Home Blog Page 10

TUAH UMPAN CACING, SEORANG ANGGOTA TENTERA BAWA PULANG RM10,000

0
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi Dan Digital, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada para pemenang semalam.

PORT DICKSON, 5 Nov – Seorang anggota tentera berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 selepas menjuarai pertandingan memancing Jom Ngail Keli 2023 yang berlangsung di Kolam Desa PD, Rantau hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd Faizal Ramli turut hadir di Kolam Desa PD.

Mohd Sahrilza Yazid, 35, dari Port Dickson berjaya menaikkan seekor ikan keli seberat 6.750 kilogram (kg) hanya dengan menggunakan umpan cacing.

Timbang, jangan tak timbang. Seorang peserta menimbang ikan keli dimeja hakim.

Beliau yang langsung tidak menyangka mampu mengalahkan hampir 500 peserta lain menjeaskan hadiah kemenangan itu akan dikongsi bersama ahli keluarganya.

“Kemenangan ini amat bermakna dan saya sangat bersyukur.

“Saya harap pertandingan memancing anjuran Kolam Desa PD dapat diteruskan lagi kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing,” katanya.

Sementara itu tempat kedua menjadi milik Mohd Azuhan Zainal, 29, selepas berjaya menaikkan ikan keli seberat 6.610kg .

Dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga dimenangi Mardi Hassan, 42, yang turut berjaya menangkap spesis ikan yang sama seberat 6.600kg.

Para peserta yang berjaya menaikkan pelbagai spesis ikan pada pertandingan di Kolah Desa PD.
Sebahagian daripada 500 kaki pancing yang hadir untuk bertanding di Kolam Desa PD.

 

 

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd Faizal Ramli.

Mohd Faizal berkata, beliau berbangga dengan penyertaan peserta dari seluruh negara, antaranya Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor selain kehadiran ahli keluarga yang memeriahkan Jom Ngail Keli tahun ini.

Seorang peserta membawa ikan keli ke maja hakim untuk ditimbang.

“Pertandingan memancing Jom Ngail Keli ini wajar diteruskan memandangkan sambutan yang diterima daripada kaki-kaki pancing seluruh negara amat mengalakkan.

“Lebih 300 ekor pelbagai spesies berjaya dinaikkan oleh kaki pancing kali ini antaranya Keli, Jelawat, Rohu, Baung dan Talapia,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kolam Desa PD, Muhammad Hafiz Sheikh Taufik berkata dengan sambutan menggalakkan ditunjukkan peserta, beliau yakin pertandingan itu mencapai matlamat yang ditetapkan.

Katanya, menerusi pertandingan dengan tema ‘Jom Ngail Keli’, ia dilihat dapat menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

 

KHAIRUL NAIM DICABAR HEBAT MONTOYA

0

PEKAN, 4 Nov – Pendayung Persatuan Sukan Kanu Pahang (PSKP), Khairul Naim Zainal mengukuhkan cengkamannya selaku pendahulu selepas menjuarai Peringkat 2 Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 pada Sabtu.

Selepas muncul juara Peringkat 1 di Pantai Rantau Panjang, Rompin pada Jumaat, Khairul Naim sekali lagi mendominasi kategori Kebangsaan SS1 lelaki apabila menawan Pantai Lagenda di sini dengan catatan 1 jam 18 minit dan 22.04 saat (s).

Pada perlumbaan sejauh 16 kilometer (km) itu, Khairul Naim berjaya meninggalkan dua pencabar terdekatnya dari Johor, Montoya Raw yang merekodkan 1:18:34.91s, manakala Mirza Adli Shaharaziz (1:21:33.72s).

Khairul Naim (tengah) meraikan kejayaannya selepas menguasai saingan Peringkat 2 POPIC 2023 di Pekan hari ini.

“Syukur alhamdulillah apabila saya dapat mengekalkan momentum dan rentak kemenangan pada Peringkat 1 hari ini (Sabtu). Sama seperti Peringkat 1 di Rompin semalam (Jumaat), saya cuma mengekalkan rentak kayuhan sejak awal perlumbaan.

