Home Blog Page 110

ZII JIA HAMPIRI FINAL

0

 

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Lee Zii Jia (gambar) semakin hampir untuk menjejak kaki ke final Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 yang sedang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Hari ini, dia berjaya melepasi halangan pada pusingan suku akhir apabila menewaskan pemain China, Shi Yu Qi dalam acara perseorangan lelaki dengan kemenangan 12-21, 21-16 dan 21-19.

Kekuatan mental yang ada pada pemain berusia 22 tahun itu telah menjadi senjata utama untuk ‘membunuh’ rentak lawannya yang tampil selaku pemain pilihan ketujuh pada kejohanan kali ini.

Yu Qi berada dalam kelas tersendiri pada set pertama dan mudah memenangi perlawanan 21-12, namun Zii Jia tidak mudah menyerah dan bagkit garang untuk menguasai dua set berikutnya.

“Ia perlawanan yang sangat sengit dan ternyata pengalaman yang dimiliki Yu Qi telah memudahkan tugasnya untuk menang perlawanan set pertama.

“Saya agak sukar untuk membaca rentak permainannya pada set pertama, namun sebaik memasuki set kedua, saya cuba memperlahankan rentak permainan dan sekali-sekali cuba mengikut rentaknya. Strategi saya menjadi sehingga berjaya menguasai saingan,” jelas Zii Jia.

Dia akan berdepan pemain Jepun, Kento Momota pada pusingan separuh akhir esok (Sabtu).

Sementara itu, perjuangan beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi sudah berakhir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Lee Yong Dae  di suku akhir.

Beregu negara itu yang menguasai set pertama dengan kemenangan 21-19, bagaimanapun gagal bertahan apabila tewas dalam dua set berikutnya, 15-21, 22-20.

 

KEPUTUSAN (SUKU AKHIR)
Perseorangan lelaki:
Kento Momota (JPN) mn Huang Yu Xiang (CHN) 21-13, 19-21, 21-9
Angus Ng Ka Long (HKG) mn Jonatan Christie (INA) 15-21, 21-12, 21-18
LEE ZII JIA (MAS) mn Shi Yu Qi (CHN) 12-21, 21-16, 21-19
Viktor Axelsen (DEN) mn Chen Long (CHN) 21-11, 12-21, 22-20

Perseorangan wanita:
Tai Tzu Ying (TPE) mn P.V. Sindhu (IND) 21-16, 21-16
He Bing Jiao (CHN) mn Nozomi Okuhara (JPN) 21-17, 21-10
Carolina Marin (ESP) mn Saina Nehwal (IND) 21-8, 21-7
Chen Yu Fei (CHN) mn Wang Zhi Yi (CHN) 21-19, 21-14

Beregu lelaki:
Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (INA) mn Lee Yang-Wang Chi-Lin (TPE) 20-22, 21-18, 21-19
Li Jun Hui-Liu Yu Chen (CHN) mn Akira Koga-Taichi Saito (JPN) 21-12, 21-15
Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (INA) mn MarcusFernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo (INA) 21-19, 17-21, 23-21
Kim Gi Jung-Lee Yong Dae (KOR) mn ONG YEW SIN-TEO EE YI (MAS) 19-21, 21-15, 22-20

Beregu wanita:
Nami Matsuyama-Chiharu Shida (JPN) mn Lee So Hee-Shin Seung Chan (KOR) 16-21, 21-15, 21-17
Greysia Polii-Apriyani Rahayu (INA) mn Chang Ye Na-Kim Hye Rin (KOR) 21-19, 21-19
Li Wen Mei-Zheng Yu (CHN) mn Kim So Yeong-Kong Hee Yong (KOR) 21-16, 21-12
Du Yue-Li Yin Hui (CHN) mn Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (JPN) 17-21, 21-19, 22-20

Beregu campuran:
CHAN PENG SOON-GOH LIU YING (MAS) mn Takuro Hoki-Wakana Nagahara (JPN) 21-15, 21-18
Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (CHN) mn GOH SOON HUAT-SHEVON LAI (MAS) 21-11, 21-9
Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (CHN) mn Robin Tabeling-Selena Piek (NED) 19-21, 21-8, 21-15
Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja (INA) mn Lee Yang-Yang Ching Tun (TPE) 21-19, 22-20

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SENTUHAN PENG SOON-LIU YING MASIH BERBISA

0

 

KUALA LUMPUR, 10 Jan –  Gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kembali mempamerkan watak sebagai sang juara.

