Home Blog Page 26

HAPPY BAG CUB PRIX BERKOLABORASI DENGAN HAKKACLO

0
Yvonne (tiga dari kiri) menerima baju-T daripada Pengarah Produksi HakkaClo, Noor Fitri Hakim Mohamed (dua dari kanan) sebagai tanda kolaborasi kedua belah pihak untuk kempen Happy Bag Cub Prix musim ini.  

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Pusingan 1 kejuaraan Cub Prix Petronas Malaysia bagi musim 2023 akan membuka tirainya di Litar Sepang hujung minggu ini.

Persaingan pasti semakin menarik kerana para pelumba sudah tidak sabar untuk memperagakan kehebatan masing-masing di gelanggang pertarungan selepas hampir dua bulan berehat sebaik berakhirnya saingan bagi edisi 2022 hujung tahun lalu.

Selain itu, keputusan pihak penganjur untuk menaikkan hadiah kemenangan dalam setiap kategori perlumbaan musim ini, bakal melonjakkan lagi semangat semua pelumba yang bersaing dalam kejuaraan itu nanti.

Setiap pelumba pastinya mahu mencatatkan nama sebagai pemenang kerana kejayaan yang bakal dicapai pada musim ini agak istimewa memandangkan kejuaraan Cub Prix tahun ini menyambut ulang tahun penganjurannya yang ke-30 tahun.

Kemeriahan di luar gelanggang perlumbaan juga tidak kurang hebatnya kerana program Cabutan Bertuah Happy Bag Cub Prix akan kembali dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik buat para pengunjung setia kejuaraan ini.

Program Happy Bag ini yang sentiasa menjadi tarikan di setiap pusingan Cub Prix di seluruh semenanjung, menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal kepada pemenang bertuah di setiap venue perlumbaan tahun ini.

Sepuluh pusingan, 10 buah motosikal disediakan dan di setiap venue perlumbaan, pemenang hadiah utama cabutan bertuah Happy Bag ini bakal membawa pulang sama ada sebuah motosikal jenama Yamaha Y15ZR atau Honda RS-X.

Untuk menyertai cabutan bertuah itu, para pengunjung hendaklah membeli Happy Bag Cub Prix yang dijual di khemah promosi kejuaraan ini pada harga RM65.

Happy Bag tersebut mengandungi sehelai baju-T, minyak pelincir, baju hujan atau stiker dan paling penting kupon cabutan bertuah.

Bagi memberi kepuasan kepada para peminat Happy Bag ini, pihak penganjur telah berkolaborasi dengan syarikat pembekal baju-T terkemuka, HakkaClo bagi memastikan kualiti serta reka bentuk baju-T berkenaan memberi kepuasan kepada para pembeli.

HakkaClo merupakan jenama yang semakin digemari ketika ini kerana kualiti yang dihasilkan syarikat berkenaan memenuhi citarasa para pelanggannya.

Malah, HakkaClo merupakan pembekal jersi buat pasukan Sri Pahang yang beraksi dalam Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Menurut Pengurus Pemasaran Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan HakkaClo tahun ini kerana mendapati kualiti produk yang dihasilkan syarikat berkenaan ketika ini semakin trending di pasaran.

“Kami yakin kolaborasi dengan HakkaClo ini akan memberi kepuasan kepada semua pembeli Happy Bag ini kerana kualiti baju-T yang dihasilkan sudah tidak perlu diragukan lagi.

“Kami juga mahu pastikan agar para pembeli setia Happy Bag Cub Prix ini mendapatkan barangan yang berkualiti tinggi,” jelas Yvonne.

Yvonne juga menjelaskan bahawa setiap pengunjung yang membeli dua Happy Bag bakal mendapatkan tiga kupon cabutan bertuah.

Maknanya, lebih banyak pembelian Happy Bag, maka peluang untuk memenangi hadiah utama adalah cerah.

Bagi HakkaClo pula, mereka menganggap kerjasama dengan pihak Cub Prix akanmemperluaskan lagi jenama mereka dalam aktiviti sukan tempatan.

Selain menawarkan hadiah utama sebuah motosikal, hadiah-hadiah lain yang bakal dimenangi para pemenang cabutan bertuah Happy Bag ini nanti termasuk produk- produk keluaran syarikat KYT, Racing Boy, Uma Racing, Koyoko, Cardinals, SCK, NGK, RKM dan juga syarikat Corsa.