“Cuma perlumbaan hari ini (Sabtu) agak mencabar dan sengit. Mungkin disebabkan pendayung lain sudah dapat belajar daripada perlumbaan semalam (Jumaat), jadi itu menyebabkan mereka tampak lebih memberi persaingan sengit,” katanya.

Menjelang pusingan akhir yang juga Peringkat 3 di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan pada Ahad, Khairul Naim dijangka sekali lagi berdepan cabaran sengit terutamanya daripada Montoya dan Mirza Adli yang turut menyambar podium kedua dan ketiga pada Peringkat 1.

“Ya saya akui cabaran esok (Ahad) akan menjadi lebih sukar. Ia bukan sahaja daripada peserta lain terutamanya Momtoya dan Mirza, tetapi juga jarak laluan perlumbaan yang lebih panjang termasuk kami perlu menempuhi kuala sungai selain laut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Montoya melaungkan keazamannya untuk bangkit pada Peringkat 3, sekali gus menyekat kemaraan Khairul Naim bergelar juara keseluruhan kategori Kebangsaan SS1 lelaki pada edisi kali ini.

“Semuanya tidak mustahil untuk saya muncul juara peringkat mahupun ditabalkan juara keseluruhan. Saya yakin mampu buat lebih baik pada perlumbaan esok (Ahad) untuk terus memberikan saingan kepada Khairul Naim.

“Apatah lagi laluan laut dan kuala sungai memang menjadi favourite saya. Jadi saya akan cuba mengatur strategi yang lebih baik untuk terus memburu kemenangan pada peringkat terakhir itu nanti, ” ujarnya.

Kategori Kebangsaan SS1 wanita pula menyaksikan pendayung Johor, Nur Atasha Nabila Saring sekali lagi muncul juara, diikuti dua wakil Selangor – Nur Ismalina Isnadi (2:00:31.04s) dan Nor Amirah Nabila Amir (2:02:12.89s).

Bagi kategori Terbuka Malaysia TK2 lelaki, gandingan dari Johor, Ahmad Ariff Rasydan-Muhd Shahrin Haziq Mohd Shahbiree kekal mempertahankan status juara, manakala duo Johor, Nur Amirah Anisah Abdul Kadir-Nurain Fitriyaselaiman Shah mengungguli saingan wanita.

Dalam kategori Inter Varsiti sejauh 6km, dua wakil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tampil cemerlang dengan menjuarai saingan lelaki dan wanita menerusi Hassan Al Basri Ali-Muhammad Naim Shahmi Mahusin dan Alyaarzana Mohd Ali-Nur Saidatira Amira Eksen.

JENKINSON CONTINUES TO ‘WHACK THE WAVE’ IN PAHANG

0

PEKAN, Nov 4 – Kent Jenkinson continued to dominate the second stage of the Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 championship when he emerged as the SS1 men’s international open category champion at Pantai Lagenda here today.

Kent, from New Zealand who was also the overall runner-up in last year’s edition, finished the 14 kilometer race with a time of one hour 11 minutes 07 seconds to take home a cash prize of RM1,500.

Australian sibling rowers Harry and Charlie Hewitt were second and third, clocking 1 hour 14:40s and 1 hour 16:25s respectively.

Kent admitted that a different challenge was presented at the Legend Beach this time when many rowers faced strong wind resistance in the middle of the ocean, thus affecting their speed.

“The race was quite difficult today, with the weather conditions being quite hot, scorching and strong winds towards the finish line, it gave many challenges and difficulties,” he said.

Kent started the race by leading his rivals heading into the first seven kilometres, and he admitted his strategy was to keep his distance from the Hewit brothers to ensure the advantage of the time deficit he had from the first stage.

Meanwhile, Harry Hewitt still does not want to give up on the challenge ahead of the final stage which will take place in the waters of Teluk Chempedak tomorrow.

Harry, 23, said he would strategise to close ranks with his younger brother Charlie as a last-ditch effort to resist Kent.

“I admit it will be difficult to challenge Kent but I want to try to snatch the title of champion of the last stage (Teluk Chempedak ), so it will be interesting” he added.

In the SS1 women’s international open competition, a trio of rowers from Australia led by Paige Wood emerged as second stage champions after successfully finishing the 14km race with a time of one hour 21 minutes 34s.

