NO GLORY IN BIG WINS OVER RELEGATED TEAMS
PENANG CELEBRATE DESPITE DENT IN PRIDE
LIGA HOKI REMAJA KEBANGSAAN 2020 DIBATALKAN
KUALA LUMPUR, 9 OKT – Penganjuran Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2020 yang sepatutnya berlangsung tahun ini terpaksa dibatalkan selepas melihat situasi penularan Pandemik Covid-19 di Malaysia yang semakin membimbangkan.
Keputusan tersebut dibuat selepas satu perbincangan dengan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zainal Abas, selain mengambil kira pandangan serta panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang dipengerusikan Datuk Sri Dr. Anil Jeet Singh telah memutuskan untuk membatalkan kejohanan yang melibatkan pemain hoki berusia 19 tahun itu demi kesihatan dan kebaikan semua pihak.
“Memandangkan situasi penularan Covid-19 di Malaysia semakin meningkat, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM bersama ahli jawatankuasa yang lain telah mengambil keputusan untuk membatalkan MJHL 2020.
“Kejohanan ini melibatkan golongan pelajar, jadi saya berpendapat bahawa keputusan untuk membatalkan penganjurannya adalah jalan terbaik untuk ketika ini demi keselamatan dan kebaikan pelbagai pihak,” jelas Dr. Anil.
AFC CHAMPIONS LEAGUE (East) TO BE STAGED IN DOHA
THE BIG SHOWDOWN IN IPOH TO DECIDE AFC CUP SLOT
KEDAH AND PERAK TO DECIDE AFC SLOT
REVINGTON IS BACK TO COMPLETE HIS ‘UNFINISHED BUSINESS’
REVINGTON KEMBALI SERTAI KHM
KUALA LUMPUR, 5 Okt – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengumumkan bahawa Paul Revington kembali menyertai badan induk sukan hoki negara itu dengan jawatan yang berbeza apabila dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas KHM.
Dengan pelantikan tersebut, Revington akan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan KHM, Prof. Datuk Dr. S. Shamala dan barisan ahli jawatankuasanya yang lain selain jurulatih bagi Skuad Projek Khas KHM, Wallace Tan serta Nasihin Nubli Ibrahim.
“Saya membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia kerana percaya ia satu peluang baik untuk memulakan semula kehidupan di Malaysia dan kembali menghabiskan beberapa perkara yang sebelum ini saya tidak dapat lunaskan ketika bersama pasukan Malaysia.
“Tugas utama yang akan saya pikul adalah program pembangunan di peringkat akar umbi serta membentuk mereka menjadi seorang pemain yang berjaya.
“Apabila tiba masanya untuk mereka menyertai pasukan kebangsaan suatu hari nanti, mereka adalah pemain yang telah mempunyai mentaliti untuk berjaya,” jelas Revington.
Pada majlis ringkas itu, Presiden KHM, Datuk Sri Subahan Kamal turut mengumumkan pelantikan Pengurus Pasukan Skuad Projek Khas Wanita yang menyaksikan bekas kapten pasukan kebangsaan, Siti Noor Amarina Ruhani diberikan kepercayaan untuk menyandang jawatan tersebut.
Subahan percaya pelantikan Siti Amarina itu adalah keputusan yang tepat berdasarkan pengalaman yang dimilikinya bersama pasukan kebangsaan, sekali gus dapat membantu jurulatih, Nasihin Nubli untuk mengangkat skuad wanita ke satu tahap yang lebih baik.
Selain itu, Pengurus bagi Skuad Projek Khas Lelaki juga turut diumumkan dengan bekas pemain kebangsaan, I. Vikneswaran yang turut mempunyai pengalaman sebagai jurulatih dilantik untuk bergandingan dengan Wallace Tan serta Megat Azrafiq Tarmizi.
Pelantikan tersebut berkuatkuasa serta merta.


