Jualan Happy Bag akan bermula pada saingan Pusingan 1 kejuaraan di Litar Sepang pada Sabtu ini dan para pemenang akan diumumkan keesokkan harinya, (Ahad) pada pukul 5 petang.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan pastikan anda membeli Happy Bag di khemah promosi kejuaraan Cub Prix Petronas Malaysia 2023 hujung minggu ini di Litar Sepang.

Hanya dengan harga RM65, anda mungkin membawa pulang hadiah luar biasa!

 

SUKANEKA PERPADUAN KUALA LUMPUR SEMAI SEMANGAT KEKELUARGAAN DALAM KALANGAN WARGA KOTA

0
Sukaneka Perpaduan tunggu penyertaan dari orang ramai Sabtu ini, masuk adalah percuma.

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Program Santai @ Kuala Lumpur 2023 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) pada 1 Februari setiap tahun kini kembali.

Ia dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan 11 acara bakal dipertandingkan.

Program ini menerapkan konsep perpaduan dan hidup kemasyarakatan dalam kalangan warga kota.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, aktiviti disusun melibatkan semua peringkat umur dan lapisan masyarakat selain mempromosikan Kuala Lumpur, sekali gus mengaktifkan aktiviti pelancongan pasca Covid-19.

Program ini yang dikenali sebagai Sukaneka Perpaduan ini merupakan salah satu acara sempena sambuat Hari Wilayah Persekutuan tahin ini dan ia melibatkan dua kategori iaitu kategori Terbuka dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ia akan berlangsung pada 25 Februari ini bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Antara acara yang bakal disediakan untuk peserta OKU.

“Sebanyak 10 permainan sukan tradisional disediakan untuk setiap pasukan antaranya terompah gergasi, tapak gajah, kelereng, boling kelapa, larian dalam guni dan lain-lain.

“Setiap pasukan terdiri daripada lima peserta dan pendaftaran adalah percuma dan pendaftaran ada percuma,” katanya.

Acara terompah gergasi turut dipertandingan pada sukaneka kali ini.

Menurut Khairul, acara ini bukan sekadar bersukan, ia juga menjadi platform membina perpaduan, setiakawan, keharmonian, sikap bertolak-ansur dan rasa hormat antara satu dengan yang lain dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Hadiah wang tunai disediakan kepada pasukan yang menang dan hadiah disediakan sehingga ke tempat kesembilan.

Kategori OKU turut disenaraikan.

Pasukan yang muncul juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 diikuti tempat kedua RM800 dan ketiga RM500.

Bagi kategori Terbuka dan OKU, juara akan menerima RM1,000, kedua RM700 dan tempat ketiga bakal membawa pulang RM500.

Sebarang maklumat mengenai program ini boleh menghubungi talian 013-3779807; 012-2526183; 012-2846811 dan 017-6012965.

PENGHANTAR MAKANAN MENANG RM5,000 JUARAI CABARAN JORAN KUALA LUMPUR 2023 DI TAMAN TASIK AMPANG HILIR, KUALA LUMPUR

0
Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan Pengarah, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, DBKL, Khairul Azmir Ahmad (4 dari kiri) dan Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, DBKL, Izwan Razif Salehaped (5 dari kiri).
Gembira dengan hasil tangkapan para peserta kaki pancing di Taman Tasik Ampang Hilir semalam

Seorang penghantar makanan, Mohamed Juraimy Ahmad, 42, dari Senawang, Seremban, Negeri Sembilan apabila dinobatkan selaku juara pertandingan memancing Cabaran Joran Kuala Lumpur di Taman Tasir Ampang Hilir, Kuala Lumpur di sini semalam.

Kejayaannya menaikkan ikan patin seberat 14.490 kilogram (kg) kira-kira pukul 11.43 pagi membolehkan dia memenangi hadiah wang tunai RM5,000 pada pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000.

Jalankan tugas, mashall bermotor membawa seorang peserta yang berjaya menaikkan ikan ke meja hakim.

Menurut Juraimy menyifatkan tuah buatnya menggunakan roti kosong disambar ikan patin yang memaksa dia mengambil masa lebih 10 minit sebelum dapat menaikkan ikan tersebut.

Katanya, beliau selalu mengikuti pertandingan memancing anjuran DBKL sejak dahulu lagi tidak pernah patah semangat walapun kecundang namun rezekinya kali ini menjaya membuahkan hasil.

Para pemenang hadiah utama dan hadiah khas ikan keli bergambar bersama dengan Pengarah, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, DBKL, Khairul Azmir Ahmad.

“Ini sudah rezeki saya dan wang kemenangan ini saya tingkatkan lagi alatan kelengkapan joran sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan memancing lagi”ujarnya.

Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan Pengarah, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, DBKL, Khairul Azmir Ahmad dan Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, DBKL, Izwan Razif Salehaped.

Pertandingan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan salah satu acara yang disediakan kepada warga kota sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 Bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Untuk Semua’ menyaksikan sebanyak 565 ekor ikan pelbagai spesis berjaya dinaikkan peserta.

Sebahagian kaki pancing disertai hampir 900 kaki pancing dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Tempat kedua dimenangi Mohd. Khairil Janudin, 33, dari Ampang, Kuala Lumpur apabila berjaya menaikkan ikan patin seberat 13.760 kg untuk menerima hadiah wang tunai

Pengarah, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, DBKL, Khairul Azmir Ahmad dan Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, DBKL, Izwan Razif Salehaped memegang ikan juara seberat 14.490 kilogram (kg)

RM2,000 manakala tempat ketiga menjadi milik Shamsul Ahamad, 38, dari Cyberjaya juga menaikkan patin seberat 12.350 kg menerima RM1,000.

 

Sementara itu, Cabaran Joran Kuala Lumpur itu disertai hampir 900 kaki pancing dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Dalam pada itu Pengarah, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, D

Para hakim sibuk melayan peserta menimbang pelbagai spesis yang berjaya dinaikkan oleh kaki pancing semalam.

BKL, Khairul Azmir Ahmad berkata aktiviti “Cabaran Joran Kuala Lumpur” untuk manfaat warga kota dapat diterapkan melalui pertandingan memancing seperti itu.

 

“Objektif sebenarnya, kita nak beri rakyat peluang untuk bersantai, beriadah dan dapat bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kota,”

“Beliau berpuashati acara ini mendapat sambutan yang baik, disertai pelbagai bangsa, usia malah peserta wanita tidak kurang hebatnya sama-sama menyertai pertandingan memancing ini,”.

Tahniah! Kaki pancing gembira dengan hasil tangkapan di Taman Tasik Ampang Hilir semalam.

Berikutan sambutan yang mengalakkan, DBKL turut merancang untuk memasukkan acara ini sebanyak lima siri pada tahun depan sempena Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur (1972-2022) akan diadakan pada 1 Feb depan, bagi memperingati ulang tahun ke-50 pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia pada 1972 dengan menawarkan hadiah menarik disediakan kepada pemenang, nantikan katanya lagi.

 

CABARAN JORAN KUALA LUMPUR SEMPENA HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2023, AHAD INI.

0
Majlis pelepasan ikan telah disempurnakan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Bin Ahmad (dua dari kanan) bersama para pegawai DBKL yang bersama melepaskan spesis patin untuk Cabaran Joran Kuala Lumpur Ahad ini.

Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM20,000 menanti peserta Cabaran Joran Kuala Lumpur pada 19 Februari 2023 (ahad) ini.

Pertandingan yang diadakan di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur itu dijangka disertai 500 – 700 peserta.

Bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Untuk Semua’ yang membawa maksud kepada aspirasi JWP untuk menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai sebuah bandar yang mencerminkan nilai perpaduan, kesefahaman dan kekitaan seluruh komuniti di Wilayah Persekutuan itu sememangnya dinantikan kaki pancing khususnya di ibu negara.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Bin Ahmad

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Bin Ahmad berkata Taman Tasik Ampang Hilir dipilih sebagai lokasi kerana keunikan tersendiri, selain dihuni pelbagai spesies ikan termasuk patin, tongsan dan toman yang seberat 10 hingga 28kg.

“Tasik ini menjadi sebutan kaki pancing apabila dalam pertandingan sebelum ini spesis patin seberat 28.00 kilogram pernah dinaikkan oleh peserta pertandingan selain spesis lain antaranya tilapia, patin, belida, toman, keli, ketutu serta ikan bandar raya dengan berat antara 100 gram hingga 10 kilogram.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Bin Ahmad (dua dari kanan) bersama para pegawai DBKL tunggu peserta Ahad ini.

“Selepas empat tahun tiada pertandingan di sini ia kembali lagi dan tidak akan menghampakan pemancing di tasik ini daripada warga kota,” katanya ketika melepaskan lebih 500 kilogram ikan pelbagai spesies di tasik itu antaranya patin dengan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram hari ini.

Selain memancing, peserta juga berpeluang beriadah serta menikmati keindahan kawasan tasik bersama keluarga.

“Matlamat kita dalam menggalakkan pelancongan domestik tercapai apabila melibatkan kehadiran pelancong dari luar ke Kuala Lumpur amnya.

Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM5,000, naib juara (RM2,000), ketiga (RM1,000), ke 4 hingga ke-10 (RM200), Ke 11 hingga 20 (RM150) dan tempat ke-21 hingga 100 (RM100 setiap seorang).

Majlis pelepasan ikan telah disempurnakan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Bin Ahmad (depan) bersama para pegawai DBKL yang bersama melepaskan spesis patin untuk Cabaran Joran Kuala Lumpur Ahad ini.

“Hadiah khas untuk pemenang Ikan keli turut disediakan sehingga ditempat ke ke lima serta hadiah cabutan bertuah antaranya dua unit TV 32 inci serta barangan peralatan memancing menanti peserta”.

Menurutnya, Tasik Ampang Hilir mempunyai keunikan tersendiri kerana pelbagai spesies ikan termasuk patin, tongsan, rhu, keli, tilapia dan toman dengan berat antara lapan hingga 18.00 kilogram menanti kaki pancing.

Ianya dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Yuran RM50 dikenakan untuk sebatang joran dan 500 penyertaan awal akan menerima T-Shirt sumbangan penaja.

500 helai T-Shirt oleh pihak penganjur untuk pendaftaran awal sabtu ini.

Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu mulai jam 3 petang hingga 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

Selain itu, ia juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Kuala Lumpur dengan aktiviti sihat.

 

Khairul Azmir berharap melalui program ini dapat kita tingkatkan promosi pelancongan domestik sebagai usaha merancakkan lagi ekonomi negara.

“Selain itu pihak DBKL dapat mewujudkan produk pelancongan Kuala Lumpur melalui Cabaran Joran Kuala Lumpur selain riadah sihat dan aktiviti keluarga berkunjung ke tasik Ampang Hilir selain merancakkan ekonomi setempat,”

“Begitujuga melalui program ini dapat menarik pelancong dalam dan luar Kuala Lumpur sebagai riadah sihat bersama keluarga,” katanya lagi.

Pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 013-2661077, 013-3052811 atau 012-2846811 atau melayari laman sosial facebook.com/jorankl.

 

 

BLIESE BAKAL ‘JEJAK KAKI’ KE LIGA MALAYSIA

0

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Jenama pewangi yang semakin dikenali di Malaysia dan rantau Asia Tenggara memberi gambaran akan bersama salah satu pasukan bolasepak Liga Super Malaysia bagi musim 2023.

Menurut Pengasas pewangi jenama Bliese, Suhaimi Saiful, bberapa pasukan dari selatan tanah air, lembah kelang dan utara telah mengadakan pertemuan dengan pihaknya bagi membincangkan perkara tersebut.

“Dalam pertemuan tersebut mereka mempelawa Bliese untuk bersama pasukan mereka dan kami memang berminat, malah sedang meneliti beberapa perkara  dari sudut pemasaran dan pembangunan produk.

“Kami juga akan menghadiahkan sesuatu yang baharu kepada pengguna serta agen-agen Bliese tidak lama lagi,” tambah Suhaimi.

Menurutnya lagi, bolasepak adalah satu permainan yang dimainkan secara global dan merancang untuk bersama salah satu pasukan sebagai tanda terima kasih dan hadiah kepada penyokong wangian Bliese.

Jenama Bliese telah bersama pasukan bolasepak akar umbi di Kuala Lumpur iaitu KL Rovers Academy sejak dua tahun lalu.

“Kami percaya dengan melibatkan diri dengan pasukan ini, masyarakat dan komuniti akan lebih menerima jenama Bliese sebagai jenama wangian pilihan keluarga”.

Blese (M) Sdn Bhd menyasarkan jualan yang lebih baik pada tahun 2023 ini memandangkan banyak sektor ekonomi telah dibuka kembali selepas terjejas teruk lebih dua tahun ekoran pandemik Covid-19.

“Semoga dengan penglibatan ini, ia akan memberi lebih kekuatan kepada agen-agen kami di seluruh pelusuk tanah air dan rantau Asia Tenggara untuk meningkatkan edaran di pasaran,” ujarnya.

Pakej dan produk Bliese sentiasa sensitf dan peka kepada pengguna dan banyak memberi manafaat kepada agen-agen yang menjadi tunjang utama kekuatan jaringan pemasaran produk.