It was followed by Amanda Bowman in second place (1 hour 22: 41s) while in third place Selma Jade Alibegovic (1 hour 25: 49s).

The third stage of POPIC 2023 will take place in the waters of Teluk Chempedak, Kuantan with the main category expected to see local and international rowers in the main category rowing as far as 20 kilometers.

AMARAN AWAL KENT JENKINSON

0

ROMPIN, 3 Nov –  Kent Jenkinson membuktikan dia memang sudah cukup bersedia memburu kejuaraan keseluruhan pada Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 apabila muncul juara kategori terbuka antarabangsa SS1 lelaki , di Pantai Rantau Panjang di sini hari ini.

Kent, dari New Zealand yang juga naib juara keseluruhan edisi tahun lalu, menamatkan saingan sejauh 14 kilometer dengan catatan masa 58 minit 42 saat, diikuti dua pendayung adik beradik dari Australia Harry dan Charlie Hewitt di tempat kedua dan ketiga masing -masing mencatatkan masa satu jam 02 :04s dan 1 jam : 04:05s.

“Ia tetap satu perlumbaan yang mencabar walaupun dengan ketiadaan juara bertahan tahun lalu David Mocke. Perlumbaan secara berperingkat sebegini tetap memerlukan tenaga yang banyak dan konsisten dan saya perlu berhati-hati dengan pencabar saya, ” katanya yang membawa pulang RM1,500 selaku juara peringkat pertama.

Tambahnya saingan hari kedua dan ketiga pasti lebih menarik dan beliau perlu berhati hati dengan kelibat Harry dan Charlie yang lebih muda agar tidak terjerat dengan strategi dua beradik tersebut.

“Saya perlu lebih fokus untuk kekalkan momentum kerana kelebihan masa kurang tiga minit belum memberi jaminan sepenuhnya, saingan masih terbuka apa apa boleh berlaku,” katanya.

Dalam saingan terbuka antarabangsa SS1 wanita pula, trio pendayung dari Australia diketuai Peige Wood muncul juara peringkat pertama selepas berjaya menamatkan perlumbaan 14km dengan catatan masa satu jam 08 minit :37.42s.

Ia diikuti Selma Jade Alibegovic ( 1 jam :10:13.24s) di tempat kedua manakala Amanda Bowman di tempat ketiga ( 1 jam : 11:06.15s).

“Ini kali pertama saya beraksi di Malaysia dan memang agak mencabar dengan keadaan cuaca yang panas dan keadaan ombak yang tinggi di garisan permulaan tadi, ” katanya.

“Saya perlu lebih konsisten untuk baki 2 perlumbaan dan cabaran pesaing antarabangsa yang lain dan pendayung tempatan jugak cukup baik dalam membina momentum, saya teruja untuk saingan peringkat kedua esok,”  tambah Peige lagi.

Selepas Pantai Rantau Panjang, perlumbaan POPIC membabitkan 150 peserta dari dalam dan luar negara, diikuti  perlumbaan peringkat kedua akan berlangsung di Pantai Lagenda, Pekan dan peringkat ketiga dan terakhir akan berlangsung di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan.

POPIC 2023: KHAIRUL NAIM ON FIRE

0
Khairul Naim (center).

ROMPIN, Nov 3 – Pahang Canoe Sports Association (PSKP) paddler, Khairul Naim Zainal proved his status as a national athlete when he won Stage 1 of the Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 at Rantau Panjang Beach on Friday. Appearing for the first time at the international canoe championship that entered the second edition, Khairul Naim was clearly in a class of his own when he emerged as the champion of the men’s SS1 National category with a time of 1 hour 5 minutes and 56.18 seconds (s).

Khairul Naim left his two closest challengers from Johor – Montoya Raw and Mirza Adli Shaharaziz who finished the 14 kilometer (km) race in second and third place respectively.

“Thank God for the victory today (Friday). Actually there is no specific secret, but I just try to present a good fight  from the beginning to the end of the race.

“In terms of challenges, I admit it is quite challenging and the distance of the race is also quite far. This is the first race in this kind of event and I learned a lot especially in controlling the canoe.