Meskipun beregu campuran profesional negara itu berdepan prestasi yang ‘turun naik’ selepas meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Jeneiro, Brazil, namun mereka masih memiliki sentuhan luar biasa untuk terus berada dalam kelompok pemain elit dunia.

Rentak cemerlang itu mula dipamerkan pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 yang sedang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil ketika ini.

Impian untuk meraih gelaran juara masih menjadi sasaran beregu campuran paling berpengalaman negara itu dan hari ini, mereka telah membuktikannya bagi merealisasikan hajat besar itu dapat dicapai.

Peng Soon-Liu Ying kini sudah berjaya menempah tempat ke pusingan separuh akhir selepas tampil cemerlang untuk meranapkan cabaran gandingan Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara di suku akhir hari ini.

Mereka menang 21-15, 21-18 pada perlawanan tersebut dan lawan mereka di separuh akhir nanti adalah beregu pilihan kedua dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping.

Gandingan China itu telah menyingkirkan pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 19-21, 21-8, 21-15 dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini.

Ini merupakan peluang terbaik buat Peng Soon-Liu Ying untuk melakar kemenangan selepas kali terakhir melakukannya lapan tahun lalu.

Selain itu, peluang beraksi di halaman sendiri harus dipergunakan sebaik mungkin untuk merealisasikan impian tersebut.

“Kami pernah bergelar juara pada edisi 2012 ketika kejohanan ini masih diberi taraf 300, sekarang ia sudah dinaikkan ke taraf 500. Kami akan melakukan yang terbaik dalam misi untuk memburu gelaran juara,” jelas Liu Ying.

Mereka juga mahu mengekalkan rentak konsisten bagi memudahkan misi memburu slot ke Sukan Olimpik 2020, Tokyo.

Satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal mara ke separuh akhir selepas tewas kepada pilihan utama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 11-21, 9-21.

 

 

 

ZII JIA BELUM PUAS

0

 

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia masih belum puas.

Pemain berusia 21 tahun itu masih mahu melakar kejutan pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 yang sudah memasuki saingan pusingan kedua di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Pada aksi hari ini, Zii Jia tampil dalam kelas tersendiri apabila berjaya meranapkan impian pemain  India, Sameer Verma 21-19, 22-20, sekali gus menempah tempat ke pusingan suku akhir.

Sebelum ini, Zii Jia telah menyingkirkan pemain No. 4 dunia, Anders Antonsen dari Denmark pada pusingan pertama.

Lawan yang bakal dihadapinya di suku akhir adalah pemain dari China, Shi Yu Qi yang pernah menewaskannya pada kejohanan Piala Sudirman 2019 di Naning, China.

“Pada pusingan seterusnya, saya bakal menentang Yu Qi. Ini merupakan kali kedua saya berdepan pemain dari China itu, kali pertama jumpa, saya tewas dan kurang memberi tentangan.

Kini, saya lebih bersedia dan berharap dapat melakukan yang terbaik untuk meraih kemenangan,” jelas Zii Jia.

Ditanya sama ada, keadaan Yu Qi yang baru sahaja pulih daripada kecederaan akan memberi kelebihan kepadanya, Zii Jia menjelaskan: “Yu Qi sudah kembali mendapatkan rentaknya dan ia bakal menjadi perlawanan yang menarik.”

Zii Jia merupakan wakil perseorangan lelaki tunggal pada kejohanan kali ini selepas pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren terkandas di pusingan pertama ketika berdepan Jonatan Christie dari Indonesia.