 

KAYUHAN OCBC KL KEMBALI SELEPAS BEREHAT SELAMA TIGA TAHUN

0
Tenaga penting disebalik Kayuhan OCBC KL (dari kiri) Nezzam Malek, CEO Multigreen Events, Syed Abdull Aziz Syed Kechik, CEO OCBC Al-Amin, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Naim Mohamad, Pengerusi Multigreen Events, Khairul Azmir Ahmad, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 – Kayuhan OCBC Kuala Lumpur yang popular dengan jolokan ‘The City Ride’ kembali menemui peminatnya pada 12 Mac nanti selepas berehat selama tiga tahun gara-gara pandemik Covid-19.

Kayuhan ini yang akan mempertandingkan dua kategori iaitu 42 dan 21 kilometer (km) akan merentasi beberapa jalan utama sekitar pusat bandar dengan acara pelepasan bakal bermula di Dataran Merdeka. Turut dianjurkan adalah kategori baharu iaitu ‘The KL’s Mayor Ride’ sejauh 42km.

Bagi para peminat yang mahu menyertai kayuhan ini, pendaftaran masih dibuka sehingga 16 Februari 2023 dan ia terbuka kepada perserta berusia 18 tahun ke atas.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web www.ocbccyclekl.com dan setakat ini, sejak ia mula dibuka, jumlah peserta yang mendaftar kini sudah mencecah angka 2,000.

Begitupun, bagi para peminat yang belum mendaftar, mereka masih boleh berbuat demikian kerana jumlah maksimum pendaftaran untuk kayuhan beramai-ramai di jalan-jalan tertutup sekitar pusat bandar raya ini adalah 2,500 peserta.

Empat jenis basikal (untuk kategori lelaki dan wanita) menanti para pemenang kayuhan ini iaitu mountain bike, road bike, folding bike dan juga fat bike.

Dalam kenyataan ringkasnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah menjelaskan bahawa pihaknya berasa bangga kerana acara kayuhan berbasikal secara besar-besaran tunggal di bandar ini dapat dianjurkan semula.

Penganjurannya sudah pasti sangat dinanti-nantikan oleh para pelumba amatur dan baharu kerana acara ini membolehkan mereka berkayuh dalam suasana yang sangat selesa dan ikonik.

“Kayuhan OCBC Kuala Lumpur ini melengkapkan aktiviti OCBC KL Car Free Morning yang dianjurkan khusus buat para peminat yang gemarkan kayuhan santai. Kami berasa teruja kerana Kayuhan OCBC KL kembali dianjurkan tahun ini selepas tiga tahun berehat.

“Saya yakin ramai yang sudah tidak sabar untuk turut serta dalam acara ini yang akan berlangsung pada 12 Mac nanti. Ia terbukti kerana jumlah yang sudah mendaftar setakat ini sangat memberangsangkan.

“Ini merupakan satu-satunya kayuhan santai tanpa ada sebarang gangguan di jalan tertutup dengan jarak sejauh 21km. Ia membolehkan para peserta menikmati keindahan Kuala Lumpur sambal mengayuh basikal masing-masing dalam suasana yang tenang.

“Melalui aktiviti seperti ini, ia akan mendorong para peserta untuk melibatkan diri dalam sukan yang sihat, sekali gus meningkatkan daya kayakinan diri mereka.

“Saya juga berasa bangga kerana kategori sejauh 21km turut diperkenalkan buat para peserta tahun ini dan saya yakin ia akan memberi pengalaman baharu kepada mereka yang sudah terbiasa dengan laluan sejauh 7km seperti di OCBC KL Car Free Morning. Bagi para peserta yang lebih berpenglaman, mereka mungkin boleh memilih untuk menyertai kategori 42km melibatkan dua loop 21km.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa buat pertama kalinya satu kategori iaitu The KL Mayor’s Ride akan diperkenalkan tahun ini. Kayuhan berpasukan ini melibat 10 pelumba dalam satu pasukan akan beradu tenaga dalam kayuhan sejauh 42km. Kami mengalu-alukan penyertaan daripada sector korporat dan syarikat-syarikat swasta untuk mengambil bahagian dalam The KL Maor’s Ride ini yang sasarannya memupuk semangat berpasukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan peserta,” jelas Mahadi.

Sementara itu, Datuk Naim Mohamad mengingatkan para peserta yang berminat menyertai kategori baharu iaitu 21km dan juga 42km, hendaklah mendaftar segera sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 16 Februari ini.

“Kami sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan laluan yang disediakan untuk kayuhan tahun ini lebih menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jadi, para peminat tidak harus melepaskan peluang untuk menyertai Kayuhan OCBC Kuala Lumpur ini,” jelas Naim.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) OCBC, Syed Al-Amin Syed Kechik berkata bahawa penganjuran semula Kayuhan OCBC Kuala Lumpur ini adalah berdasar pengalaman luar biasa OCBS ketika menjadi penaja utama beberapa acara popular sejak 2015.

