan jentera dan juga bagaimana kebijaksanaan para pelumba mengharungi suasana perlumbaan.

Strategi pasukan sudah pasti memainkan peranan penting, namun keutamaan tetap kepada tahap kecergasan para pelumba.

Ini kerana, perlumbaan endurance memerlukan kemahiran serta tahap kecergasan yang tinggi dan jika ia dapat dikekalkan maka segala bentuk cabaran mampu diatasi dengan stabil.

Itu antara aspek yang menjadi keutamaan pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA bagmi menjamin kestabilan pasukan mengharungi perlumbaan di Sepang minggu ini.

Seperti biasa, pasukan tersebut akan sekali lagi mempertaruhkan kecemerlangan jentera Honda CBR1000RR untuk mengharungi saingan di Sepang minggu ini – jentera yang sememangnya telah terbukti mantap dalam setiap kejuaraan yang mereka sertai sepanjang tahun ini.

Hari ini, sesi latihan bebas bermula dan tumpuan lebih terarah untuk menguji kemampuan jentera serta mencari pelarasan terbaik sebelum berlangsungnya perlumbaan sebenar nanti.

Sesi hari ini turut melibat sesi latihan pada sebelah malam.

Seperti biasa, pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA sekali lagi mempertaruhkan tiga pelumba terbaik mereka iaitu Md Zaqhwan Zaidi, Andi Farid Idzihar dan Somkiat Chantra untuk menggalas cabaran mereka di EWC Sepang 8-Hours.

Kemampuan tiga pelumba ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi kerana masing-masing memiliki kemahiran serta kelebihan tersendiri.

Ia gandingan yang dilihat sangat mantap, malah diramal mampu melakar kejutan di Sepang nanti.

Zaqhwan antara pelumba yang sudah serasi dengan kejuaraan seperti ini dan kemampuannya tidak perlu diragukan lagi.

Malah, dia pernah bergelar juara keseluruhan kelas SS600cc pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada edisi 2014 dan 2016.

Tahun ini dia terus mencipta nama di pentas ARRC untuk muncul pemenang ketiga keseluruhan dalam kelas ASB1000cc.

Beberapa pelumba yang bersaing di Sepang minggu ini juga tidak asing dengan Zaqhwan malah ada dalam kalangan mereka turut beraksi di pentas ARRC termasuk Broc Parkes  yang akan menggalas cabaran pasukan YSRT-Yamaha dan juga Azlan Shah Kamaruzaman (BMW Sepang Racing).

Selain Zaqhwan, turut menjadi kepercayaan Honda Asia Dream Racing with SHOWA adalah Andi Farid Idzihar, yang juga bukan asing dalam perlumbaan endurance.

Dia pernah beraksi pada perlumbaan Suzuka 8-Hours bersama pasukan yang sama.

Sejarah kariernya cukup menarik kerana pelumba berusia 22 tahun ini mua memperlihatkan potensinya pada kejuaraan Asia Talent Cup pada musim 2014.

Walaupun masih cetek pengalaman ketika itu, dia menamatkan saingan musim tersebut di kedudukan keenam keseluruhan.

Pada musim berikutnya, Andi Farid kembali mempamerkan kemampuannya di Asia Talent Cup dan sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik.

Edis 2015 itu turut menghadiahkan kenangan manis buat Andi Farid apabila dia memenangi perlumaan di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

Selepas itu bakatnya terus berkembang dan turut diberi pendedahan pada perlumbaan FIM CEV Sepanyol dalam kelas Moto3.

Selain itu, Andi Farid juga pernah beraksi dalam kelas SS600cc pada Kejuaraan Motosikal Asia 2018 yang menyaksikannya berada di kedudukan kelima keseluruhan.

Musim ini dia beraksi dalam kelas ASB1000cc di ARRC menggunakan jentera Honda CBR1000RR.

Dia juga pernah beraksi pada perlumbaan Suzuka 8-Hours yang berjaya menduduki tempat kedua ketika bergandingan dengan Aditya Pangestu.

Andi Farid juga bukan baharu dalam perlumbaan endurance khususnya di Suzuka 8-Hours, malah dia pernah beberapa kali berganding dengan Zaqhwan.

Justeru, dia tidak berdepan masalah untuk membantuk gandingan mantap dengan dua lagi rakan sepasukannya dalam pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA, iaitu Zaqhwan dan Somkiat.

Sementara itu, Somkiat Chantra pula merupakan pelumba yang semakin meningkat naik ketika ini.

Dia merupakan produk daripada Asia Talent Cup yang menyaksikannya muncul juara keseluruhan pada edisi 2016.

Selepas itu, bakatnya terus berkembang dan diberi pendedahan beraksi di pentas FIM CEV Sepanyol selama dua musim iaitu pada tahun 2016 dan 2017.

Pada musim 2018 dia menyertai GP Thailand atas tiket wildcard dan berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan dalam kelas Moto3.

Pengalaman yang ada pada pelumba berusia 20 tahun itu akan dipergunakan sepenuhnya untuk membantu pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA yang akan mengharungi perlumbaan endurance Sepang 8 Hour minggu ini.

Apa pun, jika tiga pelumba ini kekal konsisten, ia bukan perkara mustahil buat mereka untuk memenuhi impian pasukan yang mengintai peluang berada dalam kelompok 10 terbaik di Sepang nanti.