“God willing, I will continue to improve what is lacking to face the next race. I try to maintain this position as the leader until the last stage in Kuantan later,” he said in a press conference.

The women’s National SS1 category saw Johor rower Nur Atasha Nabila Saring emerge the champion with a record of 1:10:23:67s, while two Selangor representatives – Nor Ismalina Isnadi (1:37:41.24s) and Nor Amirah Nabila Amir (1:37 :58.04s) in second and third place.

“Winning today (Friday) was not as easy as expected. It was quite a challenging race, but I am happy when I was able to maintain the momentum from the beginning of the race until successfully crossing the finish line.

“I admit that the absence of the last edition’s champion, Aimi Ayumi Azwan, opens up an opportunity for me to win this category. I hope to be able to maintain this performance in the next two stages in Pekan and Kuantan,” she said.

Johor continued to dominate Rantau Panjang Beach when three of its representatives managed to emerge champions in the men’s Open Malaysia TK2 category in addition to the men’s and women’s Inter Varsity which involved a race distance of 6km.

The pairing of Ahmad Ariff Rasydan-Muhd Shahrin Haziq Mohd Shahbiree won the men’s TK2 Open national category with a time of 38:42.95s, followed by Nik Afiq Nik Mazli-Muhammad Azri Iskandar Muhamad Azrul (Pahang) and Muhammad Mustaqim Zulkarnain-Muhammad Adwa Danish Lukman (PSKP).

The men’s Inter Varsity category saw Muhammad Bahij Rabbani Mohamad Rizal-Muhammad Ridzuan Abdul Aziz emerge champions with a record of 13:30.99s, while two representatives of Sultan Idris Teaching University (UPSI) – Hassan Al Basri Ali-Muhammad Naiem Shahmi Mahusin and Mohd Danish Firdaus Mohamad -Muhammad Saiwan Saifullah Shamrin in second and third place respectively.

Nur Amirah Aqilah Abdul Kadir-Siti Nurul Masyitah Md Elias continued Johor’s dominance when they won the women’s Inter Varsity category with a time of 14:52.78s, followed by Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Rabiahtul Saba Adawiyah Rasidi-Nur Aina Natash Riduan and another Johor representative, Nur Syahirah Fuad-Murni Mohd Hidayat.

The women’s TK2 Malaysian Open category saw the UNISZA pair, Dayang Nur Hanisah Awang Ali-Siti Aisyah Norazhar create a surprise when they emerged as champions with a record of 43:58.02s, followed by Nor Azita Ibrahim-Nursaibah Syahida Ibrahim (RMP Paddlers) and Nur Dayana Saffiyah Mohd Nazri-Shini Abdullah (Viking UiTM).

Stage 2 is scheduled to take place at Pantai Lagenda, Pekan tomorrow, before POPIC 2023 featuring nearly 150 participants from home and abroad draws its curtain at Pantai Teluk Cempedak, Kuantan on Sunday.

Present to withness the Stage 1 race was Pahang Unity, Tourism and Culture Committee chairman, Leong Yu Man (pic below) who later showed her canoeing skill and braced the wave.

 

ADIB MAHU TAKLUK TELUK CEMPEDAK

0
ADIB (dua dari kanan) ketika hadir pada sidang media POPIC 23 di Rompin, Pahang hari ini.

ROMPIN, 2 Nov – Pendayung Pahang, Mohd Adib Kamaruzrizan bertekad bangkit memburu gelaran juara keseluruhan kejohanan kanu antarabangsa, Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 yang membuka tirainya pada Jumaat.

Bagaimanapun, tugas Adib tampak tidak semudah yang dijangka memandangkan dia akan beralih dalam kategori Terbuka Antarabangsa SS1 bagi edisi kedua POPIC tahun ini.

Untuk rekod, atlet berusia 25 tahun itu berjaya menguasai tiga peringkat awal kategori Kebangsaan TK1 tahun lalu, namun gagal mengekalkan momentum tersebut dalam dua baki perlumbaan susulan masalah kecederaan.

“Ya sudah tentu persaingan kali ini lebih mencabar memandangkan saya akan bersaing dalam kategori SS1 yang turut menampilkan peserta dari luar negara termasuk naib juara keseluruhan tahun lalu, Ken Jenkinson.