Malah katanya, OCBC pernah menjadi penaja untuk acara OCBC Cycle Malaysia pada tahun 2011 hingga 2013 dan juga terlibat dengan OCBC KL Car Free Morning pada 2014.

“Kami berasa seronok untuk kembali bersama masyarakat tempatan dalam acara kayuhan seperti ini dan saya tidak sabar untuk melihat para peserta beraksi dalam kategori 21 dan 42 km di Kayuhan OCBC Kuala Lumpur nanti termasuk yang beraksi dalam kategori The KL Mayor’s Ride. Kami berharap, menerusi aktiviti seperti ini kita dapat membentuk masyarakat dengan gaya hidup yang sihat.

“Kami juga berasa bangga kerana penganjuran Kayuhan OCBC Kuala Lumpur 2023 ini terus mengamalkan budaya mesra alam, sekali gus menjaga kebersihan persekitaran,”jelas Al-Amin.

Lebih menarik, acara tahun ini akan mengurangkan penggunaan bahan-bahan plastik termasuk peralatan yang akan digunakan oleh para peserta.

Penggunaan risalah kertas bagi menyalurkan maklumat kepada para perserta juga dikurangkan dan ia akan digantikan dengan papan kenyataan besar yang lengakp dengan segala informasi berkenaan acara ini.

Tong kitar semula akan disediakan di beberapa lokasi buat para peserta membuang segala sampah termasuk kulit pisang dan ia akan dihantar ke pusat pengkomposan.

Kayuhan ini yang dikendalikan oleh Multigreen Events, mendapat sokongan daripada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia dan juga Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. OCBC Bank (Malaysia) Berhad tampil selaku penaja utama.

Selain Kayuhan OCBC Kuala, turut tampil selaku rakan penaja adalah Great Eastern, KPJ, Decathlon, Thule, 100Plus, Nescafe, Milo, N8 Sports Nutrition, Gin Huat, Maxxis, Dahon, ES Mass, Maxtron, Elite Sports, Dynamique Sports Rehab Centre, Cat Eye, Minoura, Black Cat, Hutan Ration dan Kulsocs.

 

 

MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR, HONDA RS-X BAKAL MENJADI MILIK PENGUNJUNG BERTUAH

0

BATU KAWAN, 2 Dis – Dua buah motosikal bakal menjadi milik para pengunjung bertuah pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia di Batu Kawan hujung minggu ini.

Motosikal yang bakal dibawa pulang oleh pengunjung bertuah itu nanti adalah sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dan juga Honda RS-X.

Dua model motosikal ini merupakan yang terhangat di pasaran pada masa kini.

Begitupun, jika berhasrat untuk memiliki motosikal tersebut, para pengunjung hendaklah membeli Happy Beg Cub Prix  yang akan dijual di khemah Happy Bag sepanjang kejuaraan Pusingan 10 Cub Prix di Batu Kawan pada 3 dan 4 Disember ini.

(Gambar pemenang cabutan bertuah Happy Bag Cub Prix bagi Pusingan 3 dan 4)Beg tersebut yang mengandungi baju-T edisi khas Cub Prix, minyak pelincir serta pemegang kunci dijual pada harga RM60 dan setiap pembelian untuk satu beg, akan diberikan kupon untuk menyertai cabutan bertuah.

Lebih banyak pembelian maka lebih banyak kupon cabutan bertuah akan diberikan dan peluang untuk menang adalah lebih cerah.

Pemenang cabutan bertuah Happy Bag (dua dari kanan) bagi Pusingan 6.

Selain motosikal yang menjadi hadiah utama, pelbagai hadiah menarik lain juga disediakan oleh pihak penganjur buat para pengunjung yang bertuah nanti. Antaranya adalah jaket, helmet dan bermacam-macam lagi.

Pengumuman untuk para pemenang cabutan bertuah Happy Beg Cub Prix ini akan berlangsung pada pukul 4.30 petang hari Ahad ini.

Selain jualan Happy Beg, satu lagi acara samping iaitu Cabutan Bertuah Khas turut diadakan pada hari Sabtu (3 Disember) dan para pemenang bakal memenangi pas khas bagi membolehkan mereka melawat kawasan paddock kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Acara lain yang turut diadakan pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 adalah perhimpunan K Kar, Carnival Honda dan juga Bike Autoshow.