 

 

 

 

 

PERJUANGAN BEREGU WANITA BERAKHIR

0

 

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Perjuangan beregu wanita negara, Peraly Tan-M. Thinaah pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 sudah berakhir.

Mereka tewas kepada pasangan dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu 20-22, 15-21 pada aksi pusingan kedua di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Pada perlawanan pusingan pertama semalam, pasangan negara itu tampil cemerlang untuk menewaskan rakan senegara, Anna Cheong-Lim Chiew Sien, sekali gus menempah tiket ke pusingan kedua.

Kekalahan itu bagaimanapun memberi pengalaman berguna buat pasangan muda negara itu bagi membantu meningkatkan lagi kelemahan yang ada dengan gaya permainan mereka.

Sememangnya bukan mudah untuk berdepan lawan yang lebih berpengalaman, namun ia sekurang-kurangnya dapat membantu  untuk mengenal pasti sejauh mana kemampuan mereka sejak mula digandingkan.

Meskipun tewas, pasangan muda negara itu telah memperlihatkan mutu permainan yang menarik, namun pengalaman beraksi pada kejohanan kompetitif agak menjejaskan fokus mereka ketika berdepan asakan pemain lawan.

“Saya akui lawan kami lebih berpengalaman dan mereka kelihatan lebih tenang mengawal permainan.

“Kami berharap pengalaman ini dapat membantu meningkatkan mutu permainan kami selepas ini. Ini merupakan penampilan sulung kami dalam kejohanan berstatus lima bintang,” jelas Thinaah.

Sementara itu dalam acara beregu lelaki, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlalu mudah dijinakkan oleh beregu Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo pada aksi pusingan kedua.

Pasangan negara itu tewas 15-21, 11-21 dalam tempoh 26 minit.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Lai pula mara ke suku akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada pusingan kedua.

Peng Soon-Liu Ying,  menyingkirkan beregu dari Korea Selatan, Choi Solgyu-Shin Seung Chan  21-13, 21-13 dan menanti mereka di suku akhir adalah  pasangan Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara.

Sebelum itu, gandingan Jepun itu mengejutkan pasangan pilihan keempat dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, 21-17, 23-21.

Pasangan Soon Huat-Shevon pula akan berdepan beregu campuran utama dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China.

Pasangan negara sebelum itu menewaskan beregu dari Perancis, Thim GIcquel-Delphine Delrue 21-16, 21-14 manakala pasangan China pula menang 21-10, 21-14 ke atas gandingan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

KEPUTUSAN
Perseorangan Lelaki:
Shi Yu Qi (CHN) kln Lu Guang Zu (CHN) 21-16, 21-12
LEE ZII JIA (MAS) kln Sameer Verma (IND) 21-19, 22-20
Kento Momota (JPN) kln H.S.Prannoy (IND) 21-14, 21-16
Angus Ng Ka Long (HKG) kln Chou Tien Chen (TPE) 23-21, 21-17
Huang Yu Xiang (CHN) kln Jan O Jorgesen (DEN) 14-21, 21-19, 21-18
Jonatan Christie (INA) kln Rasmus Gemke (DEN) 22-20, 21-13
Chen Long (CHN) kln Lee Cheuk Yiu (HKG) 21-18, 21-13
Viktor Axelsen (DEN) kln Kenta Nishimoto (JPN) 21-6, 21-17

Perseorangan Wanita:
Chen Yu Fei (CHN) kln Nitchaon Jindapol (THA) 21-12, 21-13
Wang Zhi Yi (CHN) kln Ratchanok Intanon (THA) 19-21, 21-11, 22-20
Saina Nehwal (IND) kln An Se Young (KOR) 25-23, 21-12
Carolina Marin (ESP) kln Cai Yan Yan (CHN) 21-16, 21-18
P.V. Sindhu (IND) kln Aya Ohori (JPN) 21-10, 21-15
Tai Tzu Ying (TPE) kln Sung Ji Hyun (KOR) 21-18, 16-21, 21-10
He Bing Jiao (CHN) kln Ruselli Hartawan (INA) 21-13, 21-17
Nozomi Okuhara (JPN) kln Sayaka Takahashi (JPN) 21-14, 21-9