“Apapun saya sudah bersedia untuk persaingan SS1 tahun ini. Saya sudah membuat persiapan sejak dua bulan lepas dan sasaran saya, mahu memberikan saingan sengit kepada pencabar lain terutamanya peserta luar negara,” katanya.

Selaku anak jati Pahang, Adib yang juga pendayung kebangsaan mahu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menghadiahkan kejayaan buat peminat sukan kanu tempatan.

“Antara tiga lokasi perlumbaan POPIC tahun ini, yang saya lebih tahu selok belok ialah Pantai Teluk Cempedak di Kuantan. Insya-Allah saya boleh cari makan di situ,” jelasnya.

Peringkat 1 POPIC 2023 akan diadakan di Pantai Rantau Panjang, Rompin, diikuti Peringkat 2 di Pantai Lagenda, Pekan dan Peringkat 3di Pantai Teluk Cempedak.

Sementara itu, Jenkison cukup teruja apabila dapat kembali membuat penampilan pada POPIC, sekali gus mengintai peluang untuk ditabalkan selaku juara keseluruhan bagi edisi kali ini.

“Saya gembira apabila dapat kembali ke sini (Pahang) untuk sekali lagi bertanding dalam POPIC. Secara peribadi, saya berasakan POPIC memiliki keistimewaan yang tersendiri.

“Saya akan cuba memburu gelaran juara, tetapi saya tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri. Fokus saya untuk cuba memenangi tiga peringkat tahun ini,” ujar pendayung kelahiran Australia itu.

Dengan penyertaan lebih 150 peserta dari dalam dan luar negara, POPIC 2023 mempertandingkan enam kategori – Terbuka Antarabangsa SS1 (lelaki dan wanita); Terbuka Malaysia TK2 (lelaki dan wanita) dan Inter Varsity (lelaki dan wanita).

POPIC 2023 dianjurkan kerajaan negeri Pahang dengan kerjasama Tourism Pahang dan disokong pelbagai agensi kerajaan selain mendapat sokongan penuh Persatuan Kanu Malaysia (Masca) dan Persatuan Kanu Negeri Pahang.

 

POPIC SIGNATUR ACARA SUKAN PELANCONGAN PAHANG

0
Leong Yu Man (tengah) ketika merasmikan pelancaran POPIC 23 di Rompin, Pahang hari ini.

ROMPIN, 2 Nov – Kerajaan Pahang bersedia menganjurkan kejohanan kanu antarabangsa, Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) yang memasuki edisi kedua tahun ini sebagai acara sukan tahunan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, penganjuran kejohanan bertaraf dunia itu secara tidak langsung mampu merancakkan aktiviti pelancongan sukan di negeri Pahang.

“Untuk makluman semua, POPIC merupakan sukan pelancongan negeri Pahang, ia sebagai usaha meletakkan Pahang dalam kalendar sukan pelancongan antarabangsa.

“Pihak kerajaan negeri telah meletakkan POPIC signature event negeri Pahang dan bakal dijadikan secara tahunan,” katanya ketika Majlis Pelancaran POPIC 2023 di Villea Rompin Resort & Golf di sini pada Khamis.

POPIC 2023 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM117,000 bakal melibatkan tiga peringkat dengan jarak keseluruhan perlumbaan sejauh 48.5 kilometer (km).

Tiga pantai popular di Pahang menjadi lokasi perlumbaan bagi edisi kali ini dengan Rompin bakal membuka tirai pada Jumaat sebelum kejohanan berakhir di Kuantan, Ahad ini.

“Peringkat 1 akan diadakan di Pantai Rantau Panjang, Rompin. Peringkat 2 pula dijadualkan bakal berlangsung di Pantai Lagenda, Pekan, manakala Peringkat 3 diadakan di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.

“Saya juga difahamkan, acara ini akan disiarkan secara langsung di beberapa platform termasuk YouTube, Facebook, TikTok dan boleh diakses dan ditonton oleh seluruh peminat kanu di seluruh dunia,” ujar Yu Man.