Cub Prix yang mula membuka tirai pada Mac tahun ini, kini sudah sampai ke kemuncak saingan dan Batu Kawan menjadi venue untuk pusingan penutup tirai, sekali gus mengesahkan siapa yang bakal muncul sebagai pelumba serta pasukan terbaik pada tahun ini.

(Pemenang cabutan bertuah bagi Pusingan 5 dan 7)

 

ASIAN TRIATHLON CUP 2022 A SUCCESS

0

IPOH, 28 Nov – The Asia Triathlon Cup (ATC) 2022 which was held for the first time at Silverlake Village Outlet, Batu Gajah, Perak has achieved the objectives set by the organiser, the Perak Triathlon Association.

Dr Khoo Peng Chuan, the Perak Triathlon Association President and also the Chairman of the Organising Committee said that the ATC 2022 which lasted for three days from 25 to 27 November was considered successful especially in terms of organisation and participation of athletes.

“I am very grateful and satisfied when we managed to organise ATC 2022 at the Silverlake Village Outlet, Batu Gajah from the first day to last (Sunday). The weather was very kind to us throughout the three days ATC was held.

“Although this is the first time we have organised such a large-scale event  but I must say that the it was well organised in every aspect. In fact, the triathletes participation from five continents including Asian was an accomplishment.

“I would want to extend my thankfulness to all the parties involved including Malaysia Tourism, Perak Tourism, the Malaysia Triathlon Association who played a role in making the ATC 2022 successfull,” he said.

For the record, nearly 90 athletes from 25 countries participated in the elite male and female categories, while a total of 327 participants competed in the Olympic Distance (OD) and Sprint Distance (SD) categories involving men and women of various ages.

Peng Chuan said that Perak Triathlon Association has not made any decision regarding organisation of ATC next year since there is still no further discussion with several parties from government agencies, especially Malaysia Tourism and Perak Tourism. However, we are ready to work together with any party to organise ATC that is seen to be able to drive the economy in the state through the sports tourism sector.

“Actually we are keen to play host again for international triathlon championship like the ATC. At such, we welcome anyone who are interested to partner with us in organising the ATC.

“We have proven through the organisation of ATC this year when we are able to attract the participation of many triathletes from abroad even though it was not an easy task at all. I was told that foreign athletes are very excited to be able to compete in Malaysia especially in Perak. Therefore, ATC 2022 was a best platform for us to promote triathlon to a higher level.

At the same time, he added that the Malaysia Triathlon Association can convince the National Sports Council (MSN) to have international triathlon championship like ATC as training ground and unearthing the talents of local athletes. “ATC is an ideal platform for national athletes to compete with international athletes who have vast experience. Last weekend, we saw many young athletes took the opportunity to participate in the SD category.

“For me, this is a very good exposure for them to gain more experience before they move up to  a more competitive stage. So through event like ATC, we are preparing the athletes for the next level and hopefully we can mold more triathletes for Malaysia.” he said.The last time Malaysia played host for this prestigious ATC was way back in the early 80s at Kota Kinabalu, Sabah.

This year, Perak has the honour to host the final round of ATC 2022 jointly organised by Malaysia Triathlon Association and Perak Triathlon Association with Stagemaker Sdn Bhd as the event organiser.

There were six categories comprise of elite male and female (age 23 and above, age 19 to 23 and age 16 to 19).

Each participants has to go through three disciplines which is swimming (750 meter), followed by cycling (20 kilometer) and running (5 kilometer).

About 90 participants from 25 countries including Malaysia took part in this elite male and female category.

This time around, ATC managed to draw in participants from Europe, besides representative from Asia (Uzbekistan, Kazakhstan, Japan, South Korea, Hong Kong and a few neighbouring countries from South East Asia.

They are from Germany, Canada, Spain, Romania, Switzerland, Slovakia dan Luxembourg. Not only that but the organiser also successfully roped in participants from Palestine, Guam, South Africa and India.

 

ATM’s TIMOTIUS STOLE THE SHOW IN ATC 2022

0

IPOH, 27 Nov – Athlete from Malaysian Armed Forces (ATM), Timotius Ahimo stole the limelight by winning the Male Olympic Distance (OD) category of the Triathlon Asia Cup (ATC) 2022 which ended at the Silverlake Village Outlet, Batu Gajah, Perak today.

Timotious who has been serving in ATM for seven years, successfully completed the three disciplines – swimming (1.5 kilometer), cycling (40 kilometer) dan running (10 kilometer), in a total time of 2 hours 10 minit 27 seconds (s).