Profil Pelumba

Md Zaqhwan Zaidi

Asal: Selangor

Usia 24 tahun

Pencapaian:

2013 – Moto2

2014 – Juara kelas SS600cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC);

2015 – Moto2

2016 – Juara keseluruhan kelas SS600cc di Kejaraan Motosikal Asia (ARRC)

2019 – Ketiga keseluruhan kelas ASB1000cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC)

 

Somkiat Chantra

Asal: Chonburi, Thailand

Usia: 20 tahun

Pencapaian:

2016 – Juara keseluruhan Asia Talent Cup

2018 – Moto3 (Kedudukan ke-33 keseluruhan)

2019 – Moto2 (Kedudukan ke-21 keseluruhan)

 

Andi Farid Idzihar

Asal: Bulukumba Sulawesi Selatan, Indonesia

Usia: 22 tahun

Pencapaian:

2014 – Asia Dream Cup (Kedudukan keenam keseluruhan)

2015 – Asia Talent Cup (Kedudukan kesembian keseluruhan dan memenangi perlumbaan di Litar Antarabangsa Losail, Qatar)

2016 –  Beraksi di FIM CEV Sepanyol dalam kelas Moto3 dan menduduki tempat ke-32 keseluruhan

2017 – Menduduki tempat kelima di Litar de Albacete pada kejuaraan FIM CEV Sepanyol dalam kelas Moto3

2018 – Menduduki tempat kelima keseluruhan kelas SS600cc di ARRC

2019 – Beraksi dalam kelas Moto2 pada kejuaraan MotoGP

 

HONDA ASIA DREAM RACING WITH SHOWA TEKAD CIPTA KEJUTAN

0

 

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Barisan pelumba yang menggalas cabaran pasukan Honda Asia Dream Racing with Showa pada kejuaraan Endurance World Championship (EWC) Sepang 8-Hour minggu ini mampu menghadiahkan kejuatan buat pasukan tersebut minggu ini.

Meskipun perlumbaan endurance itu baru pertama kali dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), namun pengurusan pasukan tersebut optimis untuk menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik.

Keyakinan itu adalah berdasarkan prestasi yang dipamerkan oleh barisan pelumbanya sepanjang tahun ini yang telah memperlihatkan pencapain cemerlang dalam beberapa kejuaraan yang mereka sertai.

Pada aksi di Sepang nanti, pasukan Honda Asia Dream Racing with Showa akan digalas oleh Md Zaqhwan Zaidi (Malaysia) Andi Farid Idzihar (Indonesia) dan Somkiat Chantra (Thailand).

Mereka memiliki kelebihan tersendiri dan ia dilihat sebagai kombinasi mantap untuk menjulang reputasi pasukan tersebut di Sepang minggu ini.

Zaqhwan merupakan pemenang tempat ketiga keseluruhan kelas ASB1000cc pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 yang berakhir di Litar Antarabangsa Chang Buriram, Thailand bulan lalu.

Dia antara pelumba endurance paling berpengalaman dalam pasukan dan kombinasinya dengan Andi dan Somkiat memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Menurut pengurus pasukan, Zulhelmi Ahmad, jika perancangan mereka berjalan lancar, besar kemungkinan pasukan tersebut boleh menamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik.

“Kami mempunyai barisan pelumba yang agak mantap dan segala persediaan juga berjalan dengan baik.

“Barisan jurutera juga telah bekerja keras untuk menyediakan pelarasan terbaik untuk jentera kami dan ia bersesuaian dengan keadaan litar.

“Dengan barisan pelumba yang ada, saya optimis untuk menamatkan perlumbaan minggu ini dalam kelompok lima terbaik,” jelas Zulhelmi.

Meskipun optimis, Zulhelmi tetap mengingatkan barisan pelumbanya agar menjaga tahap kecergasan masing-masing bagi memudahkan misi mereka pada pelumbaan itu nanti.

“Selain menyediakan jentera terbaik, kami tetap mengutamakan tahap kecergasan para pelumba. Mereka perlu kekal cergas bagi memudahkan tugas untuk memberi saingan kepada pasukan lain yang turut memiliki pelumba berkelas dunia,” ujarnya.

Pada aksi di Sepang nanti, pasukan tersebut tetap mempertaruhkan jentera Honda CBR1000RR untuk mengharungi perlumbaan yang menuh mencabar itu kerana ia sudah terbukti memberikan hasil yang baik.

Jentera tersebut tidak pernah mengecewakan terutama untuk perlumbaan endurance, malah telah membuktikan kehebatannya dalam beberapa kejuaraan berprestasi tinggi.

Kestabilan, ketahanan serta kepantasan merupakan kelebihan yang tidak boleh dipertikaikan dan para pelumba juga mudah untuk mengendalikannya.

 

 

 

 

 

Latest Article

RM7,000 MILIK MOHD QAMARUL ANUAR DI TASIK AYER KEROH, MELAKA.

0
AYER KEROH 22 Disember – Johan Cabaran Joran Melaka 2024 menganggap kemenangannya sebagai rezeki anak kedua yang bakal lahir pada Februari tahun hadapan. Mohd Qamarul...