Beregu Lelaki:
ONG YEW SIN-TEO EE YI (MAS) kln Han Cheng Kai-Zhou Hao Dong (CHN) 21-13, 21-18
Kim Gi Jung-Lee Yong Dae (KOR) kln Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (JPN) 21-15, 21-17
Akira Koga-Taichi Saito (JPN) kln Huang Kai Xiang-Liu Cheng (CHN) 21-10, 16-21, 23-21
Li Jun Hui-Liu Yu Chen (CHN) kln Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan (TPE) 18-21, 21-17, 21-13
Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo (INA) kln AARON CHIA-SOH WOOI YIK (MAS) 21-15, 21-11
Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (INA) kln Liao Min Chun-Su Ching Heng (TPE) 21-11, 21-15
Lee Yang-Wang Chi-Lin (TPE) kln Kim Dukyoung-Kim Sa Rang (KOR) 19-21, 21-18, 21-9
Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (INA) kln Choi Solgyu-Seo Seung Jae (KOR) 21-16, 21-14

Beregu Wanita:
Lee So Hee-Shin Seung Chan (KOR) kln Selena Piek-Cheryl Seinen (NED) 21-15, 21-19
Nami Matsuyama-Chiharu Shida (JPN) kln Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (CHN) 21-15, 21-12
Chang Ye Na-Kim Hye Rin (KOR) kln Hsu Ya Ching-Hu Ling Fang (TPE) 21-17, 21-14
Du Yue-Li Yin Hui (CHN) kln Puttita Supajirakul-Sapsiree Taerattanachai (THA) 21-18, 21-14
Greysia Polii-Apriyani Rahayu (INA) kln PEARLY TAN-M.THINAAH (MAS) 22-20, 21-15
Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (JPN) kln Ekaterina Bolotova-Alina Davletova (RUS) 21-17, 21-9
Kim So Yeong-Kong Hee Yong (KOR) kln Lui Xuan Xuan-Xia Yu Ting (CHN) 21-17, 19-21, 21-15
Li Wen Mei-Zheng Yu (CHN) kln Yuki Fukushima-Sayaka Hirota (JPN) 18-21, 24-22, 21-17

Beregu Campuran:
Lee Yang-Yang Ching Tun (TPE) kln Ko Sung Hyun-Eom Hye Won (KOR) 21-19, 13-21, 21-18
CHAN PENG SOON-GOH LIU YING (MAS) kln Choi Solgyu-Shin Seung Chan (KOR) 21-13, 21-13
Takuro Hoki-Wakana Nagahara (JPN) kln Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) 21-17, 23-21
GOH SOON HUAT-SHEVON LAI (MAS) kln Thom Gicquel-Delphine Delrue (FRA) 21-16, 21-14
Robin Tabeling-Selena Piek (NED) kln Mathias Christiansen-Alexandra Boje (DEN) 21-18, 11-21, 21-10
Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja (INA) kln MAN WEI CHONG-PEARLY TAN (MAS) 21-12, 21-14
Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (CHN) kln Ricky Karandasuwardi-Pia Zebadiah Bernadet (INA) 21-13, 25-23
Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (CHN) kln Tang Chun Man-Tse Ying Suet (HKG) 21-13, 21-17

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENDUDUK DALAT BERDEPAN TEKANAN AIR PAIP RENDAH

0

 

MUKAH, 8 Jan –  Tekanan air paip rendah telah mengundang resah para penduduk di Kampung Seberang Dalat.

ABDUL JALIL

Masalah tersebut turut dialami para penduduk di dua lagi penempatan berdekatan iaitu Kampung Brunei dan Kampung Baru.

Dalat merupakan salah sebuah daerah dalam kawasan Parlimen Mukah di Sarawak.

Keadaan itu dikatakan berlaku ekoran kegagalan pam di Loji Rawatan Air Sungai Kut tidak berfungsi dengan baik.