Meanwhile, second and third place of the male OD category (age 20 to 30), went to Mohd Azmir Abdullah Sani (2:12:35s) and Nazrol Hakim Che Saruji (2:12:55s) respectively. Both of them represent ATM as well.

“There is no pressure competing in today’s race as there are many of us here from ATM. We came here to give our best performance and at the same time, enjoy the race.

“Actually, I didn’t set any particular target and I was surprised to win the race. Maybe today is my day and I am absolutely happy with my achievement. However, I believe I can clocked a better time,” he said.

As for the Male OD (age 31 to 49), another ATM representative,  Abdul Rahman Abu Hassan conquered the race with a total time of 2:10:50s followed by his teammate, Muhammad Syamsul Erry (2:13:23s) and third place belonged to Spain triathlete, Jose Luis Larrosa (2:14:07s).

Matthew Deegan won the Male OD (age 50 and above) with the total time of 2:34:26s followed by Ooi Kok Keong (2:37:03s) and Cheah Soon Hock (2:50:09s) in second and third place respectively.

For the Junior Male (age16 to 19) Sprint Distance (SD), two representatives from Hong Kong – Chan Ho Kwan dan Tsang Wai Chun came in first and second place respectively while Lam Wan Chak Lam secured the third place.

Meanwhile for the Male (age 20 to 30) SD category, Muhammad Khairil Azhar won the race,  William Chang Tzen Foong came in second and Mohamad Nazri Afendy Tujoh took home the third place.

Allan Wingski took home the gold medal for the Male (age 31 to 49) SD category. Meanwhile Mohd Shahrin Hasan Sezali and Khor Ah Ba settled for second and third placing respectively.

As for the Female Junior (age 16 to 19) SD category, Koh Pao Yee won the race while Jacqueline Ng is the champion for the Female (age 20 to 30) SD category.

For the Male and Female SD category, the participants have to complete swimming (750 meters), and followed by cycling (20 kilometres) and and running (5 kilometres). It is half the distance of OD category.

A total of 327 participants from different age groups took part in the OD and SD category today and yesterday was the Male and Female Elite category that has 88 participants. 

 

 

 

 

JOSHUA CONQUERS SILVERLAKE

0

IPOH, 26 Nov – Australian, Joshua Ferris stole the limelight in the Men’s Elite category of the Asian Triathlon Cup (ATC) 2022 as he timed it to perfection to run down the field of 55 participants and take the tape at the Silverlake Village Outlet, Ipoh today.

Despite not being the favourite athlete, the 21-year-old ace who is currently ranked 35th in Asia put on a consistent and strong performance in all three disciplines namely swimming (750m,) cycling (20km) and run (5km).

He is the only triathlete who dipped below 54 minutes as he stopped the clock at 53:53 minutes.

Wong Tsz To from Hong Kong crossed the finish line to earn silver while Wong’s compatriot, Yu Shing Him trailed closely to secure the bronze medal.

Both the Hong Kong triathletes completed the race with a total time of 54.18 and 54:30 minutes respectively.

“It was a very challenging and thrilling race starting right from the very first swimming discipline. Every triathlete did their utmost best to get into the momentum once they jumped into the lake,” he said.

“As for me, I was feeling excited too but I didn’t want to push too hard in the beginning as I need to retain my energy for two more other disciplines. So, I just maintain my pace and make sure I stay on course with the front pack.

“Once we reach the second discipline (cycling) and the final stage which is running, I pushed up my game and increase my tempo. I tried to be in the lead until the very end despite the challenges from other triathletes.

“I am eager to be back here again if the ATC is held in Malaysia next year. The challenges we face here are different from other countries, especially the running discipline that we go through – running in between the buildings.

“On the other hand, I must give credit to the organisers, Perak Triathlon Association, Malaysia Triathlon Association and Stage Maker Sdn Bhd for organising such a successful event especially in gathering many top Asian participants to join this ATC,” Joshua concluded.

Five Malaysian triathletes participated in the men elite category, Chong Xian Hao, Issac Tan, Thiang Chong Yoong, Lee Wen Jun and Nicholas Long Seh Kit completed the race.

Meanwhile, as for the women elite, Celine Kaiser from Germany won the race in a total time of 1:00.52s while Olivia Thornbury from New Zealand secured second place and Manami Hayashi (Japan) came in third.

 

Latest Article

PEARLY TARIK DIRI, IMPIAN BANTU SKUAD UBER TERKUBUR

0
KUALA LUMPUR, 16 April – Skuad badminton wanita negara menerima tamparan menjelang saingan Piala Cup apabila tonggak beregu utama, Pearly Tan, disahkan menarik diri...