Dengan penyertaan lebih 150 peserta dari dalam dan luar negara, POPIC 2023 mempertandingkan enam kategori – Terbuka Antarabangsa SS1 (lelaki dan wanita); Terbuka Malaysia TK2 (lelaki dan wanita) dan Inter Varsity (lelaki dan wanita).

POPIC 2023 dianjurkan kerajaan negeri Pahang dengan kerjasama Tourism Pahang dan disokong pelbagai agensi kerajaan selain mendapat sokongan penuh Persatuan Kanu Malaysia (Masca) dan Persatuan Kanu Negeri Pahang.

LARIAN GEMAS WARRIORS CHALLENGE 2023 SASAR 500 PENYERTAAN

0
Setiausaha MDT, Zulhilmi Marzuki (Kiri) bersama Pen Peg Perancang Bandar, MDT, Mohd Faizal Mohd Yasin menunjukkan poster Gemas Warriors Challenge 2023 untuk pengiat sukan lasak pada 17 Disember 2023 nanti.

TAMPIN, 31 Okt – Kira-kira 500 peserta sukan lasak larian berhalangan dijangka menyertai Gemas Warrior Challenge 2023 di Gemas Golf Resort pada 17 Disember depan.

Kejohanan anjuran Majlis Daerah Tampin (MDT) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) itu yang julung kalinya diadakan, bertujuan mempromosi sukan lasak dengan sasaran mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri berkenaan khususnya di Gemas.

Setiausaha MDT, Zulhilmi Marzuki ketika ditemui berkata peserta perlu melalui pelbagai halangan termasuk meredah laluan berbukit, perkebunan kelapa sawit, memanjat bukit selain menempuh halangan serta berlari sejauh 7 kilometer.

Ahli Majlis MDT, Abdul Shukor Ab Aziz mempengerusikan mesyuarat membincangkan acara-acara pelancongan di dalam Daerah Tampin baru-baru ini.

“Peserta juga perlu melintasi kawasan golf sebelum tiba ke garisan penamat di Gemas Golf Resort.

“Gemas ini cukup dengan pakej pelancongan. Ada penginapan, lokasi bersejarah, tempat riadah, tempat makan, kebudayaan dan warisan yang menjadikannya antara destinasi pelancongan utama di Tampin,” katanya selepas selesai mesyuarat membincangkan produk dan pelancongan Daerah Tampin”.

Halangan-halangan yang bakal ditempuhi oleh para peserta nanti.

“Kami berharap agar program sulung itu dapat direalisasikan menjadi antara acara sukan lasak komersial yang disertai para peserta seluruh negara”.

Zulhilmi berkata lagi, acara berkenaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Kategori Lelaki dan Wanita melibatkan jarak larian tujuh kilometer (km) dan sebanyak lima (5) pelbagai halangan menunggu para peserta kelak.

Gemas Resort Golf menjadi tumpuan 500 peserta bakal peserta menakluki persekitaran lapangan golf nanti

“Setiap kategori menawarkan hadiah tempat pertama hingga tempat kelima. Pemenang tempat pertama bakal menerima wang tunai RM500, tempat kedua RM400, tempat ketiga RM300, keempat RM300, manakala tempat kelima RM100 beserta hadiah iringan.

Katanya, dengan yuran penyertaan hanya RM40, peserta layak menerima baju larian, pingat dan cabutan bertuah. Peserta hendaklah berumur 15 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

“Tahun ini, MDT mewujudkan produk sukan lasak ke Daerah Gemas bagi merancakkan ekonomi dan pelancongan yang terdapat disana.

Ia bagi membudayakan gaya hidup sihat, selain mengisi masa lapang khususnya cuti hujung minggu bersama ahli keluarga,” katanya.

“Tambah menarik, cabutan bertuah menarik turut disediakan untuk pemenang bertuah.”

Peta dan jarak sejauh hampir 7KM beserta beberapa halangan yang disediakan penganjur bakal mencabar para peserta nanti.

“Transnaning Ultra NS Challenge dan Tampin MTB Jamboree Moncheh merupakan program yang berjaya menaikkan nama Daerah Tampin dengan menarik penyertaan dari seluruh negara dan beliau berharap dengan adanya sukan baru ini iaitu Gemas Warriors Challenge mampu menaikkan lokasi baru di Gemas pulak”, katanya lagi.

 

Gemas juga  mempunyai tempat pelancongan menarik antaranya Stesen Keretapi Gemas, Tugu Peringatan Sungai kelamah dan Gua Emas Bukit Jalor untuk dilawati.

Maklumat lanjut, layari laman https://www.facebook.com/gemaswarriorschallenge manakala bayaran boleh dibuat atas nama NADI MEDIA EVENTS, Maybank 564548155436. atau hubungi Mei 013-3664765, Lee 012-2846811, Zai 012-2526183 dan Mil 017-3395421.

CAHYA MATA SARAWAK BERHAD KINI RAKAN PENAJA PERSEKUTUAN OLAHRAGA MALAYSIA 

0

PETALING JAYA, 25 Okt – Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata) menjalinkan kerjasama dengan Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF), sekali gus mengumumkan perkongsian strategik serta memeterai perjanjian penajaan antara kedua-dua belah pihak.

Melalui perjanjian tersebut, Cahya Mata menjanjikan tajaan sebanyak RM5 juta kepada MAF selama tiga tahun berkuatkuasa 2023 hingga 2025.

Kerjasama itu memberi fokus kepada program pembangunan sukan olahraga dan akar umbi serta mempromosikan sukan itu di Malaysia.

Cahya Mata begitu komited ke arah kesejahteraan holistik atlet negara dengan memberi penekanan kepada peningkatan fizikal dan mental.

Perkongsian strategik antara kedua-dua pihak bakal dilengkapi dengan sumber, latihan dan sokongan yang diperlukan dalam usaha memperkasakan kerjaya atlet olahraga negara.

Secara tidak langsung ini akan memastikan mereka lebih berdaya saing dan berada pada kedudukan yang terbaik dalam landskap sukan di peringkat antarabangsa.

Melalui penajaan tersebut yang memberi kemudahan terkini serta khidmat jurulatih berpengalaman, MAF bersedia untuk memastikan atlet mencapai prestasi terbaik selain memupuk persekitaran bagi membolehkan mereka mencapai kecemerlangan.

Matlamat utama adalah untuk membantu atlet muncul selaku juara di peringkat antarabangsa sekali gus memartabatkan sukan olahraga di pentas global.

Prinsip utama Cahya Mata adalah memastikan kesejahteraan rakyat hingga ke akar umbi, keselamatan, tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan penjagaan alam sekitar.

Hari ini Cahya Mata menambah satu lagi pencapaian penting apabila memberikan sokongan padu kepada atlet tempatan melalui kerjasama dengan MAF.

MAF yang mula ditubuhkan pada 1906 dan menjadi ahli gabungan Majlis Sukan Negara (MSN) sejak 1998.

Persatuan tersebut telah memainkan peranan penting dalam pembangunan atlet olahraga negara selama ini.

Buktinya beberapa atlet olahraga negara menyerlah pada temasya Sukan Asia di Hangzhou, China baru-baru ini apabila kontinjen olahraga Malaysia meraih tiga pingat.

Justeru, perkongsian strategik antara Cahya Mata dan MAF bertujuan seperti berikut:

• Kesejahteraan atlet juara: Mengutamakan kesejahteraan seluruh atlet dan memupuk pendekatan menyeluruh terhadap sukan dan kesihatan.

• Memperkasakan kewangan dan sumber: Kedua-dua entiti ini berazam untuk memberi perhatian kepada kewangan dan mengekalkan atlet berbakat selain mendorong mereka mencapai kemuncak dalam kerjaya masing-masing.

• Mempromosikan kepimpinan dan perwatakan: Memberi penekanan kepada kualiti kepimpinan dan pembangunan sahsiah dalam diri atlet bagi membolehkan mereka mengekalkan profesionalisme serta penguasaan sepanjang kerjaya.

• Melatih dan mendidik atlet muda: Cahya Mata dan MAF membayangkan masa depan atlet muda olahraga dapat dikenal pasti lebih awal dan dipupuk ke arah kerjaya sukan profesional.

Pengerusi Kumpulan Cahya Mata, Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Mohd Zahidi Zainuddin berkata, bagi mengukuhkan kerjasama  tersebut beliau berkata: “Perkongsian ini mencerminkan kepercayaan kami terhadap potensi atlet olahraga negara. Komitmen kami adalah untuk memastikan bakat mereka dapat dimanfaatkan dalam melonjakkan pretasi demi mencapai kejayaan di pentas antarabangsa dan memperkasakan pencapaian Malaysia dalam sukan olahraga.”

Visi utama Cahya Mata dan MAF adalah sangat jelas iaitu untuk memartabatkan sukan olahraga secara keseluruhan dan menjanjikan agar atlet mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan karier mereka.

POPIC 2023 TAWAR HADIAH KEMENANGAN RM117,000

0

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Kejohanan kanu antarabangsa, Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2023 bakal kembali menghangatkan bumi Pahang apabila dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 November ini.

Memasuki edisi kedua tahun ini, POPIC 2023 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM117,000 bakal melibatkan tiga peringkat dengan jarak keseluruhan perlumbaan sejauh 48.5 kilometer (km).

Penasihat Acara POPIC 2023 Emir Abdul Jalal berkata, tiga pantai popular di Pahang menjadi lokasi perlumbaan bagi edisi kali ini dengan Rompin bakal membuka tirai sebelum POPIC 2023 berakhir di Kuantan.

“Peringkat Pertama POPIC 2023 akan diadakan di Pantai Rantau Panjang, Rompin dengan jarak melibatkan kategori antarabangsa dan kebangsaan sejauh 14km, manakala inter varsity sejauh 6km.

“Peringkat 2 pula dijadualkan bakal berlangsung di Pantai Lagenda, Pekan, juga dengan jarak sama bagi ketiga-tiga kategori berkenaan. Pantai Lagenda pernah menjadi lokasi POPIC pada edisi sulung tahun lalu.

“Peringkat terakhir iaitu Peringkat 3 bakal diadakan di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Namun, jarak perlumbaan kategori antarabangsa dan kebangsaan lebih panjang iaitu sejauh 20.53km, manakala inter vasity kekal 6km,” jelas Emir.

Dengan tema Whack The Wave, POPIC 2023 mempertandingkan enam kategori – Terbuka Antarabangsa SS1 (lelaki dan wanita); Terbuka Malaysia TK2 (lelaki dan wanita) dan Inter Varsity (lelaki dan wanita).

“Untuk makluman, peserta tempatan yang menyertai kategori Terbuka Antaraban  gsa SS1 juga layak menerima hadiah kemenangan SS1 kebangsaan lelaki dan wanita.

“Hadiah diberikan kepada setiap pemenang peringkat perlumbaan, juara, naib juara dan tempat ketiga. Pemenang keseluruhan turut menerima hadiah dengan dikelaskan mengikut masa.

“Seperkara lagi, penyertaan dalam kategori Inter Varsity hanya terbuka kepada peserta yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Jadi pelajar universiti dan kolej layak bertanding,” jelasnya.

POPIC 2023 dianjurkan kerajaan negeri Pahang dengan kerjasama Tourism Pahang dan disokong pelbagai agensi kerajaan selain mendapat sokongan penuh Persatuan Kanu Malaysia dan Persatuan Kanu Negeri Pahang.

Dianggap signatur baharu, penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa itu secara tidak langsung mampu merancakkan aktiviti pelancongan sukan di Pahang, sekali gus mempromosikan negeri itu kepada dunia.

Setakat ini, lebih 200 peserta dari dalam dan luar negara telah mengesahkan penyertaan masing-masing.

Jadual:

3hb : Pantai Rantau Panjang, Rompin

4hb : Pantai Lagenda, Pekan

5hb : Teluk Chempedak, Kuantan

Latest Article

56th EDITION MOE-MSSM-MILO SPORTS AWARD HONOURS MALAYSIA’S YOUNG SPORTING HEROES

0
PUTRAJAYA, April 29 - The 56th edition MOE-MSSM-MILO Sports Awards 2024 honours Malaysia’s outstanding young athletes who demonstrate not only exceptional skill in their...