KERAJAAN DISYOR BUAT BENGKEL, SEMINAR DI HOTEL

0
1694

Oleh KHALID NOORSHAH

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia (NUHBRW), Rusli Affandi.

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini disyor membantu merancakkan semula sektor perhotelan yang terkesan teruk akibat penularan pandemik Covid-19 dengan membenarkan bengkel dan seminar jabatan serta agensi-agensinya diadakan semula di hotel-hotel.
β€œIa satu cara untuk memberi peluang kepada hotel-hotel bernafas sementara menunggu pelancong asing datang semula ke Malaysia,” kata Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia (NUHBRW), Rusli Affandi.β€œWalaupun pendapatan yang akan diperolehi tidak besar dan hotel tidak akan mendapat bayaran serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia membantu dalam aliran tunai hotel yang membolehkan ia menjaga kebajikan pekerja,” katanya sambil menambah bengkel dan seminar jabatan dan agensi kerajaan di hotel-hotel telah dihentikan oleh kerajaan Perikatan Harapan (PH) dahulu.
Apabila ditimbulkan bahawa penjarakan sosial di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berku
at kuasa, Rusli berkata, ia boleh dilakukan sebaik sahaja PKP tamat ataupun kerajaan bersama hotel-hotel boleh menetapkan Aturan Tatacara Operasi (Standard Operating Procedure) bagi mengendalikan bengkel, seminar dan juga majlis-majlis keramaian di hotel.Menurut Rusli, hotel-hotel sudah pun dibenarkan untuk beroperasi secara berperingkat dan cabaran sekarang ialah untuk memenuhi bilik-bilik yang kosong tetapi dalam keadaan sekarang ia nampak sukar kerana perintah kawalan pergerakan masih dikuatkuasakan di kebanyakan negara di dunia.
Walaupun begitu, beliau sedar ada hotel tempatan yang menawarkan perkhidmatan bungkusan makanan dan ada juga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dan menyifatkan ia satu permulaan yang baik tetapi ia tidak mencukupi kerana F&B (makanan dan minuman) hanya sebahagian operasi hotel.
NUHBRW yang mewakili 8,000 ahli mempunyai Perjanjian Bersama dengan 80 buah hotel yang bertaraf, dua, tiga, empat dan lima bintang serta dua restoran iaitu rangkaian A&W dan Kentucky Fried Chicken (KFC).
Menurut bancian Jabatan Perangkaraan Malaysia pada tahun 2016, terdapat 134,410 orang bekerja dalam industri perhotelan negara dan bilangan itu dianggarkan telah bertambah kepada lebih kurang 150,000 orang berikutan pembukaan beberapa hotel baru sejak beberapa tahun lalu.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here