CABARAN JORAN AMPANG JAYA DITASIK PANDAN PERDANA, AMPANG JAYA, AHAD INI.

0
756
Majlis pelepasan ikan telah disempurnakan oleh YDP MPAJ, Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim (4 dari kanan) dan Setiausaha MPAJ, Puan Julaihah bt Jamaludin (3 dari kanan) bersama Ahli Majlis dan Barisan Pengarah Jabatan MPAJ melepaskan ikan spesis patin untuk Cabaran Joran Ampang Jaya, Ahad ini.

AMPANG JAYA: Seramai 1000 peserta bakal berentap merebut hadiah keseluruhan bernilai hampir RM17,000 dalam Cabaran Joran Ampang Jaya di Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya di sini pada Ahad ini.

Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Tuan Mohd Fauzi Bin Mohd Yatim

Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Tuan Mohd Fauzi Bin Mohd Yatim berkata program memancing itu diharap dapat tingkatkan promosi pelancongan domestik di kawasan tasik di Ampang Jaya selain merapatkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat.

Ianyanya dianjurkan oleh MPAJ dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon 21.

“Lebih sepuluh tahun tiada pertandingan memancing diadakan di sini dan berharap warga Ampang Jaya tidak melepaskan peluang untuk hadir beraksi dan berkumpul bersama keluarga disini.

Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Tuan Mohd Fauzi Bin Mohd Yatim memegang spesis patin seberat hampir tiga kilogram untuk ahad ini.

“Tasik ini menjadi sebutan kaki pancing dimana spesis tilapia, patin, belida, toman, haruan, keli, ketutu serta ikan bandar raya dengan berat antara 100gram (g) hingga 10 kilogram (kg).

“Menariknya, Tasik Pandan Perdana begitu dekat dengan Kuala Lumpur dan ini memberi peluang kepada kaki-kaki pancing terutamanya sekitar Lembah Klang untuk hadir,” katanya selepas melepaskan lebih 500 kilogram ikan spesies patin di tasik itu dengan berat antara tiga kilogram (kg) hingga lima kilogram, Ahad ini.

Ahli Majlis MPAJ turut menyokong usaha sama-sama melepaskan spesis patin untuk ahad ini

Mohd Fauzi berkata sambil memancing, peserta juga berpeluang beriadah serta menikmati keindahan kawasan tasik bersama keluarga.

“Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Ampang Jaya dengan aktiviti sihat.” jelasnya lagi

Beliau berkata juara pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, naib juara (RM2,000), ketiga (RM1,000), keempat hingga ke-10 (RM200), tempat ke-11 hingga 30 (RM150), tempat ke-31 hingga 70 (RM100) dan tempat ke-71 hingga 100 (RM50).

Majlis pelepasan ikan telah disempurnakan oleh YDP MPAJ, Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim (4 dari kanan) dan Setiausaha MPAJ, Puan Julaihah bt Jamaludin (3 dari kanan) bersama Ahli Majlis dan Barisan Pengarah Jabatan MPAJ melepaskan ikan spesis patin untuk Cabaran Joran Ampang Jaya, Ahad ini.

“Hadiah khas untuk pemenang ikan keli turut disediakan sehingga tempat ketiga serta hadiah cabutan bertuah antaranya TV 40 inci serta barangan peralatan memancing menanti peserta,”.

“Pihak penganjur utama telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, ayaman kitar semula dan lain-lain,”.

“Hadiah misteri spesis Arapaima bernilai RM1,000 sumbangan YDP kepada mana-mana pemancing yang berjaya menaikkan spesis ini malah boleh turut memenangi hadiah utama pertandingan ini nanti berdasarkan kepada berat seekor ikan yang dipertandingkan”. katanya lagi.

Hampir 10 tahun Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya tiada pertandingan besar diadakan disini, tunggu kaki-kaki pancing ahad ini.

Yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan 500 penyertaan awal akan menerima T-Shirt sumbangan penaja.

Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu ini mulai jam 3 petang hingga 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 013-3370961, 018-3184932, 013-266 1077, 013-305 2811 atau 012-284 6811 atau layari laman facebook.com/jorankl.

About The Author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here