Berikutan masalah itu, ada dalam kalangan penduduk terpaksa berbelanja besar untuk memasang pam di rumah mereka bagi meningkatkan tekanan air untuk kegunaan harian di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, bagi penduduk yang kurang berkemampuan, mereka terpaksa bersabar dengan masalah yang mereka hadapi sejak sekian lama itu.

Difahamkan peruntukan sudah disediakan kerajaan negeri untuk menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Kut.

Namun, penduduk tidak pasti bila projek itu akan dilaksanakan.

Menurut Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Mukah, Abdul Jalil Bujang, pada 4 Jun 2018, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg ketika melawat loji rawatan itu mengumumkan peruntukan sebanyak RM34 juta untuk kerja menaik taraf bagi menyelesaikan masalah tekanan air rendah di Dalat.

Kerja-kerja menaik taraf loji rawatan di Sungai Kut dikatakan akan siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan selepas pengumuman itu, namun selepas dua tahun, ia masih belum berfungsi.

 

 

FUTSAL: 20 PEMAIN DIPANGGIL SERTAI LATIHAN PUSAT

0

 

KUALA LUMPUR, 8 Jan – 20 pemain mendapat panggilan untuk menyertai kem latihan skuad futsal negara sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Futsal Antarabangsa Thailand 2020 yang dijadualkan berlangsung di Songkhla pada 2 hingga 8 Februari depan.

Sepanjang kem latihan itu nanti, mereka akan dikendalikan oleh ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong (gambar atas).

Latihan pusat itu akan bermula pada 23 Januari ini dan 14 pemain terbaik akan mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.

Kejohanan di Songkhla itu bakal disertai pasukan tuan rumah, Thailand, Iraq, Kuwait, Qatar dan Turkmenistan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, enam pasukan yang beraksi pada kejohanan tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Thailand menganjurkan kejohanan jemputan itu sebagai medan ‘pemanas badan’ menjelang pusingan akhir Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Ashgabat, Turkmenistan, pada Mac nanti.

Malaysia tidak layak ke kelompok 16 pasukan terbaik Asia selepas gagal meraih tiga slot bagi zon ASEAN apabila terkandas di peringkat kumpulan pada saingan Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019 di Vietnam, Oktober lalu.

INFO
Berikut senarai 20 pemain ke kem latihan pusat:
Azrul Hadee Mohd Taufiq          (Selangor)
Syed Aizad Daniel Syed Nasir     (Selangor)
Muhammad Azri Rahman             (Selangor)
Muhammad Fariq Mohammad          (Selangor)
Muhammad Saad Abdul Sani         (Melaka)
Muhammad Ekmal Shahrin           (Melaka)
Mohamad Danial Abdul Dain        (Melaka)
Muhammad Syafiq Hamzah           (Pahang)
Abu Haniffa Hasan                (Pahang)
Khairul Effendy Mohd Bahrin      (Pahang)
Saiful Nizam Mohd Al             (Pahang)
Mohd Azwann Ismail               (Pahang)
Ahmad Harith Naim Mohd Nasir     (Pahang)
Muhammad Syawal Sabaruddin       (Perak)
Mohd Ridzwan Bakri               (Perak)
Mohamad Awalluddin Mat Nawi      (Perak)
Muhammad Farikh  Rahman          (Perak)
Muhammad Azamuddin Hasan         (Kuala Lumpur)
Iqhmal Najmie Ismail             (Pulau Pinang)
Ahmad Akil Khalis Adli Khairuz   (Terengganu)

 

 

 

GANDINGAN PEARLY-THINAAH MANTAP

0

 

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah meneruskan langkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2020 di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Ia hasil kemenangan ke atas rakan senegara, Anna Cheong Ching Yik-Lim Chiew Sien 21-15, 21-10 pada aksi pusingan pertama.

Ia boleh dianggap sebagai penyelamat buat skuad beregu wanita negara yang tampil agak suram pada kejohanan kali ini.

Gandingan Pearly-Thinaah yang telah menampilkan rentak permainan cemerlang ketika mengharungi cabaran pada pusingan kelayakan dua hari lalu merupakan satu-satunya wakil wanita negara yang masih meneruskan perjuangan pada kejohanan berstatus Super 500 itu.

Satu lagi pasangan wanita negara, Teoh Mei Xing-Yap Ling terkandas seawal pusingan pertama lagi selepas mudah dijinakkan beregu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 19-21, 14-21.

Mengulas kemenangan pada aksi pusingan pertama itu, Thinaah menjelaskan bahawa mereka sudah mengetahui corak permainan lawan mereka dan ia memudahkan tugas untuk meraih kemenangan.

“Anna dan Chiew Sien merupakan rakan sepelatih dan kami berlatih bersama setiap hari. Kami sudah tahu tahap kemampuan mereka dan ia memudahkan tugas untuk merancang strategi permainan. Selain itu, prestasi kami juga berada pada tahap terbaik hari ini,” jelas Thinaah.

Menurut Thinaah, 21, kemenangan tersebut menjadi pembakar semangat buat mereka untuk mengharungi saingan pusingan kedua nanti berdepan beregu dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

Gandingan dari Indonesia itu merupakan pilihan kelapan pada kejohanan kali ini.

 

 

 

LIGA HOKI TNB 2020: THT BUAT PERHITUNGAN DENGAN UniKL

0

 

BUKIT JALIL, 8 Jan – Liga Hoki TNB Malaysia 2020 akan membuka tirai secara rasmi pada Jumaat ini.

Skuad Terengganu Hockey Team (THT) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan berentap di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bagi merebut Piala Sumbangsih dan perlawanan tersebut turut menawarkan tiga mata pertama untuk pasukan yang muncul pemenang.

THT merupakan juara Piala Sumbangsih 2019 selepas menewaskan UniKL 3-1 di Kuala Terengganu menerusi penentuan shoot-out apabila aksi 60 minit berkesudahan seri 2-2.

Bagi aksi untuk musim 2020 ini, kedua-dua pasukan memasang azam untuk meraih kejuaraan pertama selain mengutip tiga mata penuh bagi menaikkan semangat mereka untuk mengharungi saingan musim baharu.

Kapten pasukan Terengganu, Mohd. Fitri Saari ketika dihubungi menyifatkan, UniKL bakal menjadi pencabar terkuat untuk musim ini kerana pasukan tersebut dibarisi pemain hebat namun tetap percaya pengalaman yang dimiliki oleh jurulatih baru mereka, Muhammad Dharmaraj Abdullah serta barisan pemain THT, mampu untuk merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Persiapan pasukan kami berjalan dengan baik cuma pemain import dari Pakistan tiba agak lewat. Kami berharap keserasian dalam kalangan pemain dapat dibentuk sebaik mungkin.

“Lawan kami juga mempunyai khidmat pemain import yang hebat, ditambah dengan kehadiran Tengku Ahmad Tajuddin, jadi saya boleh katakana UniKL adalah pasukan yang wajar diberi perhatian musim ini.

“Saya berharap dengan kehadiran jurulatih berpengalaman iaitu Dharmaraj Abdullah dan kemasukan pemain-pemain baharu nanti dapat membantu pasukan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” jelas Fitri.

Sementara itu, kapten skuad UniKL, Muhammad Marhan Mohd. Jalil tidak melihat sebarang masalah buat pasukan mereka untuk membentuk keserasian bersama pemain import kerana rata-rata mereka telah beraksi bersama sebelum ini.

“Tahun ini, UniKL hanya mendapatkan khidmat seorang pemain import baharu iaitu Roel Franciscus Jacobus Bovendeert.

“Dari segi persiapan semuanya berada dalam keadaan lancar dan motivasi para pemain juga berada pada tahap terbaik.

“Matlamat utama kami adalah untuk meraih kemenangan dan mendapatkan tiga mata penuh,” ujar Marhan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Sri Dr. Anil Jeet Singh berharap sumbangan yang dihulurkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Badan Kebajikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena perlawanan Piala Sumbangsih 2020 dapat meringankan beban YAKEB untuk membantu bekas-bekas atlet negara yang memerlukan.

“Bagi pihak Jawatankuasa Pertandingan KHM, saya ingin mengucapkan selamat berjuang kepada kedua-dua pasukan yang akan beraksi bagi merebut Piala Sumbangsih 2020.

“Dari segi sumbangan yang akan diberikan kepada YAKEB dan Badan Kebajikan TNB, saya berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu atlet serta mereka yang memerlukannya.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan THT dan UniKL serta TNB kerana telah memainkan peranan yang cukup penting untuk menaja perlawanan Piala Sumbangsih 2020,”  jelas Dr. Anil.

JADUAL PERLAWANAN
10 JANUARI
1700: Maybank lwn Hockademy KL
(Stadium Hoki Nasional 2)

1700: Kedah/Nurinsafi HT lwn UiTM HA
(Stadium Hoki Sg.Petani)

1800:TNB lwn TNB Thunderbolts
(Stadium Hoki Nasional 1)

2000: UniKL lwn THT (Piala Sumbangsih)
(Stadium Hoki Nasional 1)

 

LTdL 2020 RETURNS TO EAST MALAYSIA

0

 

KUALA LUMPUR, 6 Jan – With slightly less than five weeks left, organisers, Human Voyage has intensified efforts to ensure that preparation for Malaysia’s premier cycle race PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL 2020), scheduled to commence in Kota Kinabalu on Feb 6, runs smoothly without major glitches. 

While acknowledging the huge logistical challenges of bringing the prestigious event to East Malaysia for three major happenings in Kota Kinabalu and Kuching which include the official team presentation, an International criterium and Stage 1 of the race, the organisers remained upbeat and determined that any challenges can be overcome with the cooperation of all related parties. 

 “Yes, it’s going to be an enormous logistical challenge for us, but we are fully prepared. We have mapped out meticulous preparation right to the smallest detail especially in the handling of teams, logistics and transportation. 

“Apart from bringing in our own entourage of well-experienced teams and personnel form our headquarters, we will be collaborating closely with the locals and experts as well as all related agencies in both states.

“We are thankful to both Sabah and Sarawak for the great cooperation and we are prepared for any eventualities,” said Human Voyage CEO, Datuk Ahmad Mustafa. 

LTdL returns to East Malaysia Sabah for the first time after a lapse of  23 years where the second edition of the Tour was held in 1997. 

2020 marks a significant year for the Tour as it celebrates its 25th Anniversary race since the staging of the inaugural 2.6-ranked edition in 1996.

LTdL 2020 is now graded as a UCI-Pro Series race, just a notch below the World Tour Series (Grand Tour – Tour de France, Giro d’Italia, Vuelta Espana), UCI Classics Series and other UCI WorldTour races. 

The 8-stage race starts at Padang Merdeka in Kuching on 7 Feb 2020 and ends in Kuah, Langkawi on 14 February 2020.

Kota Kinabalu will host the Team Presentation ceremony on Feb 5 followed by the Criterium International race, to be staged in the heart of the city on Feb 6 in conjunction with the silver jubilee celebration.

The Criterium International is scheduled over a distance of  95.2km, providing great opportunities for Under-23 Malaysian and ASEAN riders to compete against UCI elite and professional cyclists in a highly competitive atmosphere.

From Kota Kinabalu, the entourage then moves to Kuching for Stage 1 which starts and finish at Padang Merdeka. Upon the completion of Stage 1, the race entourage heads for Kuala Terengganu via flight for Stage 2 the following day. 

The 25th-anniversary celebration will conclude with the one-day Malaysia Classic race, dubbed the “Race of the Champions” on 15 February in Langkawi which features national champions from all over the world. 

According to Datuk Ahmad, Sabah and Sarawak stand to gain immensely with the staging of the race in both states following the strong presence of foreign teams, riders and officials and international media corps from all over the world.

“Over the one-week period, the race entourage which includes international television and media will converge in Kota Kinabalu and Kuching. It will indeed derive economic benefits as well as worldwide media exposure. This certainly augurs well not only for the promotion of sports and cycling in the states but help project and feature the unique culture and great attractions both states have to offer,” said Datuk Ahmad Mustafa. 

Some 132 riders from 22 teams are expected to participate in this year’s Tour which include the World Tour, Pro Continental and Continental outfits from across Europe, Asia, Oceania, Africa and America.

 In conjunction with the race’s 25th Anniversary, various sporting and social activities have also been planned as part of its efforts to engage and excite the community.

MASSIVE BOOST FOR ZII JIA AS HE SIGNS ON AS 100PLUS BRAND AMBASSADOR

0

BUKIT JALIL, 6 Jan –  Fast-rising Malaysian singles ace, Lee Zii Jia has followed in the footsteps of world badminton legend and national icon, Datuk Lee Chong Wei, to become a 100PLUS Brand Ambassador.

The 21 year old player from Kedah has signed a two year agreement with 100PLUS.

100PLUS, the nation’s No.1 isotonic beverage, announced the partnership with Zii Jia at a press conference held at the Axiata Arena on Monday.

Wai Yin (right) with Zii Jia.

Aside from Zii Jia, the function was attended by Badminton Association of Malaysia (BAM) President, Datuk Seri Norza Zakaria, BAM General Secretary, Datuk Kenny Goh and 100PLUS Senior Marketing Manager, Leong Wai Yin.

“100PLUS is a leading brand in the country and having them sign me on as their brand ambassador is recognition of my efforts. As a player, deals like this will further encourage and inspire me to achieve even better results,” said Zii Jia.

“For me, this deal is timely, just before the Perodua Malaysian Masters and more importantly, for the Olympics in Tokyo later this year. I am looking forward to a great start this week and also promise to deliver my best in Tokyo and bring honour to our country.

“Finally, I want to thank BAM and 100PLUS for their support and making this deal happen.”

Zii Jia will follow the illustrious footsteps of Chong Wei, who has been a 100PLUS Brand Ambassador since 2009.

Chong Wei and 100PLUS have had a brilliant partnership which saw the Malaysian star become the World No. 1 and later going on to claim three Olympics silver medals.

For the record, women’s singles ace, Goh Jin Wei, is also a 100PLUS Brand Ambassador.

“We have been following his progress for the last few years and we are impressed with his commitment and hardwork.

He never gives up and fights to the end and has turned out to be a great role model for youngsters. We are confident he will continue to develop and will eventually take over as the No.1 singles player in the world,” said Wai Yin at the press conference.

“On this note, I am pleased to announce that we have agreed a two-year deal with Zii Jia. We look forward to working with him and wish him all the best this New Year, particularly for the Tokyo Olympics.”

Wai Yin also revealed that 100PLUS would be providing Zii Jia with a RM10,000 cash incentive for winning the recent Manila SEA Games singles gold medal.

“He performed remarkably to win the gold medal. Well done, Zii Jia.”

Meanwhile, for the Perodua Malaysian Masters, players will benefit from consuming 100PLUS ACTIVE which has a special non-carbonated formulation to quickly rehydrate and replenish the fluids and electrolytes lost during exercise and sport and reenergises with added Vitamin B3, B6 and B12.

100PLUS, a Silver sponsor for Kuala Lumpur SEA Games in 2017, is synonymous with supporting sports in the country.

The Football Association of Malaysia and the Badminton Association of Malaysia are among the sports associations that 100PLUS sponsors.

100PLUS is also the Official Isotonic drink of the Malaysian Football League.

100PLUS is also the recommended drink of the National Sports Council.

Latest Article

MISS BORNEO ANTARABANGSA 2026 BAWA INSPIRASI MARTABAT BUDAYA BORNEO

0
KUALA LUMPUR, 6 Mei – Miss Borneo Antarabangsa 2026 bukan sekadar acara pertandingan kecantikan, sebaliknya hadir dengan aspirasi besar untuk mengangkat warisan budaya